Nilai baik bentuk akhlak pekerja
Optimisme, keberanian, adil perlu jadi pegangan
Nilai aspek utama dalam segenap tindak-tanduk manusia. Tanpa nilai baik, sesuatu tindakan yang baik boleh dilihat sebagai tidak baik dan tidak bermanfaat.
Contohnya, menyiapkan minit mesyuarat, laporan atau sesuatu
projek yang dipertanggungjawabkan adalah suatu usaha baik tetapi jika
dihasilkan tanpa nilai ketelitian, ketelusan, kesahihan fakta dan
penjimatan kos, kerja itu walaupun siap tidak diterima secara baik
sebagai yang berkualiti.
Justeru, setiap tindakan dalam Islam amat menekankan aspek nilai baik seperti terkandung dalam pengertian akhlak yang sangat luas.
Nilai aspek utama dalam segenap tindak-tanduk manusia. Tanpa nilai baik, sesuatu tindakan yang baik boleh dilihat sebagai tidak baik dan tidak bermanfaat.
Firman Allah SWT:
“Ketika Tuhanmu memberitahu,
jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahkan nikmat
yang ada padamu,
tetapi jika kamu kufur,
sesungguhnya seksaanKu amat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Justeru, setiap tindakan dalam Islam amat menekankan aspek nilai baik seperti terkandung dalam pengertian akhlak yang sangat luas.
Sabda Rasulullah apabila ditanya apa itu agama, Baginda menjawab dengan ringkas tetapi padat bahawa agama itu akhlak yang baik. Maksudnya, keseluruhan mengenai Islam boleh difahami dan terserlah dengan paparan amalan yang berakhlak.
Magnet kejayaan
Akhlak adalah ‘magnet kejayaan’. Banyak sekali dalil al-Quran dan hadis yang menunjukkan mereka yang berakhlak pasti berjaya. Besi beraninya pula tersangat kuat sehingga impak sebagai amal salih kekal di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah SAW:
“Peniaga yang jujur dan amanah berada bersama nabi, orang yang jujur dan syuhada.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Berakhlak dalam segenap amalan menatijahkan kejayaan yang boleh dan tidak boleh dijangkakan. Firman Allah SWT:

“Tidak ada seorang pun yang
mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka
(dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan
sebagai balasan bagi amal soleh yang mereka sudah kerjakan.” (Surah
al-Sajdah, ayat 17)
Pengurusan nilai
Dalam pembangunan organisasi, pengurusan nilai semakin ditekankan. Pandangan Tan Sri Ahmad Sarji dalam buku bertajuk Sekadar Berpendapat menggariskan tiga nilai dalam tindakan operasi iaitu optimisme, keberanian dan adil.
Nilai optimisme dalam bekerja membolehkan seseorang mempunyai pelbagai pilihan bertindak dan bekerja tanpa rasa kaku atau buntu. Usaha dan panduan untuk menerapkan nilai ini dalam organisasi kita boleh dibuat melalui beberapa kaedah pendekatan yang disarankan.
Dunia hari ini juga menyedari hakikat bekerja dan mengurus berasaskan nilai ini. Malah kejayaan operasi syarikat konglomerat dunia seperti kajian dalam buku What Really Works - The performance secrets of the world’s most successful companies oleh William Joyce, Nitin Nohria dan Bruce Roberson menunjukkan kejayaan bersandarkan kekuatan nilai didukung dalam tindakan dan strategi.
Bahkan ia juga penentu kepada pengukuhan budaya kecemerlangan itu. Ertinya, untuk kekal berjaya juga mesti mempraktikkan tindakan yang berakhlak. Selain sebagai pengukuh kejayaan, akhlak juga adalah benteng kegagalan.

“Ketika Tuhanmu memberitahu, jika kamu bersyukur, nescaya Aku
tambahkan nikmat yang ada padamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya
seksaanKu amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Personaliti pekerja
Justeru, mari kita kenal pasti nilai utama yang mendokong kerja seharian kita. Jika ditanyakan apakah tiga nilai utama bagi tindakan kerja anda, barangkali dapat kita fikirkan apakah yang sudah kita jadikan amalan dan rasa gembiralah dengannya serta pertingkatkan lagi.
Pegangan nilai akan membentuk akhlak atau personaliti pekerja. Personaliti yang baik adalah suatu keajaiban bagi pekerja kerana ia potensi yang membuka banyak ruang dan peluang untuk berjaya.

Abu Hurairah, sahabat Rasulullah yang terkenal daripada kalangan Ahli
Suffah, walaupun miskin tetapi mempunyai nilai kekayaan personaliti
antaranya beliau amat tekun mendampingi Rasulullah dan dalam tempoh lima
tahun bersama, beliau menghafal sabda Baginda.
Justeru,
marilah kita terus memupuk kerja berasaskan nilai kerana kemuliaan diri
di sisi Allah SWT terletak kepada usaha dan nilai baik dalam
mengusahakannya walaupun kecil.
Firman Allah SWT:
“Tentulah
Kami tidak
mensia-siakan pahala orang
yang mengerjakan amalannya dengan
baik.”
(Surah al-Kahfi, ayat 30)
Penulis Prof Madya di
Jabatan Siasah Syariyyah,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya (UM)