Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, May 1, 2012

Pekerja abai etika kerja, tak amanah khianati akujanji




Pekerja abai etika kerja,

tak amanah khianati akujanji



Oleh



Wan Mohd Ruzlan Wan Omar



Sebahagian gaji haram jika salah guna hak syarikat








PELBAGAI acara dianjurkan untuk meraikan sambutan Hari Pekerja sebagai menghargai sumbangan serta jasa pekerja. Ia juga menzahirkan penghormatan terhadap pekerja di segenap peringkat yang selama ini banyak menyumbang ke arah kelangsungan pembangunan negara.







Bekerja demi mencari nafkah diri dan ahli keluarga termasuk dalam amal ibadat dianjurkan agama. Malah orang yang bekerja dipandang mulia di sisi Allah, tetapi untuk memperoleh janji Allah bagi keberkatan rezeki atau ganjaran pahala, kita perlu menepati piawai kualiti kerja digariskan agama.







Firman Allah yang bermaksud:



“Sesungguhnya Allah

menyuruh kamu supaya menunaikan amanah

kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu)

apabila menetapkan hukum di kalangan kamu

hendaklah menetapkannya dengan adil dan saksama.

Sesungguhnya Allah

memberikan peringatan yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Sesungguhnya Allah

adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah an-Nisa’, ayat 58)







Setiap pekerjaan perlu bermula dengan niat yang ikhlas kerana Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:





“Sesungguhnya Allah

tidak memandang kepada rupa dan harta kamu,

tetapi Allah

hanya memandang kepada

niat hati dan amalan kamu.”


(Hadis riwayat Muslim)









Baginda seterusnya berpesan lagi yang bermaksud:





“Sesungguhnya Allah

tidak menerima sesuatu amalan itu

melainkan ia dilakukan dengan ikhlas (jujur)

semata-mata kerana-Nya saja.”



(Hadis riwayat An-Nasa’i)









Daripada dua peringatan Rasulullah SAW, jelas kepada kita bahawa memulakan gerakan sesuatu pekerjaan mesti dititik mulakan dengan niat ikhlas kepada Allah. Sesungguhnya niat yang bersih suci kerana Allah akan memancarkan daya usaha yang bersungguh-sungguh serta komited.








Ciri kedua harus dimiliki setiap pekerja ialah nilai integriti yang akan menerbitkan sikap amanah menjalankan sesuatu kerja. Sikap ini jika dipelihara dan diterjemahkan dalam pekerjaan akan membawa kejayaan serta kepercayaan.







Agama meletakkan amanah pada kedudukan tertinggi apabila melakukan sesuatu tanggungjawab seperti firman Allah yang bermaksud:







“Sesungguhnya Allah

menyuruh kamu supaya menunaikan amanah

kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu)

apabila menetapkan hukum di kalangan kamu

hendaklah menetapkannya dengan adil dan saksama.

Sesungguhnya Allah

memberikan peringatan yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Sesungguhnya Allah

adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”




(Surah an-Nisa’, ayat 58)










Rasulullah SAW berpesan supaya tidak mengkhianati akujanji atau amanah yang diberikan kerana apabila seseorang lupa amanah yang terpikul di bahunya, maka mereka mudah terpesong daripada landasan etika kerja sepatutnya.








Maka terjadilah pecah amanah ketika melaksanakan tugas dan berlaku perkara yang bersalahan kehendak agama. Banyak kes seperti rasuah, ponteng kerja, menyalahgunakan kemudahan kerja untuk tujuan peribadi berpunca daripada lunturnya nilai amanah dalam diri.








Rasulullah SAW dengan tegas menyatakan:





“Tunaikanlah amanah

kepada orang yang memberi amanah kepada kamu

dan janganlah kamu mengkhianati

orang yang mengkhianati kamu.”



(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)








Tidak konsisten menjalankan sesuatu tugas juga dikira sebagai tidak amanah dan menyalahi etika kerja Islam. Dalam Fatawa Lil Mawazhzafin wal ‘Umat yang ditulis Syeikh Ibnu Baz menyatakan, status gaji pekerja yang tidak konsisten dan tidak melaksanakan tugas secara sempurna dikira sebagai syubhah.








Katanya lagi, seharusnya seseorang itu takut kepada Allah dan bersungguh-sungguh ketika menjalankan tugasnya sehingga gajinya tidak mengandungi syubhah.








Wajib melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sempurna supaya gaji diterima halal. Jika tidak, maka status sebahagian gajinya haram. Justeru, hendaklah seseorang itu sentiasa berwaspada dan bertakwa kepada Allah.








