PPG PJJ
SEMESTER 1 SESI 2014/2015
PENILAIAN KURSUS
Kategori
|
Pemberatan
|
Kerja kursus
|
60%
|
Peperiksaan Akhir
|
40%
|
JUMLAH
|
100%
|
Bentuk Kerja Kursus
|
Jenis
Tugasan
|
Agihan Markah (Peratus)
|
Individu
|
Esei Ilmiah
|
30%
|
E-Forum
|
30%
|
|
JUMLAH
|
60%
|
KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU
Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda
mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja
kursus anda.
Tugasan
|
Arahan
|
Tarikh Akhir
|
%
|
4.1. ESEI
ILMIAH
|
Tugasan 1 : Jawab
soalan di bawah.
Berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang dipilih,
jelaskan Peringkat Pengajaran Penulisan. Bincangkan dari segi teori, model,
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan. Laporkan hasil kajian anda
dalam bentuk penulisan ilmiah.
ARAHAN:
Tugasan anda mesti mengandungi:
·
Pengenalan
·
Topik/subtopik/isi
·
Kesimpulan
/ penutup
·
Rujukan
·
Sertakan
bukti/bahan bagi menyokong esei anda.
·
Gunakan
cover tugasan yang diberi(Rujuk lampiran 1)
·
Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina
di Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh yang
ditetapkan. Penghantaran yang lewat daripada tarikh yang ditetapkan tidak
akan dilayan.
|
Minggu 10
|
30
|
5.2 E-FORUM
|
1. Tutor
E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 5 soalan untuk
dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal
MyGuru (Group Forum).
2.
Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut
dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 200 patah perkataan) bagi
setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah.
3.
Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap
pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya tiga (3) jawapan
yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang
dikemukakan.
4.
Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang
ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh
yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.
5. Tajuk E-Forum ditentukan oleh tutor E-Learning mengikut
kumpulan masing-masing.
|
Minggu 10
|
30
|
|
JUMLAH
|
|
60
|
PANDUAN
MENULIS ESEI ILMIAH
Penulisan mestilah mematuhi format berikut:
i.
Format APA
ii. Font: Times New
Roman
iii. Saiz: 12
iv. Spacing: 1.5
v. Margins:
- Atas 1” (inci) ATAU 2.5 cm
- Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm
- Kanan 1” (inci) ATAU 2.5 cm
- Kiri 1.5” (inci) ATAU 3.0 cm
vi. Bibliografi/
Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya:
- 5 buah buku ilmiah
- 4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian)
- 4 Sumber internet yang berwibawa.
- Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi
vii. Panjang: 18 - 20
halaman.
SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS
|
Artikel Ilmiah (30%)
|
E-Forum (30%)
|
A
|
Penulisan
ilmiah yang cemerlang, menepati format, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik,
ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang
bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan
bahasa.
|
Tahap perbahasan secara ilmiah yang
cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif,
idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
|
A-
|
Penulisan ilmiah yang baik, menepati
format, isi mencukupi, isi
dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan
kemas. Tiada kesalahan bahasa.
|
Tahap perbahasan
secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea
yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
|
B+
|
Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati
format, isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.
|
Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana,
penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen
interaksi.
|
B
|
Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati
format, isi mencukupi, isi di huraikan
dan ada contoh. Idea
disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
|
Tahap perbahasan
sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.
|
B-
|
Penulisan secara ilmiah, kesalahan format
yang minima (tidak lebih 2 perkara),
isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak
lebih dari 3 perkara).
|
Ada perbahasan
secara ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas
|
C+
|
Penulisan secara ilmiah, kesalahan format
yang minima (tidak lebih 3 perkara),
isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil
dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).
|
Ada penjelasan, penyampaian yang
sederhana, Ada idea sendiri yang baik.
|
C
|
Penulisan
secara ilmiah, kesalahan format tidak
melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.
|
Tahap perbincangan yang rendah,
penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.
|
D
|
Penulisan
lemah, kesalahan format melebihi 5
perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak
dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan
bahasa melebihi 8 perkara.
|
Tidak ada penjelasan,
penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.
|
E
|
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan.
Tidak lengkap.
|
Gagal
melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.
|
LECTURE : Dr. Mohmad Noor bin Mohmad
Taib
No comments:
Post a Comment