Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, November 11, 2012

Timbang perluas lantikan terus DG41

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSzGFOhVmCkrC4I0xw1fqluXCqWrUwBKKmdRtrjFApqsUUOko3pbuDrKdKagGYVyBKYvsFzfvfaz_9TeQ8IMtZEcOkAyA3q2H_XGbhXb6NmcqcnXGY9Rvoqqm-os10Cq0rQPHR1un37v0/s1600/kerjaya+guru.jpg

Timbang perluas lantikan 

terus DG41


BATU PAHAT 9 Nov. - Kementerian Pelajaran bersedia menimbangkan saranan memperluaskan pelantikan terus ke gred DG41 tanpa temu duga kepada semua guru, guru besar dan pentadbir yang memiliki ijazah sarjana muda untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.


Bagaimanapun, Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, faktor kemampuan kewangan juga perlu diambil kira berhubung saranan dikemukakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) itu.


"Cadangan untuk memperluaskan soal pelantikan guru ke gred DG41 adalah sesuatu yang wajar kita kaji dan pertimbangkan untuk dilaksanakan.


"Kita bersedia melaksanakan jika sekiranya kita mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melaksanakan tuntutan atau cadangan daripada kesatuan guru tersebut," katanya selepas menyampaikan bantuan pertanian di Senggarang, di sini hari ini.


Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memiliki ijazah sarjana muda akan dilantik terus ke gred DG41 mulai tahun depan.


NUTP kemudiannya menyarankan agar pelantikan terus tanpa temu duga itu diperluaskan kepada golongan sama yang telah memiliki ijazah sarjana muda untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.

Mohd. Puad berkata, pihak kementerian dari semasa ke semasa turut mengkaji pelbagai saranan dikemukakan kesatuan guru yang lain untuk memartabatkan profesion perguruan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...