Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Sahabat Maya :
Wednesday, December 7, 2011
Lembaga Peperiksaan menilai skrip jawapan calon UPSR secara adil, terbuka
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk surat di ruangan ini bertarikh 23 November 2011 bertajuk ‘Sistem pemarkahan UPSR mesti mesra pelajar’ dan 24 November 2011 dengan tajuk ‘Sokong kaji semula sistem pemarkahan’.
KPM menghargai pandangan Pensyarah Kanan, Alor Setar, Amin Ali dan Ibu Kecewa, Malaysia, yang disiarkan berkenaan pemarkahan kertas bahasa Melayu Penulisan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Lembaga Peperiksaan ingin menjelaskan tatacara pemeriksaan skrip calon dimaklumkan dengan jelas kepada semua pemeriksa dan maklumat berkaitan dimasukkan dalam buku Peraturan Pemarkahan.
Garis panduan kepada pemeriksa seperti berikut:
Pemeriksaan dijalankan secara holistik iaitu melihat secara keseluruhan evidens dan penskoran dibuat mengikut kriteria ditetapkan.
Pemeriksa hendaklah membaca evidens dengan teliti untuk mendapat kesan (impression) daripadanya. Selepas itu, pemeriksa menilai dan menentukan tahap evidens itu berdasarkan kriteria penskoran.
Pemeriksa hendaklah membaca evidens itu sekali lagi sambil menurunkan tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan skor berdasarkan kriteria penskoran.
Bagi Bahagian B, karangan yang tidak mematuhi format iaitu karangan yang tidak memerlukan format tetapi ditulis berformat atau sebaliknya atau karangan ditulis dalam format lain, pemeriksa akan membuat pemarkahan tetapi ditolak dua markah daripada markah keseluruhan kerana tidak menepati tugasan.
Berdasarkan garis panduan itu, jelas penilaian terhadap hasil kerja calon adalah adil dan terbuka berpandukan objektif mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan selari dengan kandungan kurikulum.
Justeru, Lembaga Peperiksaan ingin menegaskan semua skrip jawapan calon UPSR sudah dinilai secara adil.
No comments:
Post a Comment