Islam utama perpaduan
tanpa mengira politik
Sesungguhnya terdapat
perbezaan ketara antara Islam dengan parti politik. Jadi, tidak mungkin ada
parti politik yang dapat berperanan sebagai parti untuk umat Islam kerana Islam
tidak mengasingkan umatnya berdasarkan parti politik.
Islam mengajak manusia mementingkan perpaduan dan mengelak persengketaan. Allah SWT menurunkan Islam untuk seluruh manusia tanpa mengira batasan geografi, pemerintahan, bangsa dan budaya.
Islam mengajak manusia mementingkan perpaduan dan mengelak persengketaan. Allah SWT menurunkan Islam untuk seluruh manusia tanpa mengira batasan geografi, pemerintahan, bangsa dan budaya.
Apa yang jelas,
perjuangan politik berdasarkan kepada kepentingan parti mengikut matlamat yang
ditetapkan. Setiap parti politik mempunyai perlembagaan berbeza. Mereka bebas
mengubah perlembagaan parti jika mendapat persetujuan majoriti ahli.
Perkara ini jauh berbeza dengan Islam yang tidak pernah bergabung dengan mana-mana ajaran atau agama lain. Sesungguhnya, Islam memperjuangkan kepentingan sejagat. Islam tidak memperjuangkan kepentingan kelompok.
Hukum yang ditetapkan dalam Islam tidak sekali-kali dapat diubah atau ditukar-tukar mengikut selera kelompok tertentu saja. Seluruh umat Islam menggunakan sumber hukum yang sama daripada al-Quran, hadis dan keputusan bersama ulama.
Perpaduan Islam menyeru kepada kesatuan dan tidak boleh memulau mana-mana individu Islam. Tetapi amalan parti membolehkan seseorang disekat menjadi ahli atau dibuang menjadi ahli jika tidak mematuhi peraturan parti.
Peraturan itu samalah seperti melarang individu atau kumpulan lain daripada bersama berjuang menegakkan agama Islam (berdasarkan apa yang didakwa). Sesiapa melarang orang berjuang di jalan Allah SWT, bermakna menentang Allah SWT.
Jika keislaman ditentukan dengan parti politik, bagaimana nasib orang yang ditolak dan dibuang daripada parti politik Islam? Apakah orang yang tidak menyertai parti Islam bermakna dia tidak Islam?
Apa yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ialah pemerintahan dalam masyarakat dan negara. Banyak hal kenegaraan dijelaskan untuk membentuk keamanan, kemajuan dan keadilan dalam pemerintahan.
Sesiapa yang mengikuti kaedah pemerintahan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sudah layak dipanggil pemerintah Islam biarpun parti atau negara yang dipimpin itu tidak menggunakan nama ‘Islam’.
Tugas pemerintah yang lebih penting ialah mewujudkan persekitaran yang selamat, aman, kesejahteraan, harmoni, adil, peluang pekerjaan, kemudahan awam dan pendidikan.
Pemerintah boleh melaksanakan dasar Islam tanpa pengisytiharan negara Islam.
Sempurnanya Islam bukan atas gelaran atau nama tetapi berdasarkan apa yang dilakukan dengan niat mematuhi perintah agama dengan melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang ditegah.
Gelaran dan kuasa pemerintah tidak hanya apabila memerintah negara. Kumpulan atau individu memerintah negeri, daerah mahupun kampung adalah pemerintah. Mereka mempunyai kuasa dan tanggungjawab berdasarkan kepada bidang tugas masing-masing.
Sesiapa meminta ingin melakukan tugas lebih banyak sedangkan apa yang diamanahkan belum lagi diselesaikan, samalah dia seperti diceritakan dalam Israk Mikraj yang mengutip lebih banyak kayu untuk dibawa, sedangkan kayu yang ada padanya sudah tidak mampu lagi ditanggung.
Untuk melakukan kebaikan tidak hanya apabila dikaitkan dengan nama Islam kerana nama bukan penentu segala-galanya. Rasulullah SAW bukanlah pemimpin parti politik Islam, Baginda pemimpin bagi seluruh umat Islam sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment