Kasih sayang sesama manusia
dalam setiap urusan seharian seperti dalam
zikir, doa, bacaan al-Quran, lebih-lebih
lagi ketika mengerjakan solat.
Membaca Bismillah adalah lambang akidah,
betapa Allah amat menyayangi hamba-Nya
walaupun kita menderhakai-Nya.
Dia masih mengurniakan kita segala-galanya.
Apabila membaca Bismillah,
kita mengisytiharkan diri kita mesti belajar
menyayangi sesama manusia. Nilai kasih sayang
amat hebat kesannya dalam kehidupan.
Sekiranya nilai itu
hilang daripada hati manusia,
ia mengundang pelbagai bencana.
Kejian demi kejian dan segala kebiadaban
menular gara-gara hilangnya kasih sayang.
Cuba lihat masyarakat jahiliah yang
hancur nilai kemanusiaannya itu mula berubah
sekelip mata apabila iman dibawa Rasulullah
mengajar cinta dan kasih sayang.
Golongan tua perlu hormat kepada orang muda,
si kaya simpati dengan si miskin sementara yang berkuasa menghormati golongan lemah.
Malah, sifat saling memberi keutamaan
kepada orang lain itu begitu takjub hingga
tidak pernah direkodkan dalam sejarah.
Bukan saja sesama manusia malah
terhadap haiwan juga.
Semua rahmat Allah mula mengalir
dalam sanubari insan. Lantaran itu bagi
memulakan sesuatu kebaikan,
saling menghormati dan apa saja
kebaikan mesti bermula
dengan mencintai Allah.
Seorang mukmin juga perlu sentiasa
memelihara lidahnya daripada mengeluarkan
perkataan keji, mencela dan melaknat orang lain,
malah berhati-hati sepanjang masa.
Selain itu, umat Islam juga perlu
bersifat amanah kerana orang
yang tidak amanah
tidak sempurna imannya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman
bagi orang yang tidak beramanah
dan tidak sempurna agama
bagi orang yang tidak menepati janji”
(Hadis riwayat Ahmad).
Sekali pun manusia mengaku dirinya beriman
dan beragama tetapi khianat itu menjadi
pakaiannya, segala perintah Allah diabaikan
serta larangan-Nya ‘dilanggar’.
Seorang mukmin sejati perlu memandang
semua orang beriman itu sebagai saudaranya.
Kita perlu saling menghormati, menasihati dan menerimanya dalam apa keadaan.
Orang yang tidak boleh menerima nasihat
atau tidak mahu menasihati saudaranya
dinodai nafsunya. Mereka yang suka
bermusuhan sesama mukmin bukanlah
daripada kalangan mukmin sejati.
Diriwayatkan daripada
Abdullah bin Amru bin al-As, katanya:
“Seseorang sudah bertanya Rasulullah:
Apakah sifat orang Islam yang paling baik?
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Seseorang yang menyelamatkan
orang Islam dengan lidah dan tangannya”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Allah pernah menunjukkan marah-Nya
pada kaum terdahulu seperti kaum Nabi Nuh
lalu didatangkan banjir besar
selama berbulan-bulan.
Kepada kaum Nabi Luth yang melakukan
hubungan homoseksual, Allah tunjukkan
juga marah-Nya dengan menterbalikkan
permukaan bumi ke bawah dan
menaikkan segala isi yang berada
di dasar ke permukaan. Kesan dan tandanya
masih boleh dilihat di Jordan sehingga kini.
Allah juga tenggelamkan Firaun dan Qarun
kerana keegoan mereka. Justeru, sekiranya
kita ingkar, tidak mustahil juga kita
pasti menerima nasib yang sama seperti
golongan yang dinyatakan itu.
Mohonlah kepada Allah
supaya kita sama-sama dijauhkan
daripada segala bentuk malapetaka dan bala.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita dan mengurniakan barakah dan rahmat ke
atas bumi yang kita diami ini.
....
...
bagus ni cikgu
ReplyDelete