Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, February 21, 2010

Setiap pelajar wajib sertai satu jenis sukan


[clown_1.gif]
[clown_2.gif]

BANDAR JENGKA, 21 Feb. — Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan. - Bernama

====================

Majulah Sukan Untuk Negara

Kegemilangan Sukan Sekolah Akan Dikembalikan, Kata Muhyiddin


(Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

"Sudah hampir 10 atau 20 tahun sukan di sekolah tidak diutamakan, apa sebabnya tidak diketahui. Sehinggakan di sekolah-sekolah, sukan bukan sesuatu yang dibanggakan berbanding zaman saya muda dulu.


"Ketika itu, sukan suatu yang kita pandang sebagai acara yang menceriakan dan menyeronokkan. Saya telah buat keputusan untuk kembalikan semula kegemilangan sukan di sekolah kerana pembangunan sukan negara bermula di sekolah," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, Sabtu.


Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.


Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko- Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.


"Kita akan wujudkan pegawai atau pengarah tertentu yang akan ditetapkan untuk menjaga pembangunan sukan di sekolah," katanya.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kurikulum berhubung sukan juga perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu ia dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar.


"Apa yang ada sekarang ini, sukan ialah untuk beberapa bulan sahaja terutama dua tiga bulan pertama sesi persekolahan dan selepas itu tidak ada lagi. Adakalanya, ibu bapa sendiri pun tidak mengetahui bahawa sukan sekolah sudahpun dijalankan. Ini bukan caranya," katanya.


Selain itu, Muhyiddin berkata guru terlatih dalam bidang sukan juga akan diperbanyakkan serta pembangunan infrastruktur juga akan diberikan perhatian. "Kita perlukan tenaga pelatih yang terlatih. Ini (guru terlatih) boleh dikatakan tidak banyak... ada guru biasa pun dilantik sebagai guru sukan," katanya.


Beliau berkata peruntukan Kementerian Pelajaran berjumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah-sekolah yang diumumkan pada 4 Feb lepas masih belum mencukupi untuk merealisasikan program yang dirancang.


"Jumlah itu mungkin kita akan tetapkan semula. Untuk RMK-10, saya sudah beritahu sebelum ini, kita akan perkukuhkan Bahagian Sukan dan kita tambah peruntukan untuk lima tahun akan datang. Jumlahnya belum kita tetapkan lagi, masih dalam peringkat perancangan," katanya.


Muhyiddin berkata usaha yang hendak dilaksanakan itu memerlukan masa untuk direalisasikan dan hasilnya tidak dapat dituai dalam masa terdekat.


-- BERNAMA

====================

'Jangan terlalu mengejar prestij'


MUHYIDDIN (tengah) menyampaikan replika cek kepada jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal (dua dari kiri) pada majlis Anugerah SAM-100Plus 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam. Skuad bola sepak negara meraih anugerah khas hasil kejayaan memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos.


PEMIMPIN persatuan sukan diingat supaya tidak terlalu mengejar prestij sehingga mengabaikan pembangunan sukan dan atlet.

Peringatan itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

"Sesetengah pemimpin sukan melihat kedudukan mereka dalam persatuan-persatuan sukan tertentu sebagai batu loncatan dan mengharapkan faedah untuk diri sendiri... dapat pergi makan angin, dapat duduk di hadapan sebagai presiden.

"Tetapi jangan sampai bila kita mahukan prestij itu dan kedudukan kita dihormati, kita langgar prinsip-prinsip semangat kesukanan dan akhirnya yang rugi ialah sukan negara," tegas beliau.

Beliau juga meminta amalan politiking dalam persatuan perlu dihentikan segera kerana pembangunan sukan yang dirancang akan terus dikaburi dengan permasalahan yang timbul.

"Masalah politik dalam persatuan sukan sudah wujud sejak lama dulu. Zaman saya dulu pun (ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan), saya banyak berhadapan dengan banyak persatuan sukan yang menghadapi masalah kepimpinan.

"Kalau soal pokok ialah bukan masalah kepimpinan tetapi persoalan untuk memajukan sukan, maka tak perlu ada perebutan jawatan," katanya.

