Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, August 5, 2012

11,000 guru J-Qaf masih diperlukan







11,000 guru J-Qaf

masih diperlukan





Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran masih mengalami kekurangan 11,000 guru bagi mengajar subjek J-Qaf (Jawi, al-Quran, Arab dan Fardhu Ain) di seluruh negara.





Terpaksa tangguh



Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kekurangan itu memaksa pengajaran mata pelajaran berkenaan yang dijadualkan dilaksana di sekolah menengah mulai tahun depan terpaksa ditangguhkan.




Katanya, antara punca termasuk kurangnya bekalan guru berijazah untuk mengajar J-Qaf serta masalah permohonan perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang masih tidak diluluskan sehingga kini.




Minta percepat kelulusan




“Jadi, kita minta JPA percepatkan kelulusan perjawatan (guru J-Qaf) dimohon kementerian membolehkan kekurangan itu diisi segera.




“Sekarang ini kita tumpu untuk penuhi permintaan guru J-Qaf di sekolah rendah sebelum melaksanakan sepenuhnya di sekolah menengah,” katanya selepas majlis berbuka puasa di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi, Kampung Batu Muda di sini, semalam.

Pada majlis itu, Mohd Puad turut menyampaikan sumbangan kepada 60 asnaf termasuk anak yatim terdiri dikalangan pelajar sekolah berkenaan serta masyarakat setempat.




Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program perintis j-Qaf menengah dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah.





Muhyiddin dilaporkan berkata, pelaksanaan J-Qaf di 4,747 sekolah rendah sejak 2005 berkesan apabila 94 peratus murid menguasai empat kemahiran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.



















Teruskan membaca..

Sistem pemarkahan politeknik dirombak



Allah gives and forgive.


Sistem pemarkahan


politeknik dirombak



Pasir Gudang: Kementerian Pengajian Tinggi akan merombak sistem pemarkahan akademik pengajian politeknik bagi menyelaras dengan pemarkahan semua peperiksaan utama lain.






Ini kerana pengiraan markah akademik politeknik ketika ini tidak selaras pemarkahan akademik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau Diploma institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Berusaha selaraskan






Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya sedang berusaha membuat kesetaraan sistem pemarkahan itu bagi membolehkan lulusan politeknik melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.







Ini kerana, sekiranya pelajar politeknik mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5, mungkin nilai markahnya di peringkat Matrikulasi atau IPTA hanya sekitar 3.00 saja.







Sebelum ini, lulusan diploma politeknik hanya layak memasuki IPTA bidang teknikal saja. Menerusi penyelarasan, pelajar terbabit dijangka layak memasuki mana-mana IPTA atau universiti penyelidikan pada masa depan, katanya.







Beliau mengulas kegagalan ramai lulusan politeknik memasuki IPTA selepas menamatkan pengajian mereka peringkat diploma selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Taman Rinting, di sini, kelmarin.













Teruskan membaca..

Mampukah badminton sumbang pingat kepada Malaysia?

Empty the heart for Allah






Mampukah badminton

sumbang pingat kepada Malaysia?





LONDON: Mampukah Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik serta pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menambah satu lagi pingat iaitu gangsa kepada negara?




Semuanya bakal terjawab dalam aksi perseorangan lelaki akhir dan penentuan pingat gangsa dalam acara beregu lelaki yang akan berlangsung di Wembley Arena, di sini hari ini.



Chong Wei, pemain nombor dua dunia akan mengulangi pertemuan epik menentang
juara bertahan, Lin Dan dari China manakala Koo-Tan akan berdepan beregu Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae.




Sudah tiba masa bagi Chong Wei yang beraksi pada Olimpik terakhir bagi beliau menukar pingat perak yang dimenanginya pada Olimpik Beijing 2008 kepada emas pada temasya kali ini.





Pemain negara itu mara ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Chen Long dari China 21-13, 21-14 di separuh akhir manakala Koo-Tan tumpas 9-21, 19-21 kepada pasangan China, Cai Yun/Fi Haifeng dalam saingan separuh akhir semalam.





Sejak Malaysia menyertai temasya Olimpik pada 1956, hanya beregu Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (Atlanta 1996) dan Chong Wei (Beijing 2008) yang hampir memenangi pingat emas buat negara pada temasya itu, namun hajat mereka tersekat di peringkat akhir untuk sekadar meraih pingat perak.





Pasangan adik-beradik Razif-Jalani Sidek menyumbangkan pingat Olimpik pertama kepada Malaysia semasa Olimpik Barcelona 1992 dengan meraih gangsa sementara adik mereka, Rashid juga memenangi gangsa di temasya yang sama.




Untuk rekod, kesemua pingat yang dimenangi kontinjen Malaysia pada temasya Olimpik adalah melalui acara badminton.





Sejarah akan berulang hari ini apabila Malaysia sekali lagi menaruh harapan kepada pemain badminton untuk menyumbangkan pingat emas pertama kepada negara.





Pelumba trek sensasi negara, Mohd Azizulhasni Awang juga berpeluang mencatat nama sebagai penyumbang pingat kepada negara.





