Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, December 21, 2012

Mukmin Cemerlang








AMALAN MUKMIN CEMERLANG

 

Daripada Abu Malik Al-Harith b. Asim Al-Asyaari
 katanya Rasulullah SAW bersabda : 





" Bersuci itu sebahagian daripada Iman, 

Alhamdulillah memenuhi timbangan, 

Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi ruang

 antara langit dan bumi.

 Solat itu cahaya.

  Sedekah itu bukti dan Sabar itu sinaran.

  Al-Quran itu hujjah untuk engkau atau

 terhadap engkau, semua orang

 mempertaruhkan dirinya... 

 (antara dua pertaruhan) samada

 yang memerdekakannya atau 

membinasakannya. "






Kelebihan Amalan Mukmin Cemerlang :-




1. Berwuduk. 
  • membersihkan anggota zahir daripada kekotoran. 
  • dapat mengawal perasaan marah. 
  • mensucikan hati daripada dosa. 
  • anggota wuduk akan bercahaya pada hari kiamat.

 


2. Bertahmid(Alhamdulillah).
  • akan menguatkan ingatan orang yang selalu membacanya. 
  • mendapat pahala yang memberatkan timbang Al-Mizan.

 




3. Bertasbih(Subhanallah).
  • mendapat ketenangan dan ketenteraman hati 
  • dapat membersihkan diri daripada syirik. 
  • mendapat pahala yang memenuhi antara langit dengan bumi.

 




4. Mengerjakan solat.
  • muka berseri-seri. 
  • hati menjadi bersih dan jauh daripada sifat-sifat keji. 
  • orang yang melakukan solat sunat pada waktu malam akan diterangi kuburnya. 
  • fizikal orang yang solat akan menjadi sihat.

 




5.Kelebihan bersedekah.
  • rezeki berkat dan semakin bertambah. 
  • mengugurkan dosa seseorang. 
  • dipandang mulia dan dihormati masyarakat. 
  • mendapat naungan arasy Allah SWT pada hari akhirat.

 




6. Sabar dalam sesuatu perkara.
  • mendapat petunjuk ke arah kebaikan. 
  • mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. 
  • dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan baik 
  • menjadi sumber kekuatan dan kemenangan orang mukmin seiring dengan doa.

 




7. Membaca, Memahami, dan Menghayati Al-Quran.
  • menjadi penawar kepada kehidupan orang mukmin. 
  • memberi ketenangan dan kedamaian kepada pembaca dan pendengar. 
  • orang yang beramal dengan Al-Quran akan mendapat syafaatnya pada hari akhirat. 
  • menjadi panduan hidup yang sempurna.






Teruskan membaca..

9 bulan tinggal atas pokok


9 bulan tinggal atas pokok







MUMBAI: Seorang suami dayus tinggal di atas pokok sejak sembilan bulan lalu dan enggan turun kecuali isterinya meminta maaf kerana bersikap curang terhadapnya.





Bagaimanapun, si isteri tidak juga memohon maaf, malah tidak pernah menjenguk suaminya sepanjang tempoh sembilan bulan itu.

  



Sanjay berkahwin dengan Tara di Baragaon, Varanasi tahun lalu sebelum berpindah ke Mumbai. Namun, Mac lalu, ketika pulang lebih awal dari kerja, dia mendapati wanita yang baru dikahwininya itu berasmara dengan seorang jiran di rumah mereka. Kecewa dan rasa terhina, 






Sanjay menuntut Tara memohon maaf atas kecurangannya tetapi wanita terbabit enggan. Sanjay bertindak membawa isterinya pulang ke kampung sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah mereka. Bagaimanapun, Tara ingkar dan mengatakan dia ingin kembali ke Mumbai sebelum meninggalkan rumah ibu bapanya.





Dalam percubaan terakhir untuk memenangi semula hati isterinya, Sanjay memanjat pokok jambu di pinggir kampung dan tinggal di atas pokok itu sejak kejadian berkenaan.





