Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, December 21, 2011

3 aspek kepemimpinan Tun M bawa impak besar

3 aspek kepemimpinan Tun M

bawa impak besar

TUN Dr Mahathir memotong pulut kuning sempena Malam Gala Tun Dr Mahathir Legasi Tersohor sempena ulang tahun kelahiran Dr Mahathir, sambil diperhatikan Najib, Rosmah  dan Dr Siti Hasmah di Kuala Lumpur, malam tadi.
TUN Dr Mahathir memotong pulut kuning
sempena Malam Gala Tun Dr Mahathir Legasi Tersohor
sempena ulang tahun kelahiran Dr Mahathir,
sambil diperhatikan Najib, Rosmah dan Dr Siti Hasmah
di Kuala Lumpur, malam tadi.




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan tiga aspek kepemimpinan yang memberikan impak sangat besar dalam pembangunan negara.




Perdana Menteri berkata, tiga aspek itu adalah mewujudkan misi nasional iaitu Wawasan 2020, menyelamatkan ekonomi negara ketika krisis ekonomi dunia pada 1997 dan menggalakkan rakyat menanam semangat keyakinan diri melalui slogan Malaysia Boleh.



“Bila Tun (Mahathir) ungkapkan ucapan visi Malaysia jadi negara maju, ia cetuskan semangat di ka langan rakyat dan hari ini kita berdiri di pusingan akhir,” katanya pada Majlis Makan Malam Gala Tun Dr Mahathir: Legasi Tersohor dan Pelancaran Program Kepimpinan Ulung Mahathir (MDIP), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.




Beliau berkata, Dr Mahathir berjaya menjadi penyelamat kepada ekonomi negara dengan mengelakkan Malaysia terjebak dengan penguasaan Tabung Mata Wang Dunia (IMF).




“Saya boleh menyokong apa yang Tun (Mahathir) sebut bahawa beliau tidak akan menyerahkan negara kita kepada penguasaan IMF dalam apa juga keadaan, sebaliknya kalau ada orang nak tuduh dia (Tun) menulis surat itu, saya fikir itu mengarut belaka.




“Dari segi psikologi dan emosi Tun beri kita sesuatu yang kita mungkin tak ada sebelum ini iaitu keyakinan diri yang kita boleh melakukan dan timbul slogan Malaysia Boleh yang akhirnya jadi sumber inspirasi pada kita,” katanya.
Najib berkata, semua usaha yang dilakukan Dr Mahathir itu memberikan kesan besar dan berjaya meletakkan Malaysia ke arah visi negara maju dan memberikan keyakinan kepada rakyat.




Sementara itu, MDIP yang dilancarkan itu diwujudkan bertujuan memberikan penghormatan atas jasa dan kepemimpinan Dr Mahathir terhadap permodenan negara selama 22 tahun.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...