Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, May 23, 2013

Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah

Kelab Alam Sekitar bakal diwujud di sekolah

 

 

SEREMBAN 19 Mei - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran bakal menubuhkan Kelab Kitar Semula di setiap sekolah terpilih di negeri ini.



Pengarah PPSPPA negeri, Mohd. Azhar Abd Hamid berkata, inisiatif itu bertujuan bagi memupuk serta meningkatkan kesedaran berhubung penjagaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.



"Kelab ini akan dijadikan sebagai satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan pada peringkat awal, pihak kami akan mengadakan bengkel latihan bagi melatih tenaga pengajar melibatkan 13 guru sekolah rendah dan lapan di peringkat menengah.




"Mereka ini akan menjadi guru perintis untuk menerapkan ilmu serta maklumat yang terkandung melalui modul kitar semula yang disediakan," katanya di sini hari ini.




Jelas Mohd. Azhar, objektif utama memperkenalkan modul itu adalah untuk dijadikan bahan rujukan serta panduan kepada guru terbabit ke arah membimbing serta melatih ahli kelab bagi mengendalikan aktiviti kelab berkenaan kelak.




"Kita perlu semai kesedaran ini dari peringkat awal dan secara pasti ia perlu dilakukan dalam kalangan generasi muda iaitu murid serta pelajar sekolah.




"Apabila usaha itu ada ia diyakini mampu mendidik lebih ramai generasi muda untuk menghargai alam sekitar sekali gus melaksanakan kewajipan untuk terus menjaga alam sekitar dalam jangka panjang," ujarnya.




Kata Mohd. Azhar lagi, jumlah kutipan sampah semakin meningkat setiap hari dan dijangkakan mampu mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020.
"Maka peranan generasi muda untuk membantu dalam menguruskan sampah amat kritikal," tambahnya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...