Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, November 26, 2010

'Tetamu baru'.





Image of a male Mosquito


'Tetamu baru'




di Bentong,




Alor Gajah



Anatomy Picture of an Adult Female Mosquito

JIKA berdasarkan keputusan Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) pada pertengahan Oktober lalu, para penduduk di Bentong (Pahang) dan Alor Gajah (Melaka) dijangka menerima 'tetamu baru' menjelang bulan depan selama sebulan. Namun begitu tetamu tersebut bukanlah pelancong atau binatang ternakan tetapi ia adalah sejenis nyamuk genetik yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sejak September tahun lalu bagi mengawal wabak denggi.


Cadangan pemilihan dua kawasan itu dibuat kerana dikatakan memenuhi syarat iaitu mempunyai populasi nyamuk Aedes yang tinggi, kawasan yang terasing dan tidak berhampiran dengan mana-mana kawasan yang dilindungi bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar.


Pelepasan yang akan dibuat berperingkat-peringkat itu mempunyai dua tujuan utama iaitu untuk melihat sama ada nyamuk genetik itu boleh hidup dalam persekitaran semula jadi atau tidak dan juga untuk menentukan jarak terbang nyamuk itu.


Berdasarkan perancangan, kira-kira 2,000 hingga 3,000 ekor nyamuk genetik itu akan dilepaskan sehari selama dua hari berturut-turut dan satu lagi kaedah ialah dilepaskan sekali, kira-kira 4,000 hingga 6,000 nyamuk itu bersama sejumlah nyamuk jenis liar. Kajian itu mungkin dibuat berulang kali dan ini bermakna 6,000 hingga 24,000 ekor nyamuk genetik selain nyamuk yang hidup meliar mungkin dilepaskan ke dalam alam sekitar.


Bagaimanapun, penggunaan nyamuk genetik tersebut melahirkan kebimbangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bahawa ia akan mengganggu ekosistem sedia ada dan juga memberi ancaman kepada keselamatan manusia di masa depan.


Mereka dikatakan bimbang jika pelepasan nyamuk genetik itu di luar makmal, berkemungkinan akan wujud nyamuk Aedes jenis baru atau mempunyai sistem imunisasi yang lebih kebal berbanding jenis yang sedia ada.


Selain itu, mereka mendakwa sehingga kini tidak ada satu pun laporan yang menunjukkan projek itu berjaya dilaksanaka di luar negara, walaupun pihak LBK menyatankan Kepulauan Cayman telah pun menjalankan kajian lapangan yang melibatkan pelepasan nyamuk genetik itu dan tiada isu yang timbul disebabkan pelepasan itu.


Amerika Syarikat, Thailand, Brazil dan India juga terlibat dalam uji kaji kegunaan terkawal yang melibatkan nyamuk genetik manakala Singapura dan Vietnam sedang menilai teknologi yang melibatkan nyamuk genetik itu.


Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan, Letchumanan Ramatha sendiri memberi jaminan bahawa pelepasan ribuan nyamuk Aedes genetik dan liar itu akan dipantau dengan teliti oleh pihaknya. Beliau berkata, penduduk di kawasan terbabit akan dilibatkan dengan aktiviti kesedaran awam dan maklumat tentang uji kaji lapangan itu akan disediakan kepada mereka.


''Pertimbangan sosioekonomi termasuklah bilangan kematian dan kos perubatan yang disediakan untuk merawat penyakit Denggi perlu diambil kira.


''Teknologi baru hendaklah dicuba untuk melengkapi rancangan pengurusan makluk perosak bersepadu (IPM) dan penindasan populasi Aedes secara menggabungkan bioteknologi ini ke dalam IPM adalah sesuatu yang memberikan harapan baik," katanya.


Berdasarkan uji kaji di dalam makmal oleh IMR, terbukti bahawa nyamuk genetik tidak rintang kepada racun serangga dan mempunyai jangka hayat yang lebih singkat berbanding nyamuk bukan genetik.


Dalam keadaan persekitaran yang lebih mencabar, nyamuk genetik itu dijangka hidup selama dua hingga tiga hari sahaja dan akan mati jika dibuat semburan kabus. Nyamuk genetik itu juga tidak mempunyai kelebihan kemandirian dan akan terhapus daripada populasi semula jadi.


Tambahan pula, hanya nyamuk jantan sahaja yang dilepaskan dan ia tidak menghisap darah atau membawa virus denggi. Nyamuk tersebut akan ditangkap semula menggunakan prosedur standard yang diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan sebaik sahaja selesai uji kaji lapangan itu.


mosquito picture



Utusan Malaysia








SIFAT-SIFAT ISTIMEWA MAKHLUK DI SEKELILING KITA


Pengembaraan Hebat Seekor Nyamuk


Nyamuk merupakan makhluk yang paling dikenali kerana ia sering melawat kediaman kita ketika musim panas.