Sanjay berkata, dia hanya akan turun dari pokok itu jika Tara meminta maaf dan pulang ke pangkuannya. Walaupun dipujuk keluarga, Tara enggan mengubah pendiriannya.





Pada awalnya, Sanjay enggan makan dan meneruskan hidup hanya dengan memakan jambu. Namun, apabila semuanya sudah habis dipetik, Sanjay terpaksa menelan egonya dan bergantung kepada ibunya yang setia membawakan makanan untuknya dari rumah. “Sanjay memanjat pokok berkenaan pada 9 Mac lalu dan sejak itu berada di atas pokok berkenaan.






 “Apabila kami cuba memujuknya supaya turun, dia mengancam untuk membunuh diri,” kata ibunya, Kushma Dev kepada The Asian Age. “Dia makan dan tidur di atas pokok, malah turut membuang air di situ. Kami selalu datang menemuinya dan bertanya jika dia memerlukan apa-apa,” katanya.






Beberapa penduduk kampung bagaimanapun mendakwa melihat Sanjay turun ke bawah dan bersiar-siar apabila dia menyangka tiada sesiapa melihat perbuatannya itu. - Agensi



Sumber 



 




p/s :

macam-macam hal lah manusia ini....
ingat zaman maju dan serba canggih 
tiadalah orang duduk atas pokok..ini tidak..
semakin canggih semakin ke belakang la pulak. 
 Mesyuarat bawah pokok ada tak :)






 



Teruskan membaca..

Malaysia cipta rekod muncul juara AUG

Malaysia cipta rekod muncul 

juara AUG

Perbarisan atlet Malaysia pada acara penutup Sukan Universiti ASEAN, di Laos, malam tadi.  
Perbarisan atlet Malaysia pada acara penutup Sukan Universiti ASEAN, di Laos, malam tadi.


Catat sejarah sejak 30 tahun jadi johan
 bertanding di luar negara



Berakhirnya Sukan Universiti ASEAN (AUG) edisi ke-16 semalam, Malaysia secara rasminya mencipta rekod menjuarai kejohanan itu buat pertama kali di luar negara sejak 30 tahun sejarah penganjuran sukan universiti peringkat Asia Tenggara itu.




Hadir dengan hanya mensasarkan 36 emas, namun kejayaan membawa pulang 60 pingat emas, 48 perak dan 72 gangsa cukup melahirkan rasa bangga di kalangan setiap atlet dan pegawai kontinjen negara.
Tuai hasil dasar


 
 
 
 
"Saya lihat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memainkan peranan cukup besar terutamanya dengan memperkenalkan dasar Pusat Sukan Tumpuan dan Pusat Kecemerlangan Sukan. Pencapaian ini membuktikan dasar dan sistem kita memberikan hasil.

 
 
 
 
"Saya juga sentiasa berpesan supaya pastikan tidak ada sebarang masalah dalaman dan kekal dengan semangat juang tinggi. Saya bangga dengan pencapaian ini hasil sokongan semua pihak," kata Chef de Mission negara, Profesor Dr Yahaya Ibrahim ketika menghadiri majlis meraikan kontinjen negara di Kedutaan Besar Malaysia di Laos semalam.


Skuad renang menjadi penyumbang emas paling banyak dengan meraih 21 emas, sembilan perak dan tujuh gangsa untuk mengecewakan Vietnam di tempat kedua keseluruhan (56 emas, 35 perak dan 28 gangsa).

 



Tak jangka



Dalam masa sama, Yahaya melahirkan terima kasih kepada skuad renang, memanah, karate-do dan olahraga yang mempamerkan pencapaian baik.

 
 
 
"Memang saya tidak jangka kita mampu mencapai sehingga 60 pingat emas. Sukan renang, memanah, olahraga dan karate-do memenangi banyak emas.

 
 
 
"Muay thai juga turut meraih tiga perak walaupun terpaksa bersaing dengan kuasa besar dunia, Thailand. Kita ada sasaran untuk Rio de Janeiro 2016 (Sukan Olimpik), jadi kita bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara untuk melahirkan lebih ramai atlet untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi," katanya. 
 
 
 
 
 
Sumber




Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...