Kemahiran pemujukan merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam
kemahiran antara perorangan. Antara kemahiran perorangan ialah kemahiran
memujuk,kemahiran membimbing serta kemahiran membimbing.
Peranan Kemahiran Memujuk kepada kita amat penting kerana pemujukan mampu
untuk mempengaruhi orang lain untuk mempercayai kita. Kita seringkali mendengar
kemahiran pemujukan ( persuasif ) ini terutamanya yang melibatkan urusan jual
beli.
Antara lain ialah iklan itu sendiri sudah menunjukkan cubaan penjual untuk
mempengaruhi pengguna.Tujuan utama pemujukan ialah untuk mempengaruhi pendapat
dan reaksi seseorang.Selain melalui lisan,kemahiran pemujukan boleh dilakukan
dalam pelbagai bentuk seperti dalam blog,facebook mahupun e-mail.
Dalam
kemahiran pemujukan ini,suasana persekitaran amatlah penting,oleh sebab itulah
seseorang yang ingin menggunakan kemahiran pemujukan perlu melihat keadaan
samada sesuai atau tidak kita menggunakan kaedah ini.
Secara mudahnya,kemahiran
pemujukan jarang memberi implikasi negatif sekiranya penggunaanya dilakukan
secara betul.Contoh kemahiran pemujukan ialah,apabila seseorang penceramah
memberikan penerangan tentang dadah maka itu adalah penerangan tetapi apabila
penceramah meminta untuk kita menjauhi dadah maka itu adalah pemujukan.
Teknik pemujukan ini berlaku hampir di semua bidang samada dalam bidang
pengiklanan,rumah tangga,mahupun dalam bidang politik.
Dalam bidang pengiklanan
sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia bertujuan untuk mendorong pengguna untuk
membeli barangann yang diiklankan.Dalam proses pengiklanan ini,tidak semua
barangan yang ditawar sama sebagaimana yang diiklan kerana tujuan pemujukan
melalui iklan ini hanyalah untuk melariskan jualan semata-mata.
Manakala
kemahiran pemujukan dalam intitusi kekeluargaan pula berlaku apabila anak atau
isteri merajuk.Biasanya si ibu akan menggunakan kemahiran pemujukan bagi
memujuk anak yang sedang menangis.
Biasanya bagi kemahiran pemujukan ini,banyak
kata-kata manis ditabur bagi menyedapkan hati.Begitulah juga si suami akan
menggunaakn kemahiran pemujukan apabila si isteri merajuk. Dalam kaedah ini juga, si pemujuk biasanya
tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana ini boleh menyebabkan
semakin kuat merajuk.
Pemujukan ini
boleh berlaku dalam kaedah memujuk ataupun dalam kaedah mengancam. Contohnya jika isteri merajuk bagi memujuknya ada sesetengah suami mengugut
untuk berkahwin lain yang semestinya akan menyebabkan si isteri tadi berhenti
dari merajuk.
Bagi ahli politik
pula,kemahiran memujuk amat penting. Ini
kerana kaedah memujuk ini akan menarik sokongan kepada ahli politik berkenaan. Kemahiran Pemujukan dalam kalangan ahli
politik banyak berlaku semasa pilihanraya.
Banyak janji-janji manis ditabur kepada pengundi dengan hanya satu
tujuan yang nyata iaitu bagi menarik sokongan pengundi untuk mengundinya.
Kaedah pemujukan amat penting
dalam kehidupan
bermasyarakat.
Pelbagai laras bahasa digunakan
dalam kaedah pemujukan ini.
Kemahiran pemujukan ini
dikatakan berkait
rapat dengan
Bidang komunikasi dan juga
Linguistik.
Bahasa yang baik dan dengan
cara yang betul penggunaanya
akan mampu untuk diakui oleh dunia.
Selain perkara yang dinyatakan di atas,
pemujukan juga bertujuan untuk
memujuk
pembaca, pendengar atau penerima
komunikasi untuk berbuat sesuatu
yang
diharapkan oleh pemujuk.