Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, October 14, 2012

Aksi lincah Zul Husni


Aksi lincah Zul Husni curi tumpuan ramai


MESKIPUN bertubuh kecil, Muhammad Zul Husni Basri menunjukkan skil yang tinggi ketika beraksi dalam kategori bawah 12 tahun pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Antara Zon 2012 di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, semalam. - MINGGUAN/ MOHD. NAIM AZIZ


SHAH ALAM - Melihatkan tubuhnya yang kecil, pasti ramai tidak menduga adik Muhammad Zul Husni Basri yang hanya memiliki ketinggian 119 sentimeter merupakan pemain sepak takraw yang mewakili pasukan sekolah dan juga negeri.

Aksi lincah Zul Husni, 11, yang merupakan pemain apit kiri dapat disaksikan pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan antara zon bawah 12 tahun yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic di sini, semalam.

Sekalipun pasukannya, Sekolah Kebangsan (SK) 
 Kampung To' Bedor B terkandas ketika saingan kumpulan, kelibat Zul Husni berjaya mencuri tumpuan orang ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut.
SK Kampung To' Bedor tunduk kepada wakil Johor, Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil dalam pertarungan sengit tiga set 12-15, 15-12, 11-15.

Zul Husni ketika ditemui berkata, walaupun memiliki tubuh yang kecil, dia tidak pernah berasa rendah diri dan menganggap sebagai satu kelebihan untuknya bergerak lincah.

"Saya tak pernah berasa tubuh yang kecil merupakan satu kekurangan pada diri saya. Malah, saya telah membuktikan kemampuan diri apabila dapat mewakili pasukan sekolah dan juga negeri Pulau Pinang, saya bangga," katanya.

Menurutnya, selepas Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan, dia bersama rakan sepasukan, Hafiz Aiman Fazli, 11, akan mewakili Pulau Pinang pada Grand Prix Sepak Takraw Kementerian Pelajaran Malaysia di Perak.
Zul Husni memberitahu, minatnya mula timbul untuk menceburi sukan sepak takraw setelah menyaksikan abangnya, Zulfadli Adi, 14, aktif bermain sukan tersebut sehingga berjaya mewakili sekolah.

Sementara itu, rakan Zul Husni, Hafiz Aiman pula berkata, teman baiknya itu memang selalu menjadi tumpuan ramai kerana saiz tubuhnya yang kecil dan comel.

"Husni seorang pemain yang lincah, badan dia ringan. Kalau main kat mana-mana kejohanan dia memang selalu jadi tumpuan sebab dia comel," katanya jujur memuji sahabat baiknya itu.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...