Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 14, 2011

Program PERMATA Insan amat berkesan





Program PERMATA Insan amat berkesan



KELMARIN saya sekeluarga sempat berkunjung ke Ekspo PERMATA yang diadakan di KLCC selama tiga hari. Di sana kami sempat mendapat maklumat mengenai program PERMATA yang ditubuhkan hasil idea bernas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Kami berpeluang melawat semua gerai pameran seperti PERMATA Pintar, PERMATA Negara, PERMATA Insan, Perkasa dan PERMATA Seni. Kami juga berkesempatan untuk melihat persembahan anak daripada program PERMATA ini.
Apa yang lebih menarik persembahan anak PERMATA Insan. Saya amat terharu dan hampir menitiskan air mata melihat anak kecil berusia lapan hingga sembilan tahun pandai membaca doa, mengalunkan azan dan membuat persembahan dalam bentuk Forum Perdana.
Dengan usia sekecil ini, mereka sudah boleh mempraktikkan ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka. Anak pintar ini kelihatan bersahaja ketika mengadakan persembahan dan dapat dilihat tidak ada sedikit pun rasa takut atau gugup ketika membuat persembahan.


Selain itu, persembahan yang menguji minda mereka seperti ‘Are You Smarter than the Third Graders’ yang menguji kepintaran anak mengira dengan pantas membuka mata saya dan membuatkan saya berasa kagum mengenai kebolehan anak yang berada dalam program PERMATA Insan.


Saya percaya jika diasuh dengan baik, berpotensi melahirkan minda cerdas dan pintar.


Saya mengharapkan agar program PERMATA Insan ini dapat menarik minat lebih ramai ibu bapa untuk menghantar anak mereka menyertai program PERMATA Insan ini. Dengan keadaan dunia sekarang yang semakin berubah mengikut arus globalisasi, saya percaya dengan pengisian yang diterapkan dalam program PERMATA Insan dapat mendidik dan melahirkan generasi berwawasan serta mempunyai latar belakang agama kukuh sebagai panduan dalam hidup mereka kelak.


Saya berharap agar anak program PERMATA Insan mendapat sokongan dan diteruskan lagi dengan pengambilan baru pada tahun akan datang. Saya berdoa dan mengharapkan agar harapan PERMATA Insan untuk melahirkan cendekiawan Islam akan tercapai.




PENGUNJUNG BERSYUKUR,
Nilai, Negeri Sembilan.







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...