Komited terhadap tugas adalah satu perintah agama dan kita tidak boleh memandang remeh isu sebegini kerana ia membabitkan urusan gaji sama ada halal atau haram yang kita terima setiap akhir bulan.






Bagaimana halnya jika ada yang terbabit dengan penyalahgunaan kenderaan atau kemudahan syarikat ketika bekerja? Dalam merungkai permasalahan ini ada baiknya kita teliti apa yang terkandung dalam Fatawa Lil Muwazhzhafin wal ‘Ummah, ditulis Syeikh Ibnu Jibrin.







Katanya, pekerja yang bekerja dengan kerajaan atau syarikat adalah pekerja yang diupah. Dia diberikan amanah untuk memegang tugas diserahkan kepadanya. Dia juga diamanahkan dengan pelbagai kemudahan untuk melaksanakan tugas, maka dia tidak boleh menggunakannya kecuali ketika bertugas atau untuk kepentingan kerja yang diserahkan kepadanya saja.






Justeru, seseorang pekerja tidak boleh menggunakan kenderaan syarikat atau kerajaan untuk keperluan urusan peribadinya. Demikian juga segala peralatan di pejabat dilarang sama sekali digunakan untuk urusan peribadi yang di luar bidang tugas.





Demikian juga dalam isu menggunakan tenaga pekerja untuk melakukan urusan peribadi seperti mengarahkan pemandu syarikat membawa dan menguruskan keperluan sendiri yang tiada kaitan dengan tugas.




Syeikh al-Fauzan dalam Kitab ad-Da’wah berkata, seseorang itu tidak boleh menggunakan pekerja, pemandu milik syarikat atau pejabat kerajaan untuk keperluan peribadi, kerana menyuruh melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka adalah unsur kezaliman.




Sebagai seorang pekerja kita wajib pada setiap masa menekankan aspek niat yang ikhlas kerana Allah, beramanah, sentiasa bekerja kuat dan penuh komited dalam menjalankan tugas diberikan.









Teruskan membaca..

Semak Keputusan Temuduga KPLSPM 2012






Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

telahpun membuka Aplikasi Online Semakan Keputusan

Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012.




Untuk makluman,

butiran tentang tarikh temuduga,

semakan keputusan dan tarikh pendaftaran masuk

adalah seperti berikut:




  • Tarikh Temuduga: 07 – 18 Mei 2012


  • Semakan Tawaran: 05 Jun 2012


  • Tarikh Kemasukan: 18 Jun 2012






*Tarikh di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk

kepada perubahan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia





Semakan Keputusan Temuduga KPLSPM




Maklumat Penting Berkenaan Temuduga KPLSPM


Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu diketahui oleh pemohon berkenaan temuduga KPLSM.



  1. Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.


  1. Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.


  1. Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).



  1. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.



  1. Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.




  1. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.




Kepada calon-calon

semoga berjaya berjuang

untuk temuduga KPLSPM.








Teruskan membaca..

Anugerah iktiraf pendidik sekolah swasta



Anugerah iktiraf

pendidik sekolah swasta





PUTRAJAYA: Pendidik di sekolah swasta tidak ketinggalan daripada mendapat pengiktirafan apabila buat julung kali Anugerah Tokoh Guru Swasta Kebangsaan turut diperkenalkan pada sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 yang dijangka berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak pada 16 Mei depan.




Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan terhadap usaha, sumbangan dan jasa pendidik di sekolah swasta itu akan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Tokoh Guru Kebangsaan dan Tokoh Kepimpinan Kebangsaan pada majlis berkenaan.






“Tiga anugerah sampingan baru turut diperkenalkan pada tahun ini iaitu Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas, Guru Cemerlang Orang Kelainan Upaya dan Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,” katanya pada sidang media selepas majlis pra-pelancaran Hari Guru 2012 di sini, semalam. Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Sufa’at Tumin dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.





Abd Ghafar berkata, sambutan Hari Guru kali ini bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara , dengan semua warga pendidik termasuk murid berpeluang mengikuti majlis berkenaan kerana ia juga akan disiarkan secara langsung melalui RTM1 dan EduwebTV.





Menurutnya, beberapa acara lain turut diselitkan, seperti forum wacana intelek yang dijadualkan sehari sebelum kemuncak sambutan itu. “Malah, kita juga akan mengadakan majlis bacaan Yasin di seluruh negara pada 10 Mei ini bagi memohon keberkatan sambutan Hari Guru,” katanya.









Sumber













Teruskan membaca..

