Tempuh perjalanan 1,400km untuk bertemu si penipu
ZHENGZHOU: Seorang janda berusia 73 tahun sanggup menempuh perjalanan kira-kira 1,400 kilometer untuk bertemu kekasih yang dikenalinya melalui Internet, tetapi kecewa apabila mendapati lelaki itu memiliki isteri.
Berasal dari Zhengzhou, Henan, Liu berkenalan dengan lelaki terbabit yang tinggal di wilayah Liaoning.
Liu mula tertarik kepada lelaki itu setahun lalu selepas dia mengaku duda.
Akhbar tempatan melaporkan, minggu lalu Liu menempuh perjalanan jauh untuk bertemu kekasihnya.
Sepanjang perjalanan itu, xinhuanet.com melaporkan, lelaki terbabit tidak menjawab panggilan telefon Liu.
Hasil bantuan polis, Liu akhirnya menemui rumah kekasihnya itu tetapi dia kecewa melihat lelaki terbabit hidup bahagia dengan isterinya. - Agensi
myMetro
No comments:
Post a Comment