Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, November 11, 2012

Cipta kecemerlangan mengisi masa

Cipta kecemerlangan mengisi masa

 

IMAM Hassan al-Banna ada menyebut, 
“Masa adalah kehidupan”. 
Ertinya, orang yang tidak 
mempedulikan masanya seolah-olah
mereka membuang kehidupannya.


Dalam erti lain, orang yang
 membuang masa sama 
seperti membunuh kehidupannya.
Islam sebagai agama yang mempelopori 
kecemerlangan sejak awal-awal lagi 
iaitu ribuan tahun dulu menyerang dan
 mencela mereka yang alpa dalam mengurus masa.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

 “Demi masa

 sesungguhnya manusia

 dalam kerugian kecuali orang 

yang beriman dan beramal soleh

 dan mereka yang berpesan dengan

 kebenaran dan kesabaran”.

Hebatnya masa menurut Allah sehingga banyak perkataan ‘sumpah’ dalam al-Quran dikaitkan dengan masa. Seperti demi waktu malam, demi waktu Duha, demi waktu siang dan banyak lagi.

Generasi silam yang mencipta kecemerlangan kerana mereka bijaksana dalam mengisi masa. Mereka bukan hanya membaca, tetapi mengkaji dan menganalisis.

Mereka bukan hanya menjadi pengguna, tetapi pencipta, mereka bukan saja penulis ,tetapi menterjemah dalam bentuk perbuatan. Tidak hairanlah jika mereka menjadi tokoh di usia muda.


Kenapa kita tidak boleh jadi seperti mereka? Mereka manusia, kita pun manusia. Jumlah hari dalam setahun masih sama 365 hari, sebulan masih juga 30 hari dan tujuh hari seminggu pun masih tidak berubah sehari semalam 24 jam tetap seperti dulu.


Cuma berbeza ialah cara mereka mengisi ruang masa. Lihatlah Imam Al-Jauzi berkata, dia pernah membaca sebanyak 20,000 buku.


Ibnu Sina ketika merawat Sultan memilih untuk membaca semua buku di perpustakaan diraja daripada menerima pangkat kebesaran.


Imam Syafie mempunyai lebih daripada 1,000 guru. Cerita seumpama itu sepatutnya menjadi sumber motivasi kepada kita.


Bayangkan jika kita menghabiskan masa sejam sehari tanpa faedah dalam setahun kita membuang 365 jam kehidupan kita.


Dengan jumlah masa sebegitu banyak jika kita gunakan untuk mempelajari bahasa sudah berapa bahasa kita boleh faham?

Jika kita gunakan masa sebanyak itu untuk menghafal ayat al-Quran sudah berapa surah kita hafal? Itu baru sejam satu hari.

Bayangkan berjam-jam kita bersembang, melepak di tepi jalan, berborak tanpa tujuan, merayau-rayau, apa lagi lumba haram dan pulang dari pusat hiburan ketika Subuh menjelang.

Malang sekali jika kita termasuk dalam senarai mereka yang diisytihar Allah sebagai orang yang paling rugi. Hidup ini mempunyai tiga masa saja, iaitu masa yang sudah lalu, masa sekarang dan masa yang akan datang atau masa kita adalah semalam, hari ini dan esok.

Kehidupan kita hari ini sebenarnya ditentukan masa silam dan bagaimana kehidupan esok ditentukan sikap kita hari ini. Sekiranya sifat malas yang kita ‘semai’ nescaya kegagalan yang akan kita tuai kelak.

Jiwa yang besar menghiasi diri dengan ilmu
 manakala jiwa sederhana bercakap soal peristiwa
 saja dan jiwa yang rendah asyik bercakap
 mengenai orang saja.

 

Orang yang berfikiran cetek pula
 hanya sibuk bercakap mengenai dirinya saja.
 

Malah, berkaitan masa juga, Rasulullah memberikan peringatan kepada kita untuk memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu: 



  • Masa muda sebelum tua.
  • Masa sihat sebelum sakit.
  • Masa kaya sebelum miskin.
  • Masa lapang sebelum sibuk.  
  • Masa hidup sebelum mati.


  •  
    Kecergasan fizikal dan mental ketika muda sepatutnya digunakan untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebab apa yang akan terjadi pada hari tua ditentukan mengikut apa yang kita lakukan ketika muda.

     

    Nikmat kesihatan juga amat berharga. 
    Seluruh anggota badan kita adalah milik
     
    Allah yang wajib kita jaga amanah itu. Ramai yang tidak menghargai nikmat sihat yang mana terbabit dalam aktiviti yang membawa kemusnahan dan kesengsaraan pada diri.

     
    Kekayaan tidak kekal, malah ia boleh bertambah dan hilang musnah sekelip mata. Justeru kekayaan adalah amanah, mendapat dan menggunakannya mengikut peraturan Allah.

    Kita boleh mencari harta sebanyak mungkin, tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan dilaknat dan diazab atau pun tidak menjadi Tha’labah yang kaya tetapi bakhil.

     
    Jadilah kekayaan harta yang kita miliki untuk menjadi seorang dermawan. Terakhir sekali yang amat penting masa hidup sebelum mati.

     
    Kata Saidina Ali:
     “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, 

    bersedia dengan amalan dan 

    sesiapa yang tidak beramal 

    tiada lagi kehidupan (kenikmatan) 

    selepas mati.”



    Sumber

      

  • 1 comment:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...