Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, January 3, 2012

Senario - Adik-adik


























Ketika kamu ragu....



jangan ragu untuk bertanya,



" Belajar dari yang pintar,



berguru dari yang pandai . "















Teruskan membaca..

Kekuatan rohani terbina dengan ketaatan tak berbelah-bahagi







Kekuatan rohani

terbina dengan ketaatan tak berbelah-bahagi








URUSAN keimanan ialah perkara terpenting dalam kehidupan yang tidak boleh dialpakan setiap Muslim. Malah ia adalah noktah penentuan sama ada seseorang ke neraka atau ke syurga. Mereka yang bijak akan terus berfikir dan melihat soal keimanan ini dalam beberapa sudut.






Mereka yang bersandarkan fitrah kejadian manusia itu sendiri dengan suara hati naluri menerima keesaan Allah SWT tanpa ragu-ragu. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Apakah ada keraguan terhadap Allah selaku pencipta langit dan bumi?” (Surah Ibrahim 10). Firman-Nya lagi: “Itulah fitrah yang dicetuskan Allah SWT” (Surah Ar-rum 30)
Ada yang bersandarkan kepada prinsip utama iaitu “setiap sesuatu adalah bersebab” yang mana setiap sesuatu yang wujud mestilah mempunyai pencipta. Begitu juga setiap yang bergerak mestilah ada yang menggerakkannya.







Ada yang menjadikan perbahasan dan kajian sebagai asas penerimaan di mana mereka memikirkan mengenai kehidupan selepas mati, jaminan ketika ketika berada di alam akhirat serta kebangkitan semula dan balasan yang akan diterima.






Semua menjuruskan kepada satu natijah bahawa Allah adalah pencipta dan berkuasa mutlak terhadap alam ini. Basyskal (seorang ahli falsafah) menyebut: “Kamu percaya atau tidak mengenai kewujudan Allah SWT, namun akalmu tetap tidak mampu menafikannya (kewujudan Allah) kerana ini adalah permainan antara akalmu dan fitrah kejadian. Jika dua panahan dilontarkan dari satu busur, pastinya salah satunya akan menuju ke sasarannya. Ketepatan itu akan membahagiakanmu untuk selama-lamanya” (Muzakkirat).






Mereka yang beriman tidak akan terjerumus dalam kancah permainan dunia yang sementara bahkan ia akan dipastikan bahawa ia akan mendapat keuntungan untuk keduanya-duanya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesiapa yang mengharapkan pahala di dunia, maka di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat.”(Al-Imran 134). Firman lain: “Mereka yang melakukan kebaikan di dunia, akan mendapat balasan baik dan sesungguhnya di akhirat pastinya lebih baik”. (An-Nahl 30)






Kewajipan yang ditaklifkan kepada hamba ialah loncatan kepada kebahagiaan di akhirat. Kekuatan rohani akan terbina dengan ketaatan yang dilakukan. Segala tegahan dan pengharaman sesuatu perkara adalah kerana ia akan mengancam terhadap keimanan seseorang di samping menyelamatkan akal, jiwa, akhlak dan keturunan mereka. Firman Allah SWT bermaksud: “Allah memerintahkan mereka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, menghalalkan segala yang baik buat mereka dan mengharamkan sesuatu yang buruk untuk mereka” (Al-A’raf 157)






Mereka tidak akan mengalami kerugian dengan ketaatan yang dilakukan serta meninggalkan segala yang ditegah. Bahkan jiwa akan menjadi tenteram serta mendapat kehidupan yang terbaik. Segala kebaikan ini akan menjadikan mereka seorang mukmin yang sejati.






Firman Allah SWT bermaksud: “Orang yang beriman akan gerun apabila nama Allah disebut dan keimanan mereka meningkat apabila mendengar ayat Allah SWT dan banyak berserah padanya. Mereka juga melakukan solat dan membelanjakan hartanya. Merekalah mukmin yang sejati”. (Al-Anfal 2,3 dan 4)






Di sini kita akan dapat melihat cetusan dari mengingati Allah atau zikrullah akan melahirkan amalan kebajikan. Zikrullah terbahagi kepasa dua pengertian mengikut pandangan Syekh Ahmad Syakir.







  • Zikir secara lisan dengan membasahi lidah dengan lafaz jalalah seperti tasbih, tahmid, tahlil, selawat dan doa.








  • Zikir tanpa suara yang membabitkan pemikiran dan tafakur dan ini adalah tingkatan yang tertinggi dalam zikrullah. Ia akan terhasil selepas keserasian zikrullah secara lisan dan kekusyukan hati dalam mengingati Allah SWT.








  • Kesimpulannya, keimanan akan menyelamatkan seseorang daripada api neraka. Hadis dari Abu Said Al-Khudri dari Anas dan dari Abu Hurairah bahawa Baginda SAW bersabda: “Akan terselamat daripada api neraka mereka yang ada iman di dalam hatinya walaupun sedikit”. (Lafaz yang sama terdapat di dalam kitab Bahril Kalam).








