Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, January 22, 2010

Hormati Guru Anda


UNTUK cemerlang dalam pelajaran, insan paling bertanggungjawab membentuk pelajar ke arah itu adalah guru yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar pada setiap masa.

Ilmu yang dicurahkan oleh guru amat penting bagi menjadikan seseorang itu insan berguna pada masa hadapan. Jadi, guru mesti dihormati kerana jasa mereka tidak akan terhitung oleh kita.

Pada asasnya, tugas hakiki seorang guru adalah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Mereka juga merupakan ibu bapa kedua kepada pelajar memandangkan banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding di rumah.

Pelbagai cara boleh dipraktikkan untuk menghargai jasa guru yang tidak pernah jemu-jemu mencurahkan bakti tanpa mengenal erti jemu.

Guru tidak pernah meminta wang ringgit dan harta sebagai balasan. Cukuplah setiap pelajar menghormati mereka dengan mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa.

Tidak salah kalau menyapa guru ketika berselisih di luar kawasan sekolah sekalipun.

Dengan cara itu, bukan sahaja dapat menunjukkan sikap menghormati guru, malah dapat mengeratkan lagi hubungan antara mereka demi kebaikan bersama.

Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan.

Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan membetulkannya. Dengan ini, pelajar dapat belajar daripada kesilapan.

Sikap dan disiplin diri seorang pelajar di sekolah juga adalah penting. Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.

Secara tidak langsung, ini boleh menjadikan mereka lebih tekun dalam pelajaran dan seterusnya berjaya dalam hidup.

GURU bertanggungjawab mendidik anak bangsa mengenal apa yang baik dan buruk bagi mengharungi masa depan yang lebih bermakna.

Mereka juga perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru juga sebahagian tanda hormat dan penghargaan seseorang pelajar.

Dengan membuang masa dan membuat bising dalam kelas ketika guru sedang mengajar adalah tindakan yang menunjukkan pelajar tidak menghormati guru.

Jika sikap seperti ini berterusan dan tidak diperbetulkan, ia akan merugikan masa depan pelajar terbabit.

Sebelum terlambat, ubahlah sikap dengan berusaha sebaik mungkin menghormati dan mengenang jasa guru.

Jika di rumah, ibu bapa adalah insan yang perlu disayangi, manakala di sekolah pula guru umpama ibu bapa. Jadi, sebagai pelajar, anda boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru.

Ia boleh dilakukan dengan dengan membawa buku-buku ke bilik guru, selain memberi hadiah tanda ingatan semasa sambutan Hari Guru.

Namun, apa lebih penting guru akan rasa dihargai apabila pelajar dapat meluangkan masa untuk menziarahi mereka ketika terlantar sakit. Mereka akan berasa disayangi dan diingati sepanjang masa.

Sesungguhnya, guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri dan menerangi hidup orang lain.

Lagipun, guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Janganlah jadi salah seorang yang merugikan masa depan sendiri. Tepuk dada tanya selera.

myMetro

Teruskan membaca..

Kecil-kecil cili padi......

Teruskan membaca..

Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)

Dubai sport city

Dubai sekarang dah terkenal dengan nama “City of Dream” yang menarik ramai pelancong dan juga pelabur asing. Waa… teringin nak pegi sana la… :)

0-14-tower

0 14 tower Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)

0-14-tower, direka oleh Reiser + Umemoto RUR Architecture P.C. and developer Shahab Lutfi. Direka untuk Dubai’s Business Bay, memiliki 22 tingkat disaluti dengan dinding 2 lapisan .Lubang-lubang tersebut direka bertujuan untuk menyejukkan bangunan.


Arabian Blade

arabian blade Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)

Arabian Blade direka oleh Claudio Catalano dan mempunyai banyak kegunaan yang berkonsepkan formasi tumbuhan. Ia digunakan sebagai flat kediaman, hotel dan ruang komersil.


Burj Dubai

burj dubai Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)

Dubai Dancing Towers

dancing towers Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)


DubaiLand Snow Dome

snowdome Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)

snowdome 01 Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)

Falcon City of Wonders

falcon city of wonders Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)


Dubai Madinat Al Arab

madinat al arab Projek Dubai Lebih dari Imaginasi (Part 1)

Teruskan membaca..

Nampak bumi ni bulat Dari Burj, Dubai

dubai1 Nampak bumi ni bulat Dari Burj, Dubai

Wah..ni lah pemandangan dari atas menara burj, dubai. macam dunia atas awan plak… macam dalam citer Doraemon pun ade :lala:

dubai2 Nampak bumi ni bulat Dari Burj, Dubai

Nampak bumi ni betul-betul bulatkan? :nyayi:

Teruskan membaca..

Hotel di China -Mesra Alam

1000 atkins songjiang night Hotel di China  Mesra Alam

Songjiang, berdekatan dengan Shanghai makin lama makin terkenal dengan industri perlancongan disebabkan keunikan lanskap dan keindahan alam semulajadinya. Dan sekarang diorang tengah buat Songjiang Hotel yang dijangka dapat menarik lagi ramai pelancong.

Ape yang Best??

1000 atkins songjiang Hotel di China  Mesra Alam

Di reka oleh Atkin Firm.

Ape yang Best:
-ada 400 Bilik
-100 meter dari atas
-ada restoran,cafe, kemudahan sukan, bilik dalam air dll
-air terjun
-underwater aquarium (macam kat langkawi).


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...