Oleh Zulkiple Ibrahim
Jenaka ialah cara biasa untuk memulakan perkenalan sesama individu atau antara kumpulan seperti ketika sebelum bermulanya seminar atau syarahan. Gurauan atau humor juga boleh diguna untuk mengurangkan stres serta tekanan terutama di tempat kerja.
Tetapi kadang kala humor juga boleh menimbulkan rasa tidak senang pada mereka yang mendengarnya. Antara gurauan yang tidak manis didengar ialah jenis yang mempersenda orang lain. "Elak daripada humor yang memperkecil orang lain.
Tidak baik mempersenda kekurangan orang, seperti jantina, keturunan, fahaman politik, agama dan yang lain," kata aktivis sosial Fatimah Mansur. LAWAK 'HAMBAR' Katanya ada gurauan daripada jenis 'lawak hambar' yang tidak langsung mempunyai nilai humor dan tidak langsung mempedulikan sensitiviti serta perasaan orang lain.
"Bagi orang yang buat jenaka seperti ini, mereka tidak kisah sama ada menyentuh perkara sensitif tentang orang lain. Bagi mereka tujuan melawak itu hanyalah untuk mendapatkan respons ketawa tidak kira sama ada orang lain terasa sensitif atau tidak. "Malangnya kita hidup dalam satu budaya di mana sempadan menghormati perasaan orang lain serta nilai tata susila sudah semakin kabur. Contohnya kenapa perlu ada 'double meaning' (maksud lain) dan kenapa pula gurauan itu perlu dituju kepada seseorang tertentu?.
"Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Adakah orang yang memulakan gurauan yang menyakitkan hati itu atau mereka yang ketawa bila mendengarnya? Kedua-duanya, kata Fatimah. HORMATI ORANG LAIN Bagi pensyarah universiti Muhd Ameen Nashruddin, humor ialah kaedah yang menarik untuk mengeratkan hubungan tetapi humor juga ada batasannya.
"Kita sudah tentu maklum tentang kejadian di negara barat di mana seseorang individu boleh melakukan sesuatu yang ekstrem seperti mengamuk dan membunuh bila menjadi mangsa ejekan dan sindiran pada satu jangka masa berterusan. "Sudah tentu jiwa akan tertekan jika anda selalu disindir dan menjadi bahan ketawa orang yang cuba memperkecil dan mempersenda anda sama ada di sekolah, di ofis atau di mana saja," kata beliau. Bagi Muhd Ameen, perkembangan yang agak tidak sihat ialah acap kali dilihat di kaca televisyen, pelawak membuat gaya dan mimik kumpulan etnik yang lain bertutur Bahasa Malaysia.
"Kanak-kanak dan remaja suka meniru gaya para pelawak ini. Macam mana kita hendak galakkan orang lain menghormati bahasa dan budaya kita kalau kita asyik mempersenda gaya mereka bertutur bahasa kita?. "Kita sepatutnya berasa bangga dengan usaha mereka," kata beliau sambil mengatakan gagasan 1Malaysia yang diutarakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menjadi pegangan semua kaum dalam hal ini.
NILAI 1MALAYSIA Seorang kontraktor binaan, Peter Lim, berkata: "Setiap hari kita jumpa dengan ramai orang. Di rumah dengan jiran dan kalau ke pasar, kita akan bertemu orang lain pula. Dalam setiap pergaulan kita itu, ada adab budi bahasa yang perlu dijaga". Bagi Lim, "Jangan sakiti hati orang kalau kita tidak mahu hati kita disakiti". Katanya ia merupakan norma utama dalam menegakkan moral yang tinggi dalam budaya kita.
Memang ada moral tertentu yang kita amalkan dalam kehidupan tetapi frasa ini yang merangkumi nilai yang paling kita jaga -- bahawa kita patut layan orang seperti mana kita mahu diri kita dilayani. "Bukannya susah, pada tahun-tahun selepas Merdeka, datuk nenek kita pernah mengamalkan konsep muhibah.
Sekarang kita cuma kekalkan semangat tersebut dan cuma kita perlu salutkan dalam dimensi yang lain, iaitu konsep 1Malaysia," kata Muhd Ameen. "Hormatilah perasaan, budaya, adat resam, bahasa, fahaman dan agama orang lain. Sama ada di tempat kerja, tempat belajar dan juga segala tempat dalam masyarakat," katanya. -- BERNAMA

No comments:
Post a Comment