Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, November 12, 2012

:) Sudi-sudilah baca





Setiap manusia yang hidup
 di atas muka bumi ini pasti akan meghadapi
 tekanan ( stress ). Orang yang tidak
 menghadapi stress di dalam hidup ,
 mereka tidak dapat merasai 
nikmat hidup yang sebenar. 


Stress bukanlah
 sesuatu yang tidak baik. 
Kadang-kadang kita perlu ada stress
 untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan. 



Yang tidak baik ialah apabila
 stress itu terlalu kuat sehingga kita
 tidak dapat mengawalnya.



 Oleh itu, apa yang penting ialah
 kita perlu pandai menguruskan 
stress kita supaya ia 
dapat mendatangkan 
kebaikan kepada diri kita.
Di bawah ini beberapa tips 
pengurusan stress sebagai 
panduan untuk semua.




 Bacalah.......


* Sentiasakan diri kita dalam
 keadaan berwuduk.
 
* Sentiasa membaca al-Quraan ,
 kalau boleh setiap hari 
sekurang-kurangnya 10 ayat.

* Sentiasa solat sunat sebagai
 tambahan kepada solat fardu.

* Sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.

* Selalu berdoa kepada Allah s.w.t.

* Sentiasa  menjauhi segala maksiat.

* Ringan tulang untuk bersedekah 
atau melakukan kebaikan.

* Bersangka baik dengan Allah s.w.t. 
Segala ketentuan Allah pasti ada
 kebaikan kepada kita.

* Menjaga kesihatan dengan bersukan.

* Menjaga pemakanan yang betul ( diet ).

* Hargailah kebolehan diri sendiri.

* Terimalah kekurangan yang ada
 pada diri kita dengan hati yang terbuka.

* Bersyukur dengan nikmat 
yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

* Cintai diri sendiri.

* Terima segala kententuan Allah s.w.t 
( Qada' dan Qadar Allah ).

* Luahkan perasaan dan menangis 
sepuas-puasnya di hadapan Allah s.w.t.

* Buat solat hajat.

* Melihat ke arah lautan.

* Melihat ke arah pohon yang menghijau 
lebih-lebih lagi di waktu pagi.

* Melihat ikan yang sedang berenang.

 
 
Teruskan membaca..

Mari Belajar Bahasa Kebangsaan


Simpulan bahasa 
adalah bentuk peribahasa yang mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

Senarai simpulan bahasa berserta maksudnya adalah seperti contoh berikut.


Berpeluk tubuh
= Malas

Bermasam muka
= Tidak bertegur sapa

Berat sebelah
= Tidak adil

Banyak lemak
= Kelakuan yang melampau

Buku lima
= Penumbuk

Berganti tikar
= Berkahwin dengan saudara kepada bekas isteri ataupun suami

Buat helah
= Memberi alasan yang diada-adakan

Buah mulut
= Perkara yang menjadi percakapan orang ramai

Telinga kuali
= Tahan menerima kemarahan

Telinga lintah
= Tajam pendengaran

Potong haluan
= Mengambil peluang orang lain

Samar muka
=Kurang terang

Setengah tiang
= Darjah atau tingkatannya sahaja yang tinggi sedangkan ia tidak boleh menulis, membaca, dan mengira dengan baik

Tangkai jering
= Orang yang kedekut

Tulang duai
= Orang yang lemah tidak sanggup mengangkat atau bekarja kuat

Paku belanda
= Harga barang yang tetap harganya

Atas pagar
= Tidak menyebelahi mana-mana pihak

Balik gagang
= Pulang ke kampung asal

Pilih kasih
= Memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai

Ajak-ajak ayam
= Tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang

Bongkok sabut
= Bongkok badan yang sedikit sahaja

Buruk siku
= Meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain

Cakap besar
= Mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri

Cangkul angin
= Melakukan kerja yang sia-sia

Cicak kubin
= Sangat kurus

Derma kilat
= Derma yang dipungut dengan serta-merta

Gaji buta
= Gaji yang diterima dengan tidak bekerja sunguh-sungguh atau gaji yang didapati tanpa bekerja keras; seseorang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji.


[UPSR_BM4b.jpg]
Teruskan membaca..

Sunday, November 11, 2012

Pepatah Melayu



PEPATAH Melayu ada menyebut:

" Apabila hendak menyampaikan perasaan,

 lakukan dengan perasaan; 

apabila hendak menyampaikan fikiran,

 lakukan dengan fikiran; 

apabila hendak menyampaikan kehendak 

lakukan dengan bijak; 

apabila hendak menyampaikan niat

 lakukan dengan cermat; 

apabila hendak menyampaikan maksud, 

lakukan secara patut”.

 [prizedchicken_crop.jpg]


350" height="350"> 350" height="350" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true">





AJAK-AJAK AYAM

Maksud :

 Ajak yang tidak bersungguh-sungguh,
hanya sebagai pemanis kata sahaja





  Rabun Ayam

Maksud:


 Tidak dapat melihat dengan jelas
 ketika gelap atau pada waktu malam.






 Ayam didik

Maksud:

Orang yang dilatih untuk menjadi
 pengganti kepada pemimpin berkenaan.




