Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, December 20, 2011

Karnival sukan lahirkan atlet pelapis kebangsaan



Karnival sukan lahirkan atlet pelapis kebangsaan





Kontinjen sekolah sukan Pulau Pinang merangkul johan keseluruhan
Karnival Sukan Sekolah Sukan Negeri 2011 di Klang, Selangor, baru-baru ini.








Karnival Sukan Sekolah Sukan Negeri Peringkat Kebangsaaan 2011 merupakan pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang dalam melahirkan atlet-atlet yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dr Zahri Aziz.




Menurut beliau, latihan berterusan dan kesungguhan bekerja guru jurulatih sukan amat penting di samping aplikasi sains untuk mempertingkatkan keupayaan serta prestasi atlet.




"Melalui karnival ini juga dapat mengembalikan kemeriahan sukan dan merapatkan silaturrahim serta betukar-tukar maklumat antara sekolah- sekolah sukan negeri dalam menjayakan sesuatu program," katanya pada majlis penyampaian hadiah karnival itu di Klang, Selangor, baru-baru ini.




Karnival kali keenam yang dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia itu mempertandingkan empat acara iaitu olahraga (kategori 14 dan 16 tahun), sepak takraw (kategori 14 dan 16 tahun), bola jaring (kategori 16 tahun) dan bola sepak (kategori 13 tahun).




Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian dari Pulau Pinang muncul juara keseluruhan menewaskan 14 buah sekolah sukan negeri lain dari seluruh negara.









Sumber
















No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...