Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, November 22, 2012

Asrama budak pintar



Asrama budak pintar

BANTING: Program Permata Negara (Permata) bercadang membina sekolah menengah berasrama penuh untuk peserta Program Permata Insan di kawasan kampus Universiti Sains Islam Antarabangsa (Usim), Nilai, Negeri Sembilan, di sini.


Penaung Permata, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pada dasarnya cadangan berkenaan sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri (JPM), namun peruntukan untuk membina sekolah asrama berkenaan belum diputuskan.

Rosmah berkata, sekolah itu kelak mampu menampung 250 pelajar dan perancangan membabitkan spesifikasi serta reka bentuk bangunan sedang giat dijalankan supaya jumlah dana yang diperlukan untuk pembinaannya dapat dikenal pasti.


“Kita amat berharap melalui sekolah ini nanti, pelajar program Permata mampu dididik berterusan di samping mempunyai sebuah lokasi institusi pendidikan khas untuk mereka belajar.

“Berdasarkan perbincangan, Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersetuju menyalurkan dana, namun ia harus menepati keperluan sekolah iaitu membabitkan pembinaan dan keperluan pembelajaran di situ nanti,” katanya yang ditemui di Sekolah Menengah Sains Banting, di sini, semalam.

Rosmah menghadiri program Lawatan Kerja ke Program Kem Permata Insan 2012, ‘Menjana Cendiakawan Islam’ yang turut dihadiri Naib Canselor Usim, Prof Datuk Dr Muhamad Muda.


Program Permata Insan adalah program naungan Akademi Permata Insan Usim bagi melahirkan kanak-kanak pintar yang mampu menjadi individu yang bukan hanya lengkap dengan ilmu profesional, tetapi juga ilmu agama.

Sementara itu, Penyelaras Program Permata Insan, Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Usim berkata, pihaknya memerlukan kira-kira setahun untuk merancang akademik di sekolah berkenaan.
Mohd Rushdan berkata, sekolah asrama berkenaan itu akan siap sepenuhnya menjelang dua tahun akan datang dan tenaga pengajar di situ nanti akan membabitkan pensyarah di universiti berkenaan.


Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...