BUKIT JALIL: Bakat baru iaitu Muhammad Aizat Amdan mencipta kejutan apabila muncul pemenang Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) yang berlangsung di Stadium Putra, di sini malam tadi.
Aizat, 20, turut mengungguli kategori persembahan terbaik menerusi satu lagi lagu ciptaannya sendiri iaitu Kau dan Aku. AJL24 kali ini memperkenalkan format terbuka tanpa sebarang kategori. Selaku juara, Aizat memenangi hadiah wang tunai RM35,000 dan RM10,000 lagi untuk persembahan terbaik. Tempat kedua dimenang oleh Yuna yang menyampaikan lagu Dan Sebenarnya, sekali gus membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala tempat ketiga dimenangi Faizal Tahir dengan hadiah wang tunai RM12,000 menerusi lagu Bencinta. Untuk vokal terbaik yang menawar hadiah RM10,000 dimenangi oleh Black, yang tampil dengan lagu Aku Rindu Sayang Kamu.
No comments:
Post a Comment