Ibu bapa perlu bantu guru
atasi isu remaja
KITA sebagai manusia biasa memerlukan sokongan dan bantuan orang lain dalam mencapai kecemerlangan. Sokongan dimaksudkan termasuk daripada ibu bapa, ahli keluarga, sahabat handai dan khususnya warga pendidik atau guru yang diraikan pada 16 Mei lalu.Sudah pastinya sumbangan dan pengorbanan mereka tidak dapat dibandingkan dengan sebarang anugerah di dunia. Golongan pendidik semestinya diberi penghormatan dan pengiktirafan kerana mereka adalah golongan yang berpotensi untuk melonjakkan transformasi ke arah perkembangan minda lebih dinamik.
Inilah sebenarnya peranan yang perlu dimainkan mereka kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan berubah dari masa ke semasa. Jadi merekalah yang yang perlu mengaplikasikan segala sumber ilmu melalui kaedah berinovasi sesuai gelaran ulul albab iaitu mereka yang bijak pandai seperti dicatatkan al-Quran.
" Dia (Allah)
memberikan kefahaman
kepada siapa yang dikehendaki.
Sesiapa yang mendapat anugerah ini,
sesungguhnya dia mendapat banyak kebaikan. "
- Surah al-Baqarah, Ayat 269.
Lafaz diulang lebih daripada 15 kali dalam al-Quran menunjukkan kehebatan mereka di sisi Allah SWT. memberikan kefahaman
kepada siapa yang dikehendaki.
Sesiapa yang mendapat anugerah ini,
sesungguhnya dia mendapat banyak kebaikan. "
- Surah al-Baqarah, Ayat 269.
Firman-Nya bermaksud:
“Dia (Allah)
memberikan kefahaman kepada
siapa yang dikehendaki.
Sesiapa yang mendapat anugerah ini,
sesungguhnya dia telah mendapat banyak kebaikan.”
(Surah al-Baqarah, ayat 269)
Imam Qurtubi berpendapat, ayat ini adalah perintah menggunakan anugerah akal fikiran bagi mengkaji isi alam. Pengkajian dan pembelajaran mestilah diterapkan di kalangan guru bagi menggarap elemen inovasi dalam proses lonjakan transformasi pendidikan.
Untuk melahirkan modal insan beriman dan bertakwa sukar dan memerlukan pengorbanan, ilmu dan kemahiran tinggi. Komitmen serta kesungguhan dalam misi menghapuskan kejahilan adalah asas kejayaan yang harus disemat dalam jiwa setiap warga pendidik.
Mereka juga berperanan sebagai ejen perubahan dalam masyarakat yang dahagakan peradaban dan integriti. Pembangunan minda melalui fardu ain dan fardu kifayah tidak harus diketepikan kerana ia termasuk dalam falsafah pendidikan sejajar kehendak agama.
Sabda Baginda SAW dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah bermaksud:
“Apabila mati seorang anak Adam,
maka terputuslah semua amalannya
kecuali tiga perkara iaitu
sedekah dikeluarkan, ilmu yang dicurahkan
dan anak soleh yang sentiasa
mendoakan untuknya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Jelas menunjukkan profesion ini akan menjadi putaran di mana ilmu dipelajari akan diajar semula kepada orang lain bagi memastikan kesinambungan pahala ganjaran terus berlarutan walaupun empunya diri sudah meninggalkan dunia yang sementara ini.
Peringatan Baginda SAW mengenai peristiwa akhir zaman dalam sabda Baginda bermaksud:
“Akan datang
suatu waktu di mana umatku
menjauhi orang berilmu dan ahli feqah.
Maka mereka akan ditimpakan
dengan tiga musibah.
Antaranya ialah
dihilangkan keberkatan terhadap hasil pendapatannya,
dianugerahkan kepada mereka pemimpin yang tidak adil
dan
mereka akan meninggalkan dunia
dalam keadaan tidak beriman.”
(Mukasyaf Asrar)
Namun, cabaran yang dihadapi guru dewasa ini adalah pelajar itu sendiri di mana mereka sering terjebak dalam era globalisasi yang menyebabkan pengaruh sosial tidak terkawal, pengaruh jenayah yang berleluasa, tidak menghormati guru dan masalah akhlak.
Ditambah pula ibu bapa tidak memberi kepercayaan penuh kepada warga pendidik untuk memajukan anak mereka sehingga ada yang sanggup menjadikan guru sebagai musuh.
Sebenarnya, bukan tanggungjawab guru saja, ibu bapa dan masyarakat diperlukan dalam usaha menyokong guru membentuk dan mendidik generasi muda hari ini. Mereka mestilah memainkan peranan secara kolektif dengan menggunakan ruang yang ada untuk menjana idea dan bersama menyelesaikan masalah generasi kini.
Oleh
Ustaz Zaman
Penulis ialah
Eksekutif Agama
The New Straits Times Press (NSTP)
No comments:
Post a Comment