Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 14, 2011

Potensi Keropok Lekor





Saintis keropok lekor


JAMILAH bersama tidak pernah jemu menjalankan penyelidikan sejak 32 tahun lalu.

PROFESOR Dr. Jamilah Abu Bakar sangat mengagumi kemahiran nenek dan ibunya dalam menyediakan masakan utara. Namun disebabkan masih kecil, Jamilah sekadar main masak-masak dengan meniru gaya ibunya memasak di rumah.



“Saya tak sabar memasak apabila diberikan sebuah tin susu kosong dan sedikit beras untuk memasak nasi. "



“Tetapi alangkah sedihnya apabila percubaan pertama tidak menjadi. Begitupun, keesokan harinya saya berjaya juga memasak nasi. Selepas itu saya cuba menggiling cili kering pula,” katanya ketawa.



Pada usia 56 tahun sekarang, kerjaya Jamilah sebagai pensyarah dan penyelidik teknologi makanan di Universiti Putra Malaysia (UPM) masih berkait dengan makanan khususnya produk yang berasaskan ikan.



Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik UPM yang diketuai Jamilah berjaya menghasilkan kolagen daripada kulit ikan tilapia. Protein itu penting bagi memelihara keremajaan dan keanjalan kulit serta mendapatkan bentuk badan menarik.



“Kami ialah yang pertama di rantau ini yang menghasilkan kolagen akuatik yang benar-benar diyakini status halalnya,” kata Jamilah.



Kolagen akuatik berkenaan boleh digunakan dalam bentuk minuman atau makanan seperti produk minuman burung walit.



Walaupun tilapia merupakan ikan air tawar, Jamilah berpendapat ikan air masin lebih popular untuk dikadikan makanan diproses seperti filet, nuget dan bebola. Ini kerana bekalan ikan laut boleh diperoleh dengan lebih mudah selain mendapat permintaan yang tinggi.



Kajian



Sebaliknya, pengeluaran ikan air tawar adalah terhad, begitu juga permintaannya. Bagaimanapun kata beliau, ikan keli sangat popular di selatan Amerika kerana di sana terdapat menu makanan seakan-akan chicken chop tetapi menggunakan ikan air tawar itu.



Salah satu produk ikan yang terkenal di negara ini ialah keropok lekor.



“Keropok lekor memang diminati ramai kerana kelazatannya. Pada tahun 1980-an ia hanya dikenali di negeri Kelantan dan Terengganu. Kini ia boleh didapati di seluruh Semenanjung,” katanya yang banyak menghasilkan penulisan saintifik berkaitan keropok lekor.



Menurut Jamilah, penyelidikannya telah mendedahkan mengenai potensi perkembangan industri kecil itu ke peringkat yang lebih besar.



Sebelum ini, katanya, industri keropok lekor cuma diusahakan secara kecil di peringkat kampung dan rumah dan ada kekangan dari segi kebersihan, kualiti dan pembungkusan.



“Kebersihan dan pembungkusan keropok lekor perlu diberi perhatian jika produk itu mahu dieksport. Teknologi untuk menyejuk beku produk itu juga tidak kurang pentingnya.



“Sebelum kita pandai membuat burger dan hotdog, produk import itu mendapat permintaan yang tinggi.




BERDISIPLIN dan dedikasi rahsia utama kejayaan wanita ini.

“ Salah satu sebabnya ialah produk itu berjaya mengekalkan keenakannya walaupun selepas disejuk beku dan disimpan untuk tempoh yang lama,” katanya.



Sebenarnya, kepakaran yang dimiliki Jamilah kini tidak datang dengan mudah.




Pada usia 18 tahun, Jamilah sudah berkelana ke Amerika Syarikat untuk mengikuti pengajian sarjana muda dalam bidang biologi makanan di Universiti Louisiana. Berkongsi pengalaman di negara kuasa besar dunia itu Jamilah berkata, budaya pelajar sekolah di Amerika berbeza berbanding di Malaysia.



“Kita disuap dan bersekolah untuk lulus dan bekerja tetapi gaya hidup pelajar di sana berlainan kerana mereka dibiarkan bebas dan berdikari.



“Bayangkan mereka boleh memandu kenderaan, dibenarkan bekerja sambilan supaya berdikari dan lebih bertanggungjawab pada usia awal.



Orang Jepun



“Selain itu, mereka belajar untuk mencari ilmu dan mampu berdebat apabila diberi peluang.



“Saya kagum dengan mereka. Saya juga tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya di negara itu,” katanya.



Di negara itu, Jamilah tidak dapat melupakan peristiwa beliau belajar berenang.



“Semuanya gara-gara ingin belajar berenang bersama kira-kira 15 rakan sekuliah.



Ia merupakan sesi ujian renang yang wajib lulus dengan terjun dari papan anjal pada ketinggian kira-kira tujuh meter.



“Selepas terjun ke dalam kolam renang, saya mengambil masa yang agak lama untuk muncul ke permukaan air menyebabkan jurulatih saya panik. Dia hampir menggunakan jala untuk mengeluarkan saya menyebabkan semua orang ketawa,” katanya.



Namun, hasilnya berbaloi. Selain pandai berenang, Jamilah melatih sendiri lapan orang anaknya berenang.



Selain AS, Jamilah pernah mengikuti kursus jangka pendek di Universiti Kagoshima, Jepun. Menurut beliau, orang Jepun memang kuat makan ikan memandangkan hidupan marin itu merupakan sumber utama protein mereka.



“Orang Jepun juga makan ikan paus pada festival tertentu. Namun, mereka boleh dikatakan makan sejenis ikan sepanjang tahun




Sumber







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...