Penawar sihir, penyakit aneh
SEJAK kecil, kita didedahkan kegunaan air sebagai penawar pelbagai
jenis penyakit. Ada yang mengambil air yang dibacakan surah Yassin untuk
menerang hati manakala ibu bersalin digalak minum air selusuh bagi
memudahkan proses kelahiran.
Menurut Kitab Mukhtasar Fi Ma’ni Isma’Allah Al Husni, diriwayatkan
bahawa Abi Al-Qaasim Al-Qusyairi pernah menghadapi kesusahan sebab
anaknya sakit tenat.
Suatu malam, dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu mengadu hal itu.
Rasulullah bertanya: “Tidakkah engkau mempergunakan ayat
Asy-Syifaa?” Al-Qusyairi tersedar lalu dicarinya ayat itu dalam
al-Quran.
Al-Qusyairi menuliskan ayat itu pada kertas dan dibasuhnya dengan
air lalu diberi minum kepada anaknya. Dengan izin Allah, penyakit
anaknya sembuh.
Dari sudut saintifik, saintis Eropah dan Jepun mendapati air adalah
satu elemen yang hidup kerana ia mampu merakam gema, perasaan serta
bacaan terhadapnya.
Ini dibuktikan dengan gambaran molekul air yang berubah bentuk bergantung kepada interaksinya dengan keadaan luaran.
Apabila dibacakan sesuatu yang baik, seperti ayat al-Quran, molekul
air bertukar kepada bentuk kristal yang bersinar serta bercahaya. Dan,
begitu juga sebaliknya.
Menyedari peranan air sebagai penawar, Air Anugerah diketengahkan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran serta doa pilihan.
Menurut Imam Muda Ustaz Khairul Azhar Ghazali, Air
Anugerah bukan
saja kaya dengan zat galian, tetapi ditenagakan dengan bacaan ayat suci
al-Quran dan doa pilihan.
Beliau berkata, bagi memastikan proses itu lebih tinggi nilainya, adab sepanjang pemprosesannya amat dijaga.
Katanya, Air Anugerah itu menggunakan sistem syifa iaitu dibacakan keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk.
“Ia dibacakan dalam keadaan yang sempurna dan menjaga adab zahir dan hati (biat) di kalangan mereka yang terpilih.
“Selepas itu, ditenagakan pula dengan bacaan khusus ayat al-Quran
tertentu dengan dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan kaedah yang
khas,” katanya.
Allah berfirman, “Wahai manusia, sesungguhnya datang kepadamu
pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Quran) dan penyembuh bagi
penyakit-penyakit dalam dada.” (Surah Yunus: 57).
Doa dalam Air Anugerah boleh dijadikan amalan harian untuk mencari
penawar dan mencapai hajat tententu, antaranya Surah al-Fatihah
(penyembuh keracunan),
Surah al-Syarh (menghilangkan kesulitan dan bebanan), Surah al-Qadr (pembuka minda dan menerangkan mata), Surah al-Kafirun (menghindar hasutan Iblis dan makhluk halus), Surah al-Ikhlas (menjauhi mata-mata jahat), Surah al-Falaq (penyembuh penyakit siang dan malam), Surah al-Nas (menjauhi gangguan jin), Surah al-Isra’: 28 (penghadang dan pembimbing), Surah at-Taubah:128
(menghilangkan sebarang sakit), Ayat Kursi (menghindar gangguan makhluk halus), Surah al-Baqarah (terselamat dari bencana dan bahaya), Surah Israil (penawar segala jenis kesakitan), Surah as-Shafat (sentiasa sihat), Surah Ali-Imran (terpelihara dari segala penyakit dan gangguan jin), Bacaan istighfar (pengampunan dan penyembuh serta doa penyembuh angin ahmar) dan doa khatamul al-Quran untuk penyembuh penyakit zahir dan batin.

Sumber