Cuti sekolah telah berakhir.
Pastinya ada pelbagai mood untuk kembali ke sekolah semula terutama adik-adik yang masih bersekolah rendah mahupun menengah (termasuk aku.....hehehehehehehe). Apapun situasinya, sekolah akan kembali seperti biasa. Rutin harian hari persekolahan kembali rancak.
Mungkin ada banyak pelajaran dan tugas-tugas
yang menunggu adik-adik (ye ke?).
Agenda yang mungkin menyulitkan selain pelajaran yang semakin bertambah susah bukan bertambah senang.
Semuanya menuntut kesabaran kan!
Buat anakku, anak saudaraku yang kembali ke asrama
dan anak-anak didik , kembalilah bersemangat ke sekolah
(termasuk aku.....hehehehehehehehe).
Jangan jadi "lazy bear" macam kat bawah ni........
Kembali bersemangat ke sekolah!
Semangat tu penting ar....
GOING TO WORK N SCHOOL ON MONDAY..............
Untuk kembali bersemangat ke sekolah
adalah penting kita pastikan beberapa perkara
tidak terlepas pandang bagi menjamin semangat itu
terus berkobar-kobar biarpun pada hari pertama sekolah
khasnya adik-adik yea.
Sebelum diteruskan perbicaraan, jom kita layan dulu
semangat sahabat kita ni.
Betapa girangnya sahabat kita ini.
Semangat beginilah yang perlu ada dalam diri
kita semasa kembali ke sekolah.
Kita layan ...................bzzzzz....
A REALLY HAPPY PENGUIN
Rock on, penguin.
Rock.......on.
Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira :-
- Pastikan kerja sekolah atau tugasan yang diberi oleh guru telah disiapkan sesempurnanya. Jika tidak, panik menguasai diri dan rasa berat untuk ke sekolah.
- Jika ada wang yang lebih, apa salahnya kita sediakan peralatan baru untuk anak-anak memulakan penggal persekolahan ini. Tentunya semangat berkobar-kobar terus tersemat di hati mereka. Biarkan anak-anak memilih peralatan sekolah yang baru seperti buku, pemadam, pen, pembaris dan seumpamanya.
- Tidur yang cukup itu penting. Pastikan jadual tidur kembali seperti sesi persekolahan bukan jadual tidur waktu bercuti. Beberapa hari sebelum hari sekolah bermula, biasakan diri adik-adik tidur awal dan bangun.
- Masih tidak bersemangat lagi? Apa kata adik-adik kenang-kenangkan teman tapi mesra di sekolah yang adik-adik senangi. Dengan mengingati kawan-kawan akan dapat membantu menyemarakkan rasa ingin ke sekolah kerana ingin bertemu dengan teman tapi mesra yang dirindui. Hubungan yang baik dengan kawan-kawan akan ada rasa rindu dan tidak sabar-sabar untuk bertemu dan bercerita dengan mereka. Ada banyak perkara yang hendak diceritakan kepada kawan-kawan sepanjang percutian yang dilalui.
- Buat si kecil yang baru memulakan alam persekolahan.........yang ini lagi banyak kerenahnya. Apa kata kita pancing dia dengan umpan yang menarik. Contohnya, sediakan bekalan yang diminati, belikan bekas makanan dan botol air baru yang disukainya, belanja makan di tempat yang disukainya..............ala-ala bodek gitu.
- Tak jalan jugak! Amalkan doa ini.
Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.
Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).
Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).
Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).
Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
- Untuk memulakan hari dengan cergas dan rajin, adik-adik boleh amalkan
1. Bila bangun tidur baca doa
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
2. Ambil wudhu'
3. Solat Subuh
(Maksud doa -
Segala puji milik Allah
yang telah menghidupkan kami kembali
setelah mematikan kami (dalam tidur)
dan
hanya kepada-Nya
kita akan dikembalikan
(sesudah mati).
Dari Bukhari dan Muslim;
Menurut Rasulullah saw
siapa yang tidur malam
nescaya syaitan akan datang kepadanya
untuk mengikat 3 ikatan dibelakang kepalanya.
3 ikatan tersebut akan terbuka
dengan tiga amalan tidur iaitu
- membaca doa bangun tidur (seperti doa di atas),
berwudhu'
dan
solat subuh.
Jika semuanya terbuka,
dia akan hidup cergas dan rajin
tetapi jika tidak
nescaya jiwanya
tidak tenteram dan malas
(makna hadis riwayat Bukhari dan Muslim);
Wanita haidh boleh berwudhu'
terutama ketika akan tidur malam
dan
bangun tidur
tetapi
mereka dilarang
melakukan solat.
dan
bangun tidur
tetapi
mereka dilarang
melakukan solat.
@@Permulaan sabar
adalah pahit
tapi
Manis akhirnya@@
p/s : Buat anakku n anak saudara yang menuntut di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar,
KM4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor Darul Taqzim semoga kalian teruskan
perjuangan yang bermatlamat kerana Allah swt. Ceriakan hari-harimu dengan sentiasa
mengingati Nya biar di mana jua berada.
KM4, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, Johor Darul Taqzim semoga kalian teruskan
perjuangan yang bermatlamat kerana Allah swt. Ceriakan hari-harimu dengan sentiasa
mengingati Nya biar di mana jua berada.