Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 21, 2011

Air kumbahan bertakung atas jalan

Air kumbahan bertakung atas jalan

PAIP kumbahan yang pecah menyebabkan air najis terapung di permukaan di Jalan Cenderai 17 dekat Taman Megah Ria.
PAIP kumbahan yang pecah menyebabkan air najis
terapung di permukaan di Jalan Cenderai 17 dekat Taman Megah Ria.



Penduduk Taman Megah Ria ‘terseksa’ sejak tahun lalu





PASIR GUDANG: Kira-kira 1,000 penduduk yang mendiami sekitar Jalan Cenderai 15 dan 17 dekat Taman Megah Ria di sini, merayu pihak berkuasa menyelesaikan kebocoran paip kumbahan pada laluan utama perumahan itu yang berlarutan sejak setahun lalu.
Kebocoran itu mengakibatkan air najis sering bertakung di permukaan jalan dan masa sama menyebabkan laluan itu sukar dilalui kenderaan berikutan lubangnya semakin besar dan dipenuhi sampah sarap yang berkumpul seperti serpihan kayu dan plastik.
Penduduk mendakwa sudah banyak aduan dibuat kepada pihak berkuasa tempatan dan syarikat utiliti, namun masing-masing didakwa menuding jari antara satu sama lain hingga menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil.




Pembantu stesen minyak, Isa Abdul Karim, 51, mendakwa kehidupan keluarganya cukup terganggu akibat bau kurang menyenangkan berikutan rumah sewa yang didiami terletak hanya 50 meter dari kawasan paip kumbahan bocor.




“Sebelum ini, kami tidak menghadapi sebarang masalah, namun mula berasa tidak selesa kerana bau busuk dari kumbahan itu mencemari udara walaupun kami berada dalam rumah dan perlu menutup tingkap dan pintu rumah sepanjang masa.




“Ini berikutan beberapa paip pecah itu berpunca daripada kerja mendalamkan perparitan yang bertujuan melancarkan aliran air. Sebelum ini ada pihak yang cuba membaiki jalan yang berlubang itu dengan menurap semula jalan terbabit, namun lama kelamaan air bawah tanah mengalir keluar," katanya.



Katanya, selain terganggu masalah bau meloyakan, penduduk juga merayu pihak berkuasa menyegerakan kerja pemasangan pembetung kerana jalan itu tidak dapat dilalui kenderaan selepas digali dengan beberapa paip dibiarkan pecah tanpa dibaiki.




Ejen hartanah, Tan Peng Chye, 48, berkata permukaan jalan yang berlubang itu pernah mengakibatkan kemalangan motosikal berikutan tiada lampu jalan dipasang pada waktu malam, selain mereka berdepan masalah lain kerana laluan itu sering dinaiki air setiap kali hujan lebat kerana tanah cerun.




“Sekurang tiga kemalangan pernah berlaku sepanjang tahun ini yang membabitkan penunggang motosikal kerana tidak menyedari ada permukaan jalan berlubang, meskipun papan tanda amaran sudah diletakkan berdekatan.




“Selain kemalangan, penduduk taman ini dan flet berdekatan sering dijangkiti demam denggi kerana banyak takungan air dibiarkan begitu saja akan menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes serta membahayakan kanak-kanak yang gemar bermain air," katanya.




Suri rumah, S Kaliwani, 41, berkata anaknya sering demam dan tiada selera makan kerana tidak tahan bau busuk daripada paip kumbahan yang bocor dan mereka sukar mengunjungi pasar malam kerana laluan masih tidak dibaiki.




“Kebanyakan penduduk di sini berpendapatan rendah, tidak mampu membaiki kerosakan yang berpunca kecuaian pihak berkuasa. Kami berharap masalah ini segera diselesaikan kerana masalah ini sudah berlarutan sekian lama," katanya.














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...