Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, November 23, 2013

Kementerian tubuh pasukan petugas khas siasat dakwaan soalan SPM bocor

Kementerian tubuh pasukan 

petugas khas siasat dakwaan soalan SPM bocor.

 


KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan kertas Matematik dan Matematik Tambahan.




Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, walaupun pada dasarnya sukar untuk berlaku kebocoran, pihaknya tetap mengambil serius dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tersebut.
Ini kerana katanya, kertas soalan SPM dicetak di Universiti Cambridge, United Kingdom dan prosedur penghantarannya dari universiti itu hingga ke pusat peperiksaan di negara ini adalah ketat termasuk pengawalan oleh pihak polis.




"Jadi, kalau hendak dikatakan masa pencetakan itu bocor (mustahil) dan perkara sebegini sudah lama tidak berlaku dengan paling terakhir adalah pada akhir tahun 90-an dan apabila disiasat tiada kebocoran sebenarnya,” katanya dalam sidang media, di sini hari.




Abdul Ghafar berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan dakwaan PPIM dan akan menyiasat kes itu secara terperinci.




Beliau yang ditemui selepas sesi perjumpaan Program Jurulatih Peningkatan Sekolah (SISC) dan Program Rakan Pembimbing Sekolah (SiPartner), diminta mengulas mengenai laporan media semalam yang memetik PPIM sebagai mendakwa mereka menerima aduan daripada tiga individu berhubung perkara tersebut. 




Individu berkenaan yang turut hadir dalam sidang media PPIM itu juga menyerahkan salinan yang dikatakan kertas soalan bocor kepada pemberita. - Bernama






  

This quote means to always try your hardest.
 It doesn't matter if you don't achieve what you were 
trying to accomplish as long as you tried your best. 
This quote is saying to try your hardest in everything 
that you do and always go for the highest which
 in this quote is the moon. Even if you don't accomplish it 
or make it to the moon it will turn out ok and 
you'll land among the stars. 
A song that has to do with this quote is
 "The Climb" by Miley Cyrus. 
This song talks about trying your best
 to get where you want to be.
 Remember to always shoot for the moon.
 Maybe you'll land on the moon or 
maybe you'll land among the stars!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...