Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, May 29, 2011

Kalau suami......Jika Suami







KALAU SUAMI


Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam Jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..




JIKA SUAMI


Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati




Adakah suami-suami anda

tergolong dalam kategori

JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI ?


JIKA SUAMI .. lebih banyak dari KALAU SUAMI

maka bersyukurlah kerana

rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ….

KALAU SUAMI…. lebih banyak dari JIKA SUAMI…

maka berhati-hatilah. …

wahai kaum isteri

jangan sampai rumahtangga

umpama NERAKA.




Bukankah lebih baik

jadikan rumahtangga itu SYURGA

dari menjadikan ia

NERAKA ?????



JANGAN ANDA MERASA MENYESAL

KERANA MENCINTAI ISTERI..

KERANA DIALAH

BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK

MENZALIMINYA ...........

KERANA DOA ORANG TERANIYA

DITERIMA

OLEH TUHAN

YANG MAHA ESA….









Teruskan membaca..

Teori SSR








Teori SSR


  • Sabar


  • Syukur


  • Redha





1) Sabar dengan ujian Allah.








2) Syukur atas segala nikmat.






3) Redha dengan takdirNya.















Teruskan membaca..

Inovasi muzik wayang kulit dalam P&P




Inovasi muzik wayang kulit dalam P&P



Mohd Asmawi (bertali leher kuning)
bersama ahli kumpulan wayang kulit SMK Sering
selepas membuat persembahan di
Festival Hari Guru 2011, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.







PENGGUNAAN muzik tradisional wayang kulit dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjaya meningkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah di samping menggalakkan generasi muda untuk mencintai warisan budaya bangsa.



Penerima Anugerah Guru Inovasi Hari Guru 2011, Mohd Asmawi Isa berkata, penggunaan muzik dalam P&P terbukti berkesan dalam menarik minat pelajar datang ke sekolah bagi melibatkan diri dalam aktiviti sebelah petang dan pada hujung minggu.



"P&P luar bilik darjah ini bukan sahaja membolehkan pelajar menguasai notasi muzik dengan cepat dan mudah malah mampu mempromosi Malaysia di mata dunia," kata Guru Muzik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sering, Kota Bharu, Kelantan ini.



Beliau memberitahu, kumpulan wayang kulit sekolahnya telah membuat persembahan di United Kingdom, Bulgaria, Itali, China, Scotland dan Kanada.



"Pendedahan di peringkat antarabangsa ini dapat memupuk minat pelajar untuk menguasai dan memelihara seni budaya bangsa agar tidak pupus," katanya ketika ditemui di Festival Hari Guru 2011 di Kuching, Sarawak baru-baru ini.



Modul pembelajaran notasi muzik wayang kulit ciptaan Mohd Asmawi sesuai digunakan oleh semua peringkat usia dari tahap prasekolah hingga ke universiti termasuk untuk orang dewasa.



Ketika ini, ujarnya, modul tersebut digunakan di Sekolah Seni Sarawak dan Sekolah Seni Johor.



Dalam pada itu, menurut Mohd Asmawi, pelajar boleh menjana pendapatan sendiri melalui persembahan di luar sekolah seperti dalam majlis perkahwinan atau acara sambutan orang kenamaan.



"Pelajar juga diajar kemahiran untuk membuat sendiri peralatan wayang kulit," tambahnya.



Selain itu, modul P&P ciptaannya turut menerapkan kemahiran merentas subjek seperti lukisan, bahasa Melayu, sejarah, matematik dan KOMSAS.



Sebagai contoh, cerita dan asal usul wayang kulit merupakan sebahagian daripada subjek Sejarah manakala bahasa yang digunakan pula satu bentuk pembelajaran bahasa Melayu.



Permainan muzik dan wayang kulit ini turut meningkatkan kemahiran psikomotor melalui pelbagai gabungan pergerakan anggota tubuh pelajar.





Teruskan membaca..

Target 20 emas > Johor.




Johor idam pulang 20 emas


Kontinjen Johor bersorak penuh semangat
pada penyerahan bendera sempena Sukan Malaysia XIV
di Kompleks Sukan UTM Skudai, semalam. -
MINGGUAN/Nasirruddin Yazid

JOHOR BAHRU - Johor menyasarkan sekurang-kurangnya 20 pingat emas pada Sukan Malaysia XIV di Kuala Lumpur, Khamis depan.



Ketua Kontinjen Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, pasukannya yakin mampu mencapai sasaran tersebut berdasarkan prestasi, pencapaian dan cabaran yang mampu dihadapi.



"Kita realistik dalam sasaran ini setelah mengukur kemampuan dan kebolehan kontinjen Johor berdasarkan pengalaman tahun lalu, di mana kita menyasarkan 35 pingat tetapi berjaya mendapat 40 emas.



"Selain itu, kita juga menyasarkan posisi empat terbaik pada temasya kali ini,'' katanya pada majlis penyerahan bendera Johor kepada kontinjen negeri itu di Dewan Komples Sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, kelmarin.



Penyerahan itu dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sukan negeri, Jais Sarday kepada Samsol sambil disaksikan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Ramli Abdul Rahman.



Samsol berkata, Johor menghantar sebanyak 344 atlet yang bakal bertanding dalam 18 sukan, antaranya bina badan, bola baling, bola keranjang, kriket, kabbadi, ragbi, tenis, judo dan futsal.





Utusan Malaysia Online







Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...