Ayam tambatan

Maksud:

Orang harapan






Kaki Ayam = Berkaki Ayam

Maksud:

 Tidak memakai kasut






Cakar Ayam. 

Maksud :

 Tulisan yang buruk



 

Apakah simpulan bahasa yang sesuai  dipadankan dengan gambar si atas?




Teruskan membaca..

75 Year-Old Grandma Shoots Hoops Like a Pro


  Nenek 76 tahun asal China masih hobi bermain basket
 Zhu Shumei





Teruskan membaca..

Timbang perluas lantikan terus DG41

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSzGFOhVmCkrC4I0xw1fqluXCqWrUwBKKmdRtrjFApqsUUOko3pbuDrKdKagGYVyBKYvsFzfvfaz_9TeQ8IMtZEcOkAyA3q2H_XGbhXb6NmcqcnXGY9Rvoqqm-os10Cq0rQPHR1un37v0/s1600/kerjaya+guru.jpg

Timbang perluas lantikan 

terus DG41


BATU PAHAT 9 Nov. - Kementerian Pelajaran bersedia menimbangkan saranan memperluaskan pelantikan terus ke gred DG41 tanpa temu duga kepada semua guru, guru besar dan pentadbir yang memiliki ijazah sarjana muda untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.


Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, faktor kemampuan kewangan juga perlu diambil kira berhubung saranan dikemukakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) itu.


"Cadangan untuk memperluaskan soal pelantikan guru ke gred DG41 adalah sesuatu yang wajar kita kaji dan pertimbangkan untuk dilaksanakan.


"Kita bersedia melaksanakan jika sekiranya kita mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melaksanakan tuntutan atau cadangan daripada kesatuan guru tersebut," katanya selepas menyampaikan bantuan pertanian di Senggarang, di sini hari ini.


Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 mulai tahun depan.


NUTP kemudiannya menyarankan agar pelantikan terus tanpa temu duga itu diperluaskan kepada golongan sama yang telah memiliki ijazah sarjana muda untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Mohd. Puad berkata, pihak kementerian dari semasa ke semasa turut mengkaji pelbagai saranan dikemukakan kesatuan guru yang lain untuk memartabatkan profesion perguruan.


Teruskan membaca..

Kemakmuran asas perpaduan

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kemakmuranasasperpaduan/pix_gal1

Kemakmuran asas perpaduan 

pix_middle


MINGGU depan kita akan memasuki tahun baru Islam, 1434 hijrah. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat lebih 1400 tahun dulu terpaksa ditempuhi dengan pelbagai cabaran.


Bukan tugas mudah memperjuangkan Islam ketika itu sehingga kemuliaan Islam mampu diangkat ke tahap tertinggi.

 

Maka, apakah yang perlu dilakukan umat Islam bagi menyambut tahun baru hijrah kali ini?

Perkara yang penting ialah setiap Muslim perlu menghitung diri serta memperbaharui azam untuk menjadi insan lebih baik dari sebelumnya.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, 

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab oleh Allah di akhirat kelak”. Hisablah diri sebagai persiapan untuk menentukan kejayaan pada masa akan datang.

Seperkara lagi ialah setiap kali berakhirnya setahun putaran hari dalam kehidupan kita ini memberi makna umur kita kian meningkat.

Seiring dengan peningkatan usia, sisa-sisa kehidupan kita di dunia ini juga semakin berkurang. Saidina Ali Abi Talib pernah berkata: 



“Sesiapa yang menghabiskan masa hariannya tanpa ada hak yang dilaksanakannya, tanpa ada kewajipan ditunaikan, tanpa ada kemuliaan dibinanya, tanpa kepujian yang diperoleh, tanpa ada kebajikan dilakukannya, tanpa ada ilmu dipetiknya, maka sesungguhnya dia sudah menderhakai masa hariannya itu.”

Hakikatnya, jika tidak ada keberanian dan usaha gigih untuk berubah, tiada siapa yang mampu ‘berhijrah’. Nabi Muhammad dan pengikutnya mencetuskan kecemerlangan hijrah yang akhirnya berjaya meletakkan Islam sebagai pencetus kepada kegemilangan manusia.

Peristiwa hijrah mengandungi pelbagai hikmah antaranya, Piagam Madinah yang mengandungi empat teras iaitu penyatuan seluruh umat Islam dari pelbagai suku dan kaum, bekerjasama walaupun berbeza latar sosial, tanggungjawab warga negara bagi mempertahankan tanah air mereka serta jaminan persamaan dan kebebasan setiap individu walaupun berbeza agama, budaya dan adat resam.

Penghijrahan juga perlu berlangsung beransur-ansur dengan harapan membuahkan hasil pada akhirnya. Paling penting, jaga ibadah kita kepada Allah, diikuti hubungan sesama manusia.

Dalam konteks kehidupan di Malaysia, jauhilah diri dari menimbulkan bibit-bibit perpecahan yang ternyata amat merugikan. Jangan sampai orang kafir terus mentertawakan kita, malah mengambil kesempatan merendahkan martabat Islam atas kelemahan yang kita sendiri ‘cipta’.

