Amalan-amalan di bulan Ramadhan
# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan. # Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan. # Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam. # Berazam melakukan Terawih 20 rakaat
(bukan 8 rakaat).
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian). # Solat berjemaah setiap waktu. # Solat jemaah di masjid/surau. # Amalkan Qiyamulail. # Sahur diwaktu akhir. # Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu. # Mandi Janabat sebelum Imsak. # Kurangkan tidur. # Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh). # Tunaikan Solat Dhuha. # Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor). # Tunaikan solat Rawatib. # Jaga pancaindera. # Elakkan gosok gigi pada waktu petang. # Hadiri majlis ilmu. # Buat baik pada ibubapa. # Isteri hendaklah taat pada suami. # Banyakkan bersedekah. # Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api. # Berbuka bersama orang tua. # Jemput tetamu berbuka. # Kurangkan berat badan. # Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja). # Baiki hubungan suami isteri. # Baiki hubungan jiran. # Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan. # Elakkan berbelanja berlebihan. # Kuatkan kesabaran. # Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih. # Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar). # Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar. # Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu. # Elakkan mendengar radio berunsur hiburan. # Berdoa dengan nada lembut dan merayu. # Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri. # Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia. # Melazimkan solat waktu. # Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar. # Elakkan banyak berhutang. # Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang. # Tunaikan zakat fitrah. |