Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, November 22, 2012

:) Kita perlukan yang positif

 


Kata-kata dan ucapan yang keluar dari mulut 
tanpa kita sedari meresap ke dalam diri.  
Bicara yang lahir dari hati terpancar 
melalui penampilan diri.



Percaya atau tidak,  
apa yang kita ucapkan pada orang lain
tidak mustahil bicara itu akan berpatah balik 
kepada orang yang mengucapkan bicara itu.
 Justeru itu, berhati-hatilah melontarkan kata.
Kata-kata boleh menjerat  dan makan diri. 
  


Tidak dinafikan, 
lumrahnya kita sebenarnya 
memerlukan sesuatu yang positif. 
Baik dari kata-kata 
mahupun dari bahasa badan kita. 
Dari kata-kata dan bahasa badan yang positif, 
ianya akan melahirkan minda yang positif. 
Apabila minda kita positif, 
semua perkara yang sukar kita akan lihat 
dari pelbagai sudut yang positif  dan
dari posisi yang berbeza.


Bagaimana orang yang berjaya?
Jika kita kaji dan buat sedikit analisa 
tentang mereka yang berjaya ini, kita akan 
dapati insan berjaya ini sentiasa mengungkapkan 
dan mempamerkan perkara-perkara yang positif.  
Apa yang menjadi bual bicara mereka berkisar 
tentang kejayaan.  Perkara seumpama inilah 
yang membentuk jiwa orang yang berjaya.
 

Kita perlu buat perubahan pada kata-kata 
dan tingkahlaku kita kerana itulah yang akan 
mengubah minda kita.   Minda itu pula akan 
mengubah kehidupan kita untuk lebih 
maju dan terus maju, InsyaAllah.




p/s :

Berkongsi rasa hati...
Semoga ada manfaatnya buat yang
sudi membaca dan mengambil iktibar.
  





1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...