Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, December 9, 2011

‘Jangan tangkap aku, aku Rambo’



Rambo-movie-lm09.jpg
Gambar sekadar hiasan..

‘Jangan tangkap aku, aku Rambo’


IPOH: “Jangan tangkap aku, akulah Rambo!” Itulah antara gelagat mencuit hati seorang kutu rayau yang melawan ketika diberkas pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebelum membungkus tubuhnya dengan tikar seperti mayat, awal pagi semalam.




Malah, dalam operasi sama, seorang kutu rayau mabuk turut mendakwa dirinya penyanyi terkenal, Micheal Jackson, sambil menunjukkan aksi dan gerak tari seperti penyanyi berkenaan ketika ditahan.





Lelaki berusia 50-an itu bagaimanapun melawan dan menghamburkan kata-kata kesat ketika cuba diberkas pegawai JKM Daerah Kinta.




Operasi khas dipanggil Ops Bersepadu Menyelamatkan Orang Papa dan Pengemis itu diadakan di sekitar bandaraya Ipoh bermula jam 11 malam kelmarin dan berakhir jam 3 pagi semalam.





Operasi membabitkan pegawai dan penguat kuasa JKM turut dibantu pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan anggota polis.





Pegawai JKM Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir berkata, turut ditahan adalah seorang lelaki yang mendakwa sebagai bomoh, guru Kung Fu termasuk remaja sakit.

“Lebih menggelikan hati apabila salah seorang kutu rayau enggan memberi kerjasama dengan bertindak membalut tubuhnya dengan tikar dan berpura-pura mati.





"Bagaimanapun lelaki terbabit segera bangkit selepas ditawarkan bungkusan nasi ayam yang disediakan khas kepada kepada kumpulan pengemis dan kutu rayau ditahan itu,” katanya.




Mengulas operasi berkenaan, Mahir berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati apabila menahan 37 individu membabitkan 35 lelaki dan dua wanita.





Katanya, daripada jumlah itu, 10 daripadanya berbangsa Cina