:) lawak la pulak......
KESERONOKAN belajar boleh dinikmati jika suasana ketenteraman di dalam sesebuah kelas itu dapat diwujudkan. Kebiasaannya murid mula berbuat bising sebaik sahaja guru selesai mengajar atau meninggalkan kelas. Pada waktu tersebut ada yang keluar ke bilik air secara berkumpulan sambil bergurau senda. Ada pula yang bermain dan kadang kala mengejek kawan dan sebagainya. Kadangkala kelakuan ini akan membawa kepada keadaan yang tegang dan berakhir dengan perkelahian.
Walaupun ada beberapa orang murid
yang ingin belajar atau membuat kerja rumah tetapi gangguan yang sering melanda
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian malah mudah pula
terpengaruh dengan rakan-rakan yang lain.
Untuk mewujudkan suasasana belajar
yang selesa dan menyeronokkan memerlukan kerjasama semua murid di dalam kelas
tersebut. Kemahiran insaniah amat diperlukan bagi setiap murid agar kerjasama
yang erat serta saling hormat menghormati antara satu sama lain dapat diwujudkan.
Kemahiran insaniah ialah kemahiran
mengawal serta memantapkan diri dalam urusan peribadi serta perhubungan dengan
rakan-rakan yang lain. Ia berhubung rapat dengan sifat kerohanian seseorang
murid yang mementingkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kemahiran insaniah
harus dipupuk sejak di bangku sekolah rendah lagi agar dapat disebatikan dengan
jiwa dan diri ke arah mewujudkan insan kamil serta mampu belajar dengan lebih
seronok lagi.
(a) Kemahiran mengawal diri
• Refleksi diri: Refleksi diri ialah
merenungi kembali setiap tindakan yang telah kita lakukan. Dari renungan yang
dilakukan seseorang itu akan menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Setiap perbuatan yang boleh merosakkan diri sendiri serta rakan-rakan lain
ialah merupakan kelemahan diri yang harus ditangani segera.
• Toleransi : Kelemahan diri yang
dikenal pasti hasil daripada proses refleksi harus dibuat penambahbaikan. Sifat
mementingkan diri sendiri yang menjadi punca ke arah perlakuan yang negatif
harus diganti dengan sifat toleransi. Sifat ini harus ada pada diri seseorang
murid demi untuk merapatkan lagi tali persahabatan di antara rakan. Punca
timbulnya perasaan marah, benci dan geram ialah disebabkan tidak ada perasaan
kasih sayang serta penghormatan sesama manusia. Malah sifat dengki serta
pentingkan diri sendiri ini menjadi penghalang kepada perubahan diri.
• Keikhlasan dan kejujuran diri:
Keikhlasan dan kejujuran diri amat diperlukan terutamanya apabila kita berada
bersama rakan-rakan. Sifat ini memerlukan kita amanah, tidak berbohong serta
sanggup membantu rakan-rakan tanpa mengharapkan sesuatu balasan. Jika kedua-dua
sifat ini dapat diamalkan dalam kehidupan sudah tentu tali persahabatan dapat
dieratkan serta perkara-perkara yang tidak disukai tidak akan timbul.
Untuk mewujudkan suasana ini, setiap
murid perlu menganggapkan rakan-rakan mereka seperti satu keluarga di mana
setiap anggota keluarga bertanggungjawab ke atas anggota keluarga yang lain.
Saya pasti setiap kelas mempunyai jadual tugas ahli jawatankuasa. Bagi
menghidupkan lagi suasana bekerjasama ini, tugas-tugas khas boleh ditambah
seperti Jawatankuasa Kebajikan, Jawatankuasa Bimbingan, Jawatankuasa Akhlak dan
Disiplin serta sebagainya. Setiap anggota jawatankuasa perlu mengatur aktiviti
sendiri untuk dijadikan program kelas tersebut yang boleh diikuti dan
dimenfaatkan bersama yang seterusnya dapat menceriakan suasana di kelas
tersebut.
No comments:
Post a Comment