Dari Anas r.a, dia berkata
bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdoa:
Maksudnya:
“Ya Allah
tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau
jadikan mudah dan Engkau dapat
menjadikan perkara sulit menjadi
mudah jika Engkau kehendaki” .
(H.R Ibn Hibban dan sanadnya
dihukum sahih bertepatan
dengan syarat Muslim dalam
kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
Doa ini amat digalakkan kepada
kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan
yang perlu diselesaikan dalam hidup.
Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha
untuk memenuhi segala urusan yang
telah kita rancangkan itu.
Untuk memperoleh berkat disebalik
semua urusan
yang akan dan telah dilakukan
sebaik-baiknya kita mengamalkan doa di atas
sebagai panduan sepanjang hayat kita.
No comments:
Post a Comment