Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, January 10, 2010

Takut ke sekolah kecelaruan sementara



MUSIM cuti sekolah untuk tahun 2009 sudah berakhir dan tiba masanya untuk kembali ke sekolah. Perasaan untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah pasti mengujakan lebih-lebih lagi apabila dapat bertemu rakan-rakan selepas bercuti panjang.

Namun tidak kurang juga yang dilanda gementar dan gundah-gulana terutama bagi mereka yang baru bergelar 'murid sekolah'.

Sesetengah kanak-kanak berasa gugup dan takut pada hari pertama mereka berada di sekolah. Malah ada juga yang menangis dan meraung tanpa mempedulikan persekitaran.

'Simptom' ini adalah kecelaruan sementara yang berlaku ekoran masih tidak selesa dengan situasi yang baru mereka alami.

Kaunselor Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas, Noraniza Mohd. Noor memberitahu, kecelaruan tersebut hanyalah bersifat sementara.

klik di sini Utusan Malaysia

1 comment:

  1. dah dpat kawan terus lupa lahh kan pasal tak nk pergi sekolah apa semua..cara nk bagi budak2 tu tak nangis hari 1st sekolah maybe bagi dia dekat dengan kawan2 yg dia kenal maybe dari tadika ke..so dia nk nangis pun segan sikit kot..hahha..ntah lahh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...