Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Saturday, November 2, 2013
Friday, September 13, 2013
Sunday, July 7, 2013
Friday, February 22, 2013
:) kau kata, aku dengar aje..

lawak la pulak.....
kerap kali
memikirkan..
kenapa manusia..bila berbicara...???????????
???????????????????????????????????????????
to be continue.......:)
Sunday, January 20, 2013
Lawak la pulak :)
Kisah Pilot dan pesakit jiwa..
Satu hari, seorang pilot telah ditugaskan untuk membawa 30 orang pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan dipandunya.
Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan, juruterbang itu pun membawa 30 orang pesakit jiwa tersebut. 29 orang pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu.Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba, kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 orang pesakit yang melompat-lompat itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 orang pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain.
5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata..? Apa yang kau bagi tau sama kawan-kawan kau itu?". Pesakit itu pun menjawab "Saya bagi tau kat kawan-kawan saya..... kalau nak melompat-lompat............pergi main kat luar!!!!
p/s :
release tension......
Saturday, December 8, 2012
Lawak la pulak :)
Nampak cuti sememangnya panjang,
Yang bukan guru terasa iri,
Di medan ini cubalah berjuang,
Barulah faham amanah diberi.
Sesekali berkelah atau beriadah,
Layani keluarga penuh sabar,
Manfaatkanlah sepenuhnya cuti sekolah,
Moga minda kembali segar.
Thursday, August 23, 2012
Friday, August 17, 2012
Ramadan Terbaik


Ramadan Yang Manis
Alam itu cantik—gunung dan tasik;
maya terlalu indah—laut dan mega.
Lapar dan dahaga yang mengiktibar
cekal dan bersih suara mengajar:
Lapar kita dahaga yang menguji,
dahaga kita lapar yang mengerti—
ketaqwaan penuh terhadap Illahi.
Puasa—musim manis, bahang menguji,
angin yang santun ke pohon dakwah
bergugus dan sihat buah ibadahnya.
Bulan menyimpan kebijaksanaan,
musim indah di taman Ramadan,
menyerlahkan kemanusiaan luar biasa,
menginsafi keagungan Maha Kuasa.
Daun yang gugur tanah yang rekah
di atas sejadah harum iklimnya;
surah yang jernih dan suara syahdu
terhantar ke lidah dari damai qalbu,
merubah derita ke bahagia diri,
membimbing hidup yang diredhai.
Solat malam, zikir doa, tulus sedekah
ibadah ummah, tangkai yang ketiga,
mengagumi Allah Subhanahu Wa Taala.
Langit beradab, kelam dan cerah
datang dan pulangnya iktibar berhemah.
Badik ketika murka, senyum sewaktu mesra,
alam, insan khusyuk menyujud Illahi
sekiblat dalam tautan kasih yang hakiki.
Lailatul qadar ia pada detik terpilih
malam yang manis, indah dan jernih.
Pada malam sabar dan siang yang cekal
ranum pohon hikmah sebagai bekal;
gugus permata, kerlipnya paling mesra,
merimbun bugar, daunnya meneduhi ummah.
A. Samad Said
p/s :
Semoga Ramadan ini menjadi
Ramadan yang terbaik buat kita semua.
Amin Ya Rabbal Alamin.











