Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, January 11, 2010

Penulis blog diancam 'kapak terbang'






Seorang penulis blog popular
diancam dengan "kapak terbang" malam tadi, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan dakwaan negatif berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan.

syed azidi syed abdul aziz kickdefella police pc 171008 04Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian yang menyebabkan cermin belakang pacuan empat roda miliknya itu pecah berlaku kira-kira pukul 10.50 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah.

"Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya," katanya.

Dalam aduan polisnya, Syed Azidi berkata sebuah Proton Wira Aeroback, yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran, berhenti di tepi rumahnya.

"Saya berasa takut dan terus masuk ke dalam rumah. Selepas merasakan keadaan reda, saya keluar dan dapati cermin belakang motokar saya telah pecah," laporan polisnya dipetik.

"Saya mengesyaki (orang di dalam) Proton Wira yang saya lihat itu telah membaling kapak tersebut ke arah motokar saya."

NONEMenurut coretan di blognya pula, kapak besi berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang keretanya dan terpelanting lebih dua meter.

"Tengah hari tadi (semalam) saya diberitahu oleh seorang ahli sebuah parti politik berhubung ada pihak mencari saya dan mengugut untuk memukul saya kerana posting (tulisan) saya yang negatif terhadap keluarga menteri besar Kelantan dan sebuah syarikat swasta," kata Syed Azidi.

Selepas dipecat November tahun lalu, bekas pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu secara terbuka mengkritik kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Bertembung secara terbuka dengan Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Syed Azidi antaranya mendakwa terdapat salah urus kewangan sebuah anak syarikat perbadanan itu, Kifalah Sdn Bhd.

Penulis blog itu turut mendakwa, Abdul Ariffahmi menyebabkan peningkatan kos PMBK melebihi 500 peratus apabila menaikkan gaji dan memberikan bonus sesuka hati.

Setakat ini belum jelas pihak yang bertanggungjawab dan polis sedang menjalankan siasatan selepas kejadian itu dilaporkan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu tengah malam tadi.

Ketika dihubungi pagi ini, Syed Azidi tidak menolak kemungkinan insiden di rumahnya malam tadi mempunyai kaitan dengan tulisan-tulisan kritis di blognya.

"Kemungkinannya 'ya'. Ia mungkin melibatkan pihak-pihak yang tertekan dengan siaran artikel-artikel saya," jelasnya.

Beliau bagaimanapun yang enggan menamakan pihak terbabit.

Polis merekodkan keterangan Syed Azidi, turut dikenali sebagai 'Sheih' di kalangan penulis blog, pagi ini.
malaysiakini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...