Beliau yang digelar 'The Pocketrocketman', bagaimanapun berdepan laluan getir apabila berdepan pelumba terbaik Britain, Jason Kenny di peringkat suku akhir acara pecut lelaki individu.





Pelumba tuan rumah itu hari ini mencatat rekod baharu Olimpik dengan masa 9.713 saat, sekaligus muncul pelumba terbaik pada sesi kelayakan manakala Mohd Azizulhasni mencatatkan 10.226s untuk berada pada kedudukan ke-11 dalam kalangan 17 pelumba.





Selain badminton dan berbasikal, dua atlit olahraga yang diberikan tiket wildcard -- Noraseela Khalid dan Lee Hup Wei -- masing-masing akan turun beraksi dalam acara 400 meter berpagar wanita dan lompat tinggi lelaki pada hari kesembilan Olimpik London 2012, hari ini. - BERNAMA

























Teruskan membaca..

‘Saya tidak gentar lagi jumpa Lin Dan’







‘Saya tidak gentar lagi jumpa Lin Dan’


Chong Wei beraksi mantap menewaskan Chen Long, kelmarin.

Chong Wei beraksi mantap menewaskan Chen Long, kelmarin.





Lee Chong Wei bersuara betapa dia tidak akan terasa gementar lagi seperti dirasai di Beijing, empat tahun lalu ketika kecundang mudah kepada Lin Dan dalam final.




Pada firasatnya, Wembley Arena adalah gelanggang berkecuali dan dia - seperti lawan - juga berpeluang memburu pingat emas, hari ini.



"Saya akan bermain di gelanggang berkecuali kali ini. Saya amat harap tuah akan memihak saya esok (hari ini)," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 itu.




Selepas empat perlawanan, termasuk menewaskan Chen Long di separuh akhir, kelmarin, Chong Wei seperti sudah kembali kepada tahap keyakinan asal tapi berpandu kepada corak permainan dan kekuatan Lin Dan setakat ini jaguh negara tetap bakal meniti ranjau sukar.




Kata-kata pujian daripada pengulas televisyen BBC di London, kelmarin ada kewajarannya apabila dia menyifatkan persembahan wakil negara dalam separuh akhir tempoh hari sebagai cemerlang dan mantap.




Andai dua elemen ini mampu disambung lagi, tiada apa yang mustahil, hari ini kerana detik menang atau kalah nanti berada di tangan Chong Wei.




"Lin Dan hebat dan saya pun rasa selesa ketika ini. Peluang kami 50-50," katanya yang hanya mahu memberi tumpuan kepada permainannya dan bukan apa yang mampu dilakukan lawan.



Beri semangat




Dalam separuh akhir, kelmarin Chong Wei mengatasi Chen Long 21-13, 21-14 manakala Lin Dan menewaskan Lee Hyun-il dari Korea Selatan 21-12, 21-10.




Sementara itu, Lin Dan berkata dia gembira dapat bertemu lawannya itu sekali lagi dalam final Olimpik dan berkata mereka tetap hebat kerana mampu layak ke peringkat sama selepas empat tahun.




"Saya berharap kami mencapai cita-cita memburu emas dan saya harap Lee (Chong Wei) juga akan mendapat tuah sama dalam misinya," kata juara bertahan itu.




Sementara itu, Rashid Sidek - pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta - amat mengharapkan Chong Wei akan membawa pulang emas untuk negara.




"Saya akan cuba memberi semangat dan mencurahkan segala pengalaman kepada Chong Wei kerana saya mahu dia menang. Dia tampak ada sifat ghairah mahu menang dan saya akan membantunya kerana saya pernah merasai suasana itu dulu," kata bekas jaguh kebangsaan itu.




Seperkara yang ketua jurulatih perseorangan negara itu bimbang adalah muslihat milik Lin Dan yang sukar dibaca dan meminta anak buahnya berwaspada setiap minit kerana pemain China itu bijak mengajak lawan melakukan kesilapan.




"Saya nampak semangat Chong Wei tinggi... dia sudah tidak diganggu faktor kecederaan dan ini satu petanda baik. Dia kena fokus, fokus dan fokus kepada permainan dan pantas sekat langkah Lin Dan," katanya.














Teruskan membaca..

Jadual acara Sukan Olimpik hari kesembilan







Aksi atlit Malaysia di Olimpik hari ini


LONDON: Berikut ialah jadual acara hari kesembilan Sukan Olimpik ke-30 membabitkan atlit Malaysia hari ini:




BADMINTON:
Perseorangan Lelaki (Akhir)




Datuk Lee Chong Wei (MAS) lwn Lin Dan (CHN)

(1 tengah hari waktu London, 8 malam waktu Malaysia).




Beregu lelaki (Gangsa)




Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) lwn Chung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR)
(9 pagi waktu London, 4 petang waktu Malaysia).




OLAHRAGA:




Lari Berpagar wanita 400m - Pusingan Pertama
Noraseela Khalid - (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia)




Link


Lompat Tinggi Lelaki (Kelayakan)





Lee Hup Wei (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia)













Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...