Perpaduan adalah asas paling utama bagi memakmurkan diri, masyarakat dan negara. Sejarah kemanusiaan menyaksikan jatuh bangunnya sesebuah bangsa bergantung kepada kekuatan rohani bukannya fizikal.

Penghijrahan Rasulullah juga membuahkan hasil apabila berjaya mengubah permusuhan kepada penyatuan, kejahilan kepada ilmu serta kemunduran kepada pelbagai limpahan kemajuan.

Menurut Penolong Pengarah Biro Tatanegara Negeri Pahang, Jabatan Perdana Menteri, Ustaz Ahmad Shah Jamlus berkata, penghijrahan Rasulullah menjadi pengajaran terbesar buat umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah diri untuk meningkatkan amalan.

“Rukun Iman keenam iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar meyakini buruk dan baik dalam kehidupan ini adalah ketentuan Allah semata-mata.

“Namun, keyakinan itu bukanlah membawa seseorang Muslim hanya berserah semata-mata kepada ketentuan-Nya sehingga hilang usaha menjadi Muslim yang soleh atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, perubahan itu wajib dan tetap berlaku tanpa ada pilihan kepada manusia.

“Peningkatan usia dari muda ke tua tetap berlaku secara alami. Namun, perubahan pada akal dan budi menjadi ruang kepada usaha manusia untuk terus berada dalam kesopanan akhlak yang murni.

“Kita juga perlu sentiasa memanjatkan kesyukuran kerana menjadi warga di atas bumi yang bertuah ini. Pelbagai usaha dan perancangan dibentuk bagi melahirkan masyarakat dan negara yang harmoni.

“Contohnya, memperkenalkan Dasar Transformasi Nasional yang memberikan kesan besar terhadap kehidupan rakyat Malaysia.

Ia adalah semangat dan falsafah yang dibentuk hasil dari kefahaman hijrah yang ditonjolkan Rasulullah,” katanya.

Menurutnya, peristiwa hijrah memacu diri dari keadaan kurang baik kepada yang lebih baik. Malah, jika berada pada keadaan baik dipertingkatkan lagi untuk mencapai tahap terbaik.

“Amalan solat, puasa, zakat, dan haji, semua itu menjadi sendi kehidupan yang tersusun untuk setiap muslimin dan muslimat. Mengambil falsafah penghayatan hijrah secara umum, ia membawa transformasi meliputi kehidupan setiap insan.
Bermula dari individu, keluarga, masyarakat, negara dan ummah perlu menghayati falsafah di sebalik hijrah,” katanya.

Allah berfirman di dalam Surah Az-Zalzalah, Ayat 7 dan 8 yang bermaksud: 

 “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Begitu juga Allah menjelaskan Kekayaan-Nya yang tidak memerlukan sumbangan dan bantuan daripada makhluk-Nya termasuk manusia, melainkan setiap kebaikan yang dilakukan manusia itu adalah untuk kebaikan diri mereka sendiri.

Dalam Surah al-Isra’ ayat 7 Allah berfirman, 


“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga...”

Katanya, dalam hijrah perubahan dan transformasi tertakluk kepada perkara ikhtiar atau menjadi pilihan manusia itu sendiri.

Merujuk kepada sirah Rasulullah, terdapat tiga perkara utama yang dilaksanakan baginda di dalam peristiwa hijrah iaitu pembinaan masjid, mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar serta membuat perjanjian kontrak sosial antara kaum Muslimin dengan kaum bukan Muslim bagi mempertahankan Kota Madinah pada ketika itu.

“Agenda perpaduan perlu meletakkan hormat-menghormati, rendah hati (tawaduk), kesederhanaan (wasatiyyah) serta berakhlak mulia dalam usaha transformasi kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Berasas kepada kefahaman saling mempertahankan negara rakyat perlu berganding bahu mempertahankan keharmonian dan kemakmuran supaya terus terpelihara.

“Merujuk kepada budaya ilmu contohnya, bermula dengan penciptaan Adam lagi, baginda dimuliakan berbanding makhluk lain adalah kerana ilmu.

“Ini disandarkan melalui al-Quran di dalam surah Al-Baqarah, Ayat 31-33, yang bermaksud, 


“Dan Ia (Allah) mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman:
“Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman:



 “Bukankah Aku katakan kepada kamu,

 bahawasanya Aku mengetahui segala

 rahsia langit dan bumi dan 

Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan

 dan apa yang kamu sembunyikan?”.

“Begitulah budaya dan nilai yang memungkinkan anjakan yang lebih meluas dalam memahami falsafah di sebalik penghijrahan Rasulullah sehingga membawa transformasi besar kepada kehidupan.

“Jauhkan perpecahan, eratkan kembali perpaduan selain memungkinkan negara ini menjadi ‘baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ (negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Tuhannya Yang Maha Mentadbir),” katanya.


Sumber

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kemakmuranasasperpaduan/pix_gal2 
 IKRAR TAAT SETIA...
setiap rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat 
mempertahankan negara serta berganding bahu 
mempertahankan kemakmuran supaya terus terpelihara.

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...