Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 14, 2011

Pereka fesyen Cina paling menyerlah di dunia



Empayar Jimmy Choo




Prof Datuk Dr Jimmy Choo dianugerahkan sebagai Pereka Fesyen  Cina Paling Menyerlah Dunia.
Prof Datuk Dr Jimmy Choo dianugerahkan
sebagai Pereka Fesyen Cina Paling Menyerlah Dunia.





Pereka fesyen Cina paling menyerlah di dunia






HONG Kong Design Centre (HKDC) atau Pusat Rekaan Hong Kong menghargai tiga tokoh industri rekaan dunia dengan pengiktirafan istimewa, 2 Disember lalu dan seorang daripadanya adalah anak kelahiran Malaysia, Prof Datuk Dr Jimmy Choo OBE.






Diangkat sebagai Pereka Fesyen Cina Paling Menyerlah Dunia (WOCD), anugerah itu pada dasarnya mengiktiraf pereka berketurunan Cina melalui kejayaan cemerlang dalam disiplin sendiri.
Selepas dinilai, HKDC akur bahawa tiada pereka lain layak menandingi Jimmy Choo yang terkenal dengan kehalusan kasut wanita buatan tangan seantero dunia.




Lebih membanggakan lagi, pereka fesyen anggun yang memulakan jenamanya pada 1986 mencapai kemuncak kejayaan dalam karier sehingga dianugerahkan gelaran kehormat Britain, OBE oleh Permaisuri Elizabeth II, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang rekaan kasut dan fesyen.



Pengerusi HKDC, Dr Victor Lo, berkata Anugerah Kepimpinan Rekaan (DLA) dan Pereka Fesyen Cina Paling Menyerlah Dunia paling dihormati ramai orang di seluruh dunia kerana penerima selalunya adalah contoh terbaik dan menjadi inspirasi pereka lain.




“Hong Kong menjadi hub dalam mempromosikan dan memperkenalkan kuasa rekaan Asia dan kami juga mengiktiraf pereka yang mampu memberi kesan positif kepada seluruh penduduk Asia,” katanya.
Tahun ini, beliau berkata, pihaknya memperkenalkan kategori baru, DFA Lifetime Achievement Award (DFA LAA) bagi menghargai penyumbang yang mempelopori bidang rekaan untuk komuniti dan dunia.




Penerima pertama anugerah DFA LAA adalah Kenji Ekuan iaitu pelopor rekaan industri di Jepun. Rekaannya juga banyak mempengaruhi masyarakat Jepun dan juga industri rekaan negara itu secara keseluruhannya.




Graduan Tokyo National University itu juga individu bertanggungjawab menubuhkan GK Industrial Design Associates dan mengemudinya sebagai Presiden.




Satu daripada rekaan kreatif Kenji adalah projek yang menjadi ikon Kikkoman, botol pengisar kicap yang cukup sinonim dengan jenama itu sejak 50 tahun dulu.




Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Eslite Group, Robert C Y Wu pula menerima Anugerah Kepemimpinan Rekaan (DLA) berikutan usaha dan kreativitinya menubuhkan Kedai Buku Eslite kepada warga Taiwan.




Kedai yang mula beroperasi sejak 1989 itu mengadaptasi konsep kemanusiaan menyeluruh, seni, kreativiti dan kehidupan selain model unik dalam operasi, antaranya waktu operasi 24 jam sehari serta tiada cawangan memiliki konsep sama.








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...