Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, December 18, 2011

Janji sebagai amanah perlu ditepati



MENEPATI janji adalah amalan yang wujud dalam diri manusia sejak lahir lagi, yakni berbentuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ini kerana, janji yang tersemai bukan saja dibuat sesama manusia, malah janji bersama pencipta, iaitu Allah SWT.

Namun, ramai tidak sedar apabila roh seorang Muslim ditiup ke dalam tubuh badan seseorang sewaktu dalam kandungan, wujud satu ikatan janji di antara Pencipta dan hamba-Nya.


Janji itu adalah berbakti kepada Allah SWT dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.

Itu janji di antara hamba dan Pencipta dan sebagai khalifah yang dilantik mentadbir bumi, manusia juga terikat dengan tanggungjawab sebagai amanah atau janji yang perlu dilaksana.


Janji ini termasuk tanggungjawab pemerintah dengan rakyat, tanggungjawab Muslim terhadap agamanya dan paling mudah, tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan anak, tanggungjawab anak terhadap ibu dan bapa, tanggungjawab guru terhadap pelajarnya serta tanggungjawab pekerja terhadap tugasnya.


Tanggungjawab ini sebenarnya tergolong dalam amanah yang perlu dilaksana. Amanah ini pula diterima sebagai janji sama ada secara lisan, bertulis atau sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah Surah Al-Mukminun ayat 8 hingga 11, bermaksud:




“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya,

mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus

mereka kekal di dalamnya.”





Disebabkan itu, apabila kita gagal melaksanakan janji, akan merosot iman dan jauh dirinya daripada ketakwaan kepada Allah SWT.


Menepati janji atau tanggungjawab adalah tuntutan syarak, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israk, ayat 34, bermaksud:




“Dan sempurnakanlah perjanjian

dengan Allah dan dengan manusia,

sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”




Namun, pada masa kini, ramai melihat kedudukan amanah, tanggungjawab dan janji dalam kedudukan berbeza. Sedangkan ketiga-tiga perkara ini sebenarnya ikatan janji yang perlu dilaksanakan setiap manusia.

Apabila seseorang itu meringan-ringankan janjinya atau gagal menepatinya, masuklah dia dalam golongan manusia munafik yang dibenci dan dimurkai Allah SWT sebagaimana firman- Nya bermaksud:




“Wahai orang-orang yang beriman,

mengapa kamu memperkatakan

apa yang kamu tidak lakukan.

Amat besar kebenciannya di sisi Allah,

kamu memperkatakan sesuatu yang kamu

tidak melakukannya.”

(Al-Saff, 2-3)







Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:





“Tanda-tanda orang munafik itu

ada tiga iaitu apabila dia bercakap,

dia berbohong dan apabila berjanji,

dia mungkir dan apabila diamanahkan, dia khianat.”





Perlu diingat dan diketahui, munafik adalah sifat sangat keji dan balasannya pula sangat berat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 145, bermaksud:





“Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu

ditempatkan pada tingkat terkebawah sekali

daripada lapisan-lapisan dalam neraka.

Dan tidak sekali-kali akan mendapat pertolongan

daripada sesiapapun.”





Sebenarnya, agama Islam banyak menunjuk ajar dan melatih kita bagaimana untuk menepati janji tetapi mungkin kita tidak menyedarinya. Cuba kita lihat ibadat sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam, dengan ditentukan waktunya sekali.


Bukankah kita dikehendaki melakukan solat itu dalam waktunya? Ini bermakna ia perjanjian hamba dengan Allah SWT dan hamba itu wajib mentaati perintah-Nya. Jika perintah ini dapat kita lakukan, tentu kita boleh mendisiplinkan diri ke arah menepati janji.


Memandangkan janji itu satu amanah dan mungkir janji pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar, agama Islam menentukan adab yang perlu diikuti apabila membuat janji seperti mengucapkan lafaz insya- Allah apabila berjanji.





Sumber











No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...