Kim Jong-Il meninggal dunia
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, menurut media rasmi negara itu. Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu “meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal" pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah "turun padang".
Menurut KCNA, bedah siasat dilakukan semalam.
Pemimpin terbabit mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008.
Pengebumian beliau akan diadakan pada 28 Disember ini tetapi tiada delegasi asing dijemput hadir.
Tempoh berkabung diisytihar dari 17 hingga 29 Disember.
Sementara itu, agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. - Reuters
No comments:
Post a Comment