Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, January 19, 2010

Bilangan pelajar AS sakit mental meningkat

Quantcast

GAMBAR fail menunjukkan pelajar-pelajar duduk di atas rumput di Universiti Yale, Amerika Syarikat pada 11 Oktober 2000.


CHICAGO – Satu kajian terbaru mendapati jumlah pelajar sekolah tinggi dan kolej di Amerika Syarikat (AS) yang mengalami tekanan jiwa dan lain-lain penyakit mental meningkat lima kali ganda berbanding golongan muda seusia ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi melanda AS pada tahun 1930-an.

Penemuan tersebut dirumuskan berdasarkan borang soal selidik psikologi yang digunakan sejak 1938.

Ia mengesahkan kebimbangan para kaunselor di AS yang telah lama mengesyaki bahawa semakin ramai pelajar negara itu tertekan dengan alam persekolahan dan kehidupan harian mereka.

“Soalnya sekarang, apakah langkah yang perlu dilaksanakan bagi membantu golongan muda pada masa kini,” kata seorang profesor di Universiti Negeri San Diego, Jean Twenge yang juga pengarang utama kajian tersebut.

Hasil kajian itu yang didedahkan semalam akan dipaparkan dalam edisi terbaru jurnal psikologi Clinical Psychology Review.

Diketuai oleh Twenge, kumpulan penyelidik di lima buah universiti menganalisis maklum balas daripada 77,576 pelajar sekolah tinggi atau kolej.

Ia mencetuskan spekulasi di kalangan pakar kesihatan mental bahawa golongan muda di AS berdepan pelbagai tekanan akibat budaya popular yang memberi penekanan pada aspek luaran kehidupan termasuk kekayaan, rupa paras dan status.

“Sejak dari kanak-kanak lagi, kita telah diajar bahawa kekayaan diukur dengan wang dan apabila meningkat dewasa, kita tertekan untuk belajar bersungguh-sungguh semata-mata kerana wang,” kata seorang pelajar Universiti Miami, Sarah Ann Slater, 21. – AP

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...