Muhyiddin berkata, Akta Pembangunan Sukan sedia ada sekarang tidak dapat menyelesaikan semua permasalahan berhubung isu sukan selagi pemimpin persatuan masih lagi wujud amalan politiking.

"Apa yang kita lihat sekarang yang menjadi mangsa ialah sukan dan atlet. Soal pokok kini ialah pemimpin perlu ada disiplin, nilai kepimpinan, akhlak, persefahaman dan bertolak ansur," katanya.

Akibat daripada itu, beliau berkata, banyak bakat baru sukan tidak dapat diketengahkan.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin berkata, pemimpin sukan perlu mengurangkan amalan politiking dalam persatuan, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha memaksimumkan peningkatan tahap atlet supaya mampu menggegar pentas dunia.

KOSMO!


Teruskan membaca..

Jika Kita Ingat Kita Susah, Ada Orang Yang Lebih Susah Dari Kita. Jika Kita Ingat Kita Senang, Ada Orang Yang Lebih Senang Dari Kita.




Benar .. Tuhan itu Maha Adil .. Maha Bijaksana ... Maha Penyayang .... oleh itu warga Indonesia seharuslah menjalani muhasabah diri serta insaf - malah disarankan juga menghindarkan diri daripada perbuatan yang mendatangkan AMARAH kepada Tuhan/ALLAH.

Itulah resolusi setelah saya menatap beberapa cerita dan kesedihan yang dialami oleh warga Indonesia .. moga anda terus bersabar menghadapi dugaan ini ...

CIAMIS,(PRLM).- Pertama kali melihat Eso Karso (56) warga Dusun Karangpucung RT 15 Rw 6 Desa/Kec. Cijeungjing, Kab. Ciamis pasti kaget dan ngeri. Seluruh tubuhnya dipenuhi benjolan, mulai dari bagian dada, telapak tangan, punggung, kepala, kaki dan wajahnya tertutup oleh benjolan yang sangat mengerikan.

Bagian mata sebelah kanan juga sudah tertutup benjolan, sehingga sejak beberapa tahun yang lalu suami dari Onah (55) sudah tidak bisa lagi melihat. Eso mengungkapkan benjolan dengan berbagai ukuran tersebut sering terasa gatal dan senut-senut. Tidak tahan dengan gatal dan rasa sakit, dia menggaruk keras benjolan hingga mengeluarkan darah.

"Rasana senut-senut, lebih sering gatal. Kalau digaruk keras, bahkan sampai berdarah serta kulitnya terkelupas mirip kulit bawang. Terus terang saya hanya bisa pasrah. Mungkin hanya keajaiban saja yang bisa menyembuhkan," ungkap Eso ketika ditemui di rumahnya yang sederhana.

Eso yang ayah dari dua anak yakni Kholis (24) yang sekarang menjadikuli bangunan di Tangerang dan Rina bekerja di sebuah rumah makan, mengungkapkan seluruh hartanya sudah habis untuk biaya pengobatan. Untuk memenuhi kehidupan sehari-hari, dia hanya mengandalkan pemberian putrinya.

Dengan kondisinya yang menyeramkan itu, Eso juga mengaku pasrah dan tidak bisa lagi bekerja. Bahkan dia hanya sesekali keluar rumah apabila perlu. Sedangkan sebagian besar hidupnya ada di dalam rumah.

"Untuk berjalan kadang juga susah, badan rasanya berat sekali. Jadi ya sekarang tidak bekerja. Saya juga menyadari keadaan yang saya idap ini," katanya seraya memperlihatkan benjolan besar di bawah sikunya.


Sumber : http://mejabulatku.blogspot.com/2010/02/kenapa-warga-indonesia-sering-dilanda.html





p/s : Jika Kita Ingat Kita Susah, Ada Orang Yang Lebih Susah Dari Kita. Jika Kita Ingat Kita Senang, Ada Orang Yang Lebih Senang Dari Kita.

Justeru itu,

BERSYUKURLAH APA YANG ADA PADA KITA HARI INI.




Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...