  • Kita hendaklah meyakini bahawa segala kebaikan yang dilakukan akan menambah keimanan kepada Allah SWT kerana iman juga akan bertambah dan berkurang mengikut kadar amalan kebajikan yang dilakukan. (Jumhur Ulama’)







  • Sufyan Aththauri berkata: “Sesiapa yang tidak yakin dengan keimanannya, maka dia telah kufur dengan sebahagian ayat Allah SWT”. (zabdatul Waizin).





  • Penulis ialah Eksekutif Agama di NSTP









    Teruskan membaca..

    Azam patut seimbang usaha cari reda Ilahi





    Azam patut seimbang

    usaha cari reda Ilahi








    KITA sekali lagi diberi peluang melangkah kaki ke tahun baru Masihi 2012. Sama ada sedar atau tidak, kedatangan tahun baru menandakan usia meningkat dan kita kian menghampiri saat kematian.








    Sudah menjadi tradisi, apabila tiba tahun baru, kita menyambutnya dengan semangat baru, diari baru dan segalanya baru. Sebenarnya dalam Islam tiada istilah tahun baru atau lama kerana kita sentiasa dituntut taat kepada Allah setiap masa, dari awal tahun hingga akhir tahun, daripada umur baligh hingga ke liang lahad.







    Firman Allah SWT dalam Surah al-Hijr, ayat: 99 yang bermaksud:





    “...dan sembahlah Tuhanmu

    sehingga tiba kepada kamu kematian...”.







    Tidak menjadi kesalahan apabila budaya menyambut tahun baru ini kita selarikan dengan kehendak dan tuntutan syarak. Justeru, kita sepatutnya lebih mengutamakan kebaikan, menjauhi kejahatan, amanah, bertanggungjawab, berdisiplin dan jujur dalam gerak kerja.







    Kita wajar sentiasa bermuhasabah setiap masa agar menepati saranan dituntut Allah SWT supaya menjadi hamba yang taat kerana ini asas yang perlu dibina dalam mencari tujuan hidup sebenar iaitu beribadat kepada Allah SWT bukan mencari keseronokan duniawi semata-mata. Firman Allah SWT dalam surah azd-Dzariyaat, ayat 56 yang bermaksud:





    “dan tidak Aku jadikan jin dan manusia

    kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.”







    Setahun berlalu pasti melakarkan catatan penting yang boleh dijadikan iktibar. Jika tahun lalu, banyak kepincangan dalam hidup kita secara disengajakan atau tidak, maka tahun ini kita berazam tidak mengulangi kepincangan sama.






    Jika tahun lalu kita menempa kejayaan, maka tahun ini biar kita mencipta kejayaan lebih baik kerana seseorang Muslim sentiasa mengarahkan diri ke arah lebih baik, seperti kata Saidina Umar:





    “Celakalah bagi Muslim yang hari ini

    lebih buruk daripada semalam dan esok

    lebih buruk daripada hari ini.”







    Sesuatu yang lumrah, tahun baru sering dikaitkan dengan soalan, apakah azam dan cita-cita tahun baru? Golongan artis pasti memasang azam lebih cemerlang dalam lagunya dan menghasilkan filem atau album lebih meletup. Ahli perniagaan pula bercita-cita mengembangkan perniagaan agar mendapat keuntungan berlipat ganda, manakala ahli sukan menggandakan lagi usaha menempa nama negara di mata dunia.






    Amat jarang kita dengar, orang menyuarakan cita-cita menjadi hamba Allah lebih bertakwa, lebih pemurah, lebih patuh atau taat kepada hukum Allah dan lebih menghayati ajaran Islam secara syumul.






    Tidak salah menanam azam tetapi biar seimbang dalam usaha mencari kecemerlangan dunia dan akhirat. Selain itu, usaha bersungguh-sungguh perlu disusuli supaya azam menjadi realiti. Firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran, ayat 159 yang bermaksud:





    “Maka apabila engkau berazam,

    bertawakallah kepada Allah.

    Sesungguhnya Allah mengasihi orang

    yang bertawakal kepada-Nya.”







    Perkara lain yang perlu diberi perhatian serius ialah pengisian sambutan tahun baru. Kita bimbang dan sedih apabila melihat sambutan tahun baru sering dicemari dengan upacara penuh unsur maksiat yang jelas menyalahi hukum dan menyimpang daripada adat dan budaya Melayu.






    Ada pihak menganjurkan sambutan dengan acara nyanyian yang melalaikan, minum arak dan pergaulan bebas.






    Penganjuran seumpama ini membuka satu lagi ruang bagi mengundang kemurkaan Allah SWT. Maka sudah muda-mudi yang dahagakan hiburan akan terpikat dengan program ini. Maka terlena dan hanyutlah mereka sehingga ada yang tenggelam dalam maksiat.






    Sepatutnya tahun baru disambut penuh rasa syukur kepada Allah dengan berdoa atau menganjurkan majlis ilmu yang boleh membina minda untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Marilah kita jadikan tahun baru ini titik tolak untuk memperelokkan akhlak dengan mencontohi peribadi Rasulullah SAW .






    Diharapkan juga tahun baru ini menjadi tahun kegembiraan. Dalam mengimpikan hasrat ini, usaha dan tekad perlu selari kerana kejayaan tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni, ia tidak akan dapat dicapai.





    Penulis ialah guru

    Pendidikan Islam di

    Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang




























    Teruskan membaca..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...