Tunku Ismail dimasyhur sebagai Tunku Mahkota Johor
2010/01/28
JOHOR BAHARU: Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di sini, jam 3.20 petang tadi.
Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan
"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab"
Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan
oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab
mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris
bergelar Tunku Mahkota Johor.
"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian
pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum
mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli
Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar
Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda.
Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda
baginda atas limpah perkenaan dilantik sebagai waris takhta Johor.
Tunku Ismail turut melafaz taat setia untuk melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda
baginda, Sultan Ibrahim dan bonda baginda, Raja Zarith Sofiah almarhum Sultan
Idris serta rakyat Johor.
Istiadat pemasyhuran itu turut disaksikan kerabat diraja yang lain dan
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot membacakan doa sejurus
istiadat pemasyhuran selesai.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan
Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan
isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin; barisan Exco dan Anggota Dewan Undangan
Negeri Johor serta pegawai-pegawai kerajaan.
Tunku Ismail, 26, dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor menggantikan Sultan
Ibrahim yang dimasyhur sebagai Sultan Johor, Sabtu lalu.
Pemasyhuran bagi mewarisi takhta Johor itu berikutan kemangkatan nenda baginda
Sultan Iskandar, Jumaat lalu.
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu, Tunku Ismail merupakan putera
sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan
nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Baharu dan
Sekolah Rendah Kebangsaan St Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian
di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia,
mulai tahun 1999 hingga 2002.
Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja,
Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai
pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA)),
Dehradun, India, mulai Julai 2003.
Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember
2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai
pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.
Aktif dalam menunggang kuda dan sukan polo sejak kecil, Tunku Ismail juga
dianugerahkan "Best in Riding" antara kadet-kadet IMA tahun 2003-2004 selain
dipilih pemain polo Rejimen 61 Cavalry yang membawa kejayaan kepada rejimen
itu memenangi beberapa piala kejohanan polo.
Tunku Ismail menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing yang pertama
mengetuai pasukan tentera India pada perbarisan hari kebangsaan negara itu, pada
26 Januari 2007.
Dengan berpangkat kapten, Tunku Ismail mengetuai rejimen berkuda memberi
tabik hormat kepada Presiden India Dr APJ Abdul Kalam ketika itu semasa
sambutan hari kebangsaan ke-58, yang turut dihadiri tetamu khas termasuk
Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Tunku Ismail dikurniakan Darjah Mahkota Johor yang Amat Mulia Pangkat Ketiga
Setia Mahkota Johor (SMJ) pada 16 September 2004 dan dikurniakan Pangkat Pertama
Darjah Mahkota Johor yang Amat Mulia, Seri Paduka Mahkota Johor(SPMJ) sempena
ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar pada 2005.
Seterusnya, Tunku Ismail dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati
Pangkat Kedua (DK II) pada ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar, pada
2006 dan dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
pada ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar, tahun lalu. -Bernama
========================================
ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF)
Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau JMF ( Johore Military Forces ) telah ditubuhkan pada 1885. Angkatan ini merupakan angkatan bersenjata milik Sultan Johor. Umumnya bagi penduduk di Johor, angkatan ini juga dikenali sebagai "Askar Tuanku". Penubuhan angkatan ini terlaksana semasa Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar menjadi Sultan Johor. Baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi Institusi Diraja dan juga bumi Johor. Oleh itu pada peringkat awal penubuhan, angkatan JMF terdiri daripada 60 orang askar Melayu dan 20 orang askar Punjabi. Askar Melayu JMF dilatih sebagai infantri manakala askar Punjabi dilatih dalam unit artileri.
Pada awal penubuhan JMF, Komandan pertama yang dilantik adalah dari kalangan pegawai British iaitu Kapten Newland dan kemudiannya diserahkan kepada Kapten Daud Sulaiman sebaik ditauliahkan.
Tanpa kita sedari, banyak jasa JMF yang terpahat dalam lipatan sejarah kemerdekaan tanah air khususnya dalam negeri Johor. Misalnya pada tahun 1915, iaitu semasa perang dunia pertama, JMF telah menyekat dan menghentikan pemberontakan pasukan tentera India dari Fifth Light Infantry di Singapura. JMF berjaya menahan tentera pemberontak yang berjaya membolosi sempadan ke Johor dalam usaha mereka melepaskan diri dari terus menjadi Tentera British.
Pada masa yang lain dalam perang dunia pertama juga, kerajaan telah menghantar satu kontinjen JMF terdiri dari dua orang pegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat menyertai misi ke Tanglin Barracks di Singapura. Matlamat utamanya adalah untuk melindungi republik tersebut semasa peperangan. Di samping itu, kontinjen yang dihantar diberikan tanggungjawab mengawal tahanan perang dan melindung Pulau Belakang Mati ( kini dikenali sebagi Pulau Sentosa ) sehinggalah era peperangan dunia pertama tamat.
JMF juga pernah diberikan tanggungjawab memastikan keselamatan dan keamanan sepanjang laluan Mersing, Kluang, Batu Pahat dan lapangan terbang Kluang ( kini menjadi Lapangan Terbang TUDM ).
Siapa tahu pengasas UMNO dan bekas Menteri Besar pertama Johor Datuk Onn Jaafar, anaknya yang juga bekas Perdana Menteri Tun Hussein Onn, dan bekas Chief of Armed Forces General (Rtd) Tun Ibrahim Ismail merupakan individu yang telah banyak berjasa dalam keanggotannya sebagai Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Jangan terkejut kalau ada yang kata bahawa Professor Diraja Ungku Aziz juga pernah menyandang pangkat Major dalam angkatan JMF ini.