Pernahkah kamu mendapat peluang untuk melihat nyamuk secara dekat? Jika tidak, lihatlah gambar pada halaman ini dan kita dapat mengkajinya bersama. Tahukah kamu mengapa badan nyamuk berwarna merah? Badannya berwarna merah kerana ia dipenuhi darah manusia atau apa sahaja yang dihinggapinya? Ramai manusia percaya nyamuk menghidap darah. Kenyataannya, nyamuk menghisap manisan bunga.


Seekor nyamuk sedang bekerja! Perhatikan gambar ini, dapatkah kamu lihat bagaimana badan nyamuk menjadi merah disebabkan oleh darah yang disedutnya?


Hanya nyamuk betina menghisap darah, dan ia adalah untuk keperluan telur yang dibawanya.

Selepas mempelajari perkara ini, kamu pasti akan melihat nyamuk dengan pandangan yang berbeza. Terdapat beberapa perkara tentang nyamuk ini yang akan menghairankan kamu. Seperti yang kamu ketahui nyamuk adalah makhluk yang tinggal di darat dan ia terbang, tetapi mereka membesar di dalam air dan setelah dewasa, mereka keluar daripada air tanpa basah. Pernahkah kamu mendengar tentang perkara menakjubkan ini? Jika tidak, teruskanlah membaca dan kamu akan merasa kagum.

Pengembaraan Bermula ...






Ibu nyamuk menyambung telur-

bentuk rakit untuk mencegahnya daripada tenggelam.



Pengembaraan nyamuk kecil bermula apabila ibu nyamuk meninggalkan telur-telurnya di dalam kolam atau daun-daun basah. Tetapi, ia tidak meninggalkan telur-telurnya begitu sahaja. Ia menyusunnya dengan rapi saling bersebelahan. Telur-telur ini kelihatan seperti sebuah rakit. Tahukah kamu mengapa ibu nyamuk menyusun telur-telurnya dalam bentuk ini?

membentuk telur-telurnya begitu kerana, memandangkan mereka akan ditinggalkan di atas air, ia mungkin akan tenggelam. Jika ia disambungkan seperti ini, risiko untuk ia tenggelam tidak mungkin ada. Telur-telur putih yang disusun oleh ibu nyamuk serta merta berubah menjadi gelap. Dengan cara itu, telur-telur ini akan selamat daripada serangan serangga dan burung. Jadi, bagaimana telur nyamuk yang kecil ini belajar menukarkan warnanya?


Sudah tentu, telur kecil ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Nyamuk yang menjadi ibu kepada telur-telur ini juga tidak mungkin tahu bagaimana menukarkan warnanya. Allah yang telah menukarkan warna telur-telur itu. Allah Yang Maha Pengasih dan Pelindung kepada semua benda yang telah dijadikannya. Dia menukarkan warna telur nyamuk itu untuk melindunginya.

Nanti dulu! Pengembaraan si nyamuk ini baru sahaja bermula. Telur itu kemudian berubah menjadi makhluk seperti ulat dikenali sebagai larva. Larva-larva ini, seperti yang dapat kamu saksikan di dalam halaman berikutnya, kekal di dalam air dalam keadaan kepalanya berada di bawah. Bagaimanakah larva ini bernafas sekiranya kepalanya berada di dalam air? Allah telah menjadikan bagi mereka satu organ yang yang membolehkan mereka bernafas. Tahukah kamu bagaimana bentuk organ ini? Ia kelihatan seperti alat menyelam yang digunakan oleh kanak-kanak di dalam gambar ini. Ia adalah satu pembuluh dari bahagian atas yang sentiasa berada di atas air. Udara yang masuk melalui pembuluh ini membolehkan nyamuk kecil ini bernafas di bawah air.

Bagaimanapun, terdapat satu masalah besar. Pembuluh ini berada di atas air tetapi ombak yang kecil boleh menyebabkan air memasukinya dan menyebabkan nyamuk ini lemas. Tetapi, ini tidak berlaku. Satu bahan melekit di hujung pembuluh ini menghalang air daripada memasukinya. Apakah kamu fikir nyamuk-nyamuk ini boleh berkata, "Mari letakkan bahan melekit pada hujung pembuluh ini, supaya air tidak dapat masuk ke dalam"? Apakah mungkin nyamuk-nyamuk kecil ini memiliki kebijaksanaan dan kemahiran seperti ini? Sudah tentu nyamuk-nyamuk kecil ini tidak dapat berfikir untuk melakukan perkara berikut. Allah yang telah menjadikan pembuluh itu supaya nyamuk ini dapat bernafas dan bahan melekit di hujungnya agar air tidak dapat masuk.

Seperti yang dapat kamu lihat, Allah tidak hanya melindungi kita tetapi dia juga melindungi semua hidupan lain.

Jangan fikir pengembaraan ini telah tamat. Ia masih berterusan.

Pada ketika yang sama, nyamuk-nyamuk kecil ini juga menyalin kulitnya beberapa kali. Sehingga akhirnya ia berbentuk seperti yang dapat kamu saksikan di dalam gambar di sebelah. Ia masih tidak kelihatan seperti seekor rama-rama. Fasa ini dikenali sebagai peringkat pupa. Di dalam kulitnya dikenali sebagai kokun, nyamuk yang telah cukup matang dan mempunyai bentuk seekor rama-rama yang sebenar. Ia bersedia untuk terbang dengan sesungutnya, mulut, kaki, dan mata yang memenuhi sebahagian besar kepalanya. Tetapi, ia perlu keluar daripada kulit ini dahulu.



Nyamuk Pertama Kali Keluar!



Nyamuk yang keluar daripada kokun berdiri di atas air!

Allah melindungi nyamuk ini daripada tenggelam

dengan sejenis bahan melekit yang dijadikannya di bawah kakinya.


Kokun akan mula pecah pada bahagian kepala. Bagaimanapun, nyamuk ini berhadapan dengan bahaya besar. Bagaimana jika kokun ini dipenuhi air? Dalam keadaan ini nyamuk tersebut akan tenggelam. Bagaimanapun, bahagian kepala kokun ini mempunyai bahan melekit khas yang menghalang kepala nyamuk ini daripada terkena air.

Inilah saat paling penting, kerana nyamuk ini perlu berdiri di atas air dengan hujung kakinya, dan sayapnya tidak boleh basah. Angin yang perlahan sahaja sudah cukup untuk menyebabkan ia jatuh ke dalam air dan mati. Nyamuk ini melakukannya dengan kemahiran hebat, kerana Allah menjadikannya dengan kepakaran ini.

Bagaimana Nyamuk Dapat Melihat Kamu Pada Waktu Malam Dan Menyengat Kamu?

Pernahkah kamu terfikir? Di dalam malam yang gelap dan kamu sedang terbaring di atas katil. Kamu dibaluti selimut. Hanya sebahagian kecil tangan kamu terdedah. Kemudian nyamuk datang di dalam kegelapan malam; ia melihat dan menggigit bahagian kamu yang terdedah itu. Jadi, ketika kamu tidak dapat melihat apa-apa di dalam gelap, bagaimana nyamuk dapat melihat?

Nyamuk dapat melihat hidupan di sekeliling mereka dengan haba dikeluarkan, yang merupakan cahaya tidak kelihatan pada kita. Memandangkan ia tidak kelihatan di dalam cahaya, mereka dapat mencari urat-urat kita walaupun di dalam kegelapan malam.


Nyamuk melihat hidupan lain di kelilingnya berpandukan kepada bentuk haba mereka. Dengan cara inilah seekor nyamuk melihat sekumpulan manusia dan memilih sasarannya.


Ini adalah kebolehan unik. Dengan merujuknya, para pakar sains telah mencipta sebuah kamera yang dapat menangkap imej dalam bentuk haba. Walaupun di dalam gelap, kamera ini membentuk imej sekeliling seperti hari siang. Dapatkah kamu bayangkan? Manusia meniru nyamuk yang kecil! Mungkinkah seekor nyamuk tahu lebih daripada seorang manusia, dapatkah ia mengetahui lebih daripada seorang pakar sains? Sudah tentu tidak! Allah telah menganugerahkan nyamuk kebolehan luar biasa ini. Manusia mengedari kelebihan ini dan cuba menirunya. Mereka mencipta kapal terbang dengan meniru burung. Manusia telah meniru banyak benda yang mereka saksikan di alam semula jadi. Sekarang mari kita teruskan pengembaraan nyamuk ini.


Nyamuk Ketika Bekerja!


Teknik yang digunakan nyamuk untuk menghisap darah adalah sangat teliti sehinggakan mengejutkan manusia.

Pertama, nyamuk hinggap di atas sasarannya. Contohnya, tangan kamu... Kemudian, dengan menggunakan pembuluh berbentuk jarum, ia memilih satu tempat yang sesuai. Jarum nyamuk ini kelihatan seperti picagari dan ia dilindungi dengan sarung khas. Ketika proses penyedutan darah, jarum ini dikeluarkan daripada sarung ini. Ramai menyangka nyamuk mencucuk kulit dengan memasukkannya jarumnya, sebaliknya nyamuk menggunakan cara yang berbeza untuk melakukannya. Ia menggerakkan gergajinya ke depan dan ke belakang, seperti sebuah gergaji, dan dengan bantuan gergaji bawah, ia memotong kulit. Ia memasukkan jarumnya ke dalam bukaan ini dan apabila jarum ini telah sampai ke urat darah, ia mula menyedut darah.


Doktor Nyamuk!


Kamu mungkin bertanya, "Bolehkah nyamuk menjadi doktor?" Selepas membaca halaman ini kamu akan berkata, "Mereka memang doktor!".

Apabila kamu terluka, darah kamu akan berhenti mengalir dengan sendirinya. Ini kerana darah dapat membeku dan berhenti mengalir. Allah telah menjadikan darah dengan kualiti seperti ini untuk melindungi manusia. Jika darah tidak dapat membeku dengan sendirinya, luka kecil di jari kamu atau luka kerana terjatuh ketika berlari boleh menyebabkan kematian kamu, kerana kamu tidak dapat menghalang pendarahannya.

Ia amat penting kepada kita. Tetapi, nyamuk mungkin tidak gemarkannya. Mengapa? Kerana, apabila nyamuk mula menyedut darah, ia akan menjadi beku dan tidak akan dapat disedut. Jika ini berlaku, nyamuk tidak akan wujud, kerana tidak seekor nyamuk dapat memberikan protein kepada telur-telurnya. Sekali lagi Allah telah menjadikan satu kemahiran unik untuk proses ini. Bagaimana? Sebelum nyamuk mula menghisap darah, ia mengeluarkan satu cecair khas, yang Allah kurniakan kepadanya, ke dalam saluran darah sesiapa yang dihinggapinya. Dengan cara ini, darah di kawasan ini tidak akan membeku dan nyamuk dapat menyedutnya.


Cecair ini juga mempunyai kualiti lain. Apabila nyamuk menjalankan kerjanya, kamu tidak akan merasa apa-apa, kerana bahan ini mengebaskan kawasan yang digigit nyamuk. Cecair ini seperti anestesia yang digunakan oleh doktor gigi atau pakar bedah. Doktor memberikan sejenis dadah supaya kamu tidak merasa sakit, dan memang kamu tidak merasanya. Jadi, nyamuk juga bekerja seperti seorang doktor. Mulanya ia membius dan kemudian menghisap.

Selepas nyamuk menggigit kamu, kamu akan merasa sedikit gatal dan bengkak. Punca rasa gatal dan bengkak ini adalah cecair ini.

Kamu mungkin beranggapan perkara ini memakan masa yang panjang. Tetapi nyamuk ini melakukan semuanya di dalam masa yang singkat. Kamu hanya merasa kesan gigitannya setelah ia menyelesaikan kerjanya dan mengemas kembali peralatannya.

Sekarang, mari kita fikirkan bersama. Nyamuk hanya bersaiz hujung pensil, tetapi kerja yang dilakukan amat penting dan sempurna. Pada pandangan kamu apakah nyamuk-nyamuk ini dapat memikirkan semua ini? Untuk menghalang pembekuan darah manusia, membius kawasan gigitannya supaya ia tidak menyakitkan, menghasilkan mata yang dapat melihat pada waktu malam, menyusun telurnya dalam bentuk rakit supaya ia tidak tenggelam... Ia tidak dapat menciptanya, bukan?

Allah telah menjadikan hidupan dengan sifat-sifat yang bersesuaian untuknya supaya ia dapat mencari makan sendiri, melindungi diri dan menyelamatkan diri. Ini membuktikan betapa Allah amat mengambil berat, Maha Penyayang dan melindungi. Sebagai contoh, sekiranya seekor nyamuk dapat meneruskan hidupnya, itu adalah kerana Allah telah melindunginya. Allah tidak pernah meninggalkan sesuatu pun, dan tidak pernah lupa. Kerana itulah semua yang diperlukan oleh seekor nyamuk adalah sempurna. Tiada satu pun yang kurang.



Kamu dapat lihat di dalam gambar ini, kegiatan yang dilakukan oleh seekor nyamuk apabila ia menggigit manusia. Nyamuk tidak menghisap darah sebagai makanan. Ia menyedut darah hanya untuk memberi makan kepada telur-telurnya. Kamu juga tidak akan dapat merasa sakit ketika melakukannya, kerana nyamuk telah membius kawasan yang digigitnya.



http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/ciptaan/ciptaan04.php



Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...