Lelaki genius kawal lalu lintas-Dr Bruce Berry





Lelaki genius kawal lalu lintas




BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.
BERRY di luar sekolah tempat dia bekerja.




LONDON: Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah.




Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.





Tetapi, selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce, 70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: “Saya gemar berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat ketika pergi dan balik sekolah.” Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan Russia.






Berry yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang sebelum menjadi penterjemah.






Bruce menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.






“Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana,” katanya. - DM










Teruskan membaca..

Guru mesti terlebih dulu kuasai BI



Guru mesti

terlebih dulu kuasai

BI



 MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar pada majlis perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di Cyberjaya, semalam.
MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar
pada majlis perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC),
di Cyberjaya, semalam.






Semangat Maktab Kirkby dapat lonjak penguasaan bahasa Inggeris: TPM






CYBERJAYA: Tiada kaedah pengajaran yang lebih berkesan melainkan guru menguasai bahasa Inggeris terlebih dulu sebelum berdepan dengan pelajar bagi mengajar bahasa itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.







Timbalan Perdana Menteri berkata, kaedah diguna pakai pada 1950-an yang mana guru dihantar ke Maktab Kirkby, England untuk belajar daripada tenaga pengajar yang juga penutur jati bahasa Inggeris ternyata dapat melahirkan guru yang menguasai bahasa itu dengan cemerlang.








Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara. - Tan Sri Muhyiddin Yassin









Katanya, guru pelatih di Maktab Kirkby ketika itu berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selama dua tahun dengan penutur jati, selain mempelajari budaya mereka yang menjadi asas kepada pembentukan budaya berbahasa Inggeris.










“Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara.









“Saya yakin semangat Maktab Kirkby dapat memainkan peranan dalam melonjakkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru pelatih dan masyarakat umum di sini,” katanya ketika berucap merasmikan Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di sini semalam.











Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut melancarkan buku bertajuk Warisan Maktab Kirkby sempena majlis itu. Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud; Pengerusi Lembaga Pengarah KIC, Tan Sri Dr Yahya Ibrahim dan Presiden KIC, Bismillah Khatoon.









Bangunan KIC yang dibina dengan kos RM54 juta itu menempatkan 1,030 pelajar termasuk kira-kira 1,000 pelajar lepasan diploma yang kini mengikuti Program Pensiswazahan Guru, selain 126 pelajar lepasan sekolah menengah yang kini mengikuti Program Latihan Perguruan Peringkat Ijazah Pertama.










Muhyiddin berkata, tokoh guru seperti Yahya, yang juga Alumni Maktab Kirkby, wajar memanfaatkan kelulusan dan pengalaman luas beliau serta rakan seangkatannya untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan tenaga pengajar di sini.









Sehubungan itu, beliau mengesyorkan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia (PAMKM) turut menyumbang cadangan dan pemikiran dalam Dialog Kebangsaan Kajian Semula Pendidikan yang beliau lancarkan kelmarin, menjurus kepada aspek khusus memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.










Katanya, walaupun bahasa Inggeris diletakkan di tempat kedua selepas bahasa Melayu, kerajaan tetap mengiktiraf kepentingan usaha memastikan rakyat menguasai bahasa antarabangsa itu.












Teruskan membaca..

Etika Perguruan



Perguruan adalah satu bidang yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta.




Menurut perspektif agama, kedudukan seorang guru adalah setaraf dan semulia dengan pemimpin negara dan tugas mendidik ahli masyarakat merupakan satu ibadah yang dituntut. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.




Profesionalisme pada asasnya dianggap suatu nilai yang murni jika individu mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri atau suka memilih pekerjaaan. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar.





Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar.





Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan keberkesanan dalam profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sumber dan teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran di kalangan pelajar.





ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB GURU





Etika Profesion Perguruan



1. Seorang guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.



2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.



3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.



4. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.



5. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya.



6. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa, agama dan kepercayaaan.



7. Dia haruslah bertugas sebagai "pengganti ibu bapa" dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyarakat.



8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.



9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dikalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangankan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.



10. Dia harus menghormati hak titp-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.



11. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.



12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara.



13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.



14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar.



15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa suapaya menjadi contoh yang baik terhadap murid-murid.



16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.



17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.



18. Dia tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap murid-muridnya.



19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.



20. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.



21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan).



22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.





emoticon01emoticon01
emoticon01emoticon01emoticon01emoticon01emoticon01emoticon01emoticon01emoticon01emoticon01
emoticon01emoticon01




emoticon01emoticon01

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...