Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, August 6, 2012

Chong Wei akan disambut sebagai wira negara



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi80LR9gF5nqstc8CnruRfQy0jL1LtGEB6dPsa197feQsSY01HIIBaOTRHKSZleFps0ITMUgYkcQ91BMb9JAelqxunwmtha-CFBEYJTj9H9mF7xI2R1wS-WesxsxxNp0EJy-7-o_ZXoZFm1/s1600/dlcw.jpg



Chong Wei

akan disambut

sebagai wira negara:

Razali




MUAR: Datuk Lee Chong Wei akan disambut sebagai wira negara sekembalinya beliau ke tanah air pagi esok walaupun gagal meraih pingat emas dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik semalam.




Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, Chong Wei menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi ketika bertarung menentang musuh ketatnya, Lin Dan.



"Dia menunjukkan kesungguhan dalam usaha memenangi pingat emas di temasya terunggul itu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan antara kedua-dua jaguh dunia itu di kediaman beliau di Seri Menanti di sini semalam.




Katanya, semua pihak harus akur dalam sukan ada pihak yang menang dan ada yang kalah.




Chong Wei tewas kepada Lin Dan dengan keputusan 21-15, 10-21 dan 19-21.





Razali mengucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya menyumbang pingat perak untuk Malaysia. - BERNAMA





Sumber






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDDeN3W4db7AR35v4X1S9omkKa5i8BwCEjH1r7PY293XL1K5JECRTtV-JtCK4DPm0YMWUFlXoC6Dfwikf3Yj60cEKbLVqKfNLzz-4ekzku9_3-RLiBJfKF-yfrwwoF32CsVEcNahSjSbE/s400/553530_10151064170437418_632526641_n.jpg



p/s : Let put it this way,

kita tak kalah, kita menang Silver!



Teruskan membaca..

Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia: Chong Wei







Saya minta maaf

kepada rakyat Malaysia: Chong Wei


LONDON: "Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei.





Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.





Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lalu.






"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.






Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.






"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.






"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.





Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.










Mengenai perlawanan menentang Lin Dan malam tadi, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.






"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.






Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.







"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.






Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti 'hampir mencapai puncak Everest'.






"Dia bermain amat baik dan mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik," katanya.






Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.






"Chong Wei sudah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya. - BERNAMA






Teruskan membaca..

Aksi atlit Malaysia di Olimpik hari ini









Aksi atlit Malaysia

di Olimpik hari ini


LONDON: Berikut jadual hari ke-11 acara Sukan Olimpik ke-30
membabitkan atlit Malaysia hari ini:




TERJUN:





Yeoh Ken Nee, Huang Qiang - 3m Papan Anjal Individu Lelaki - Kelayakan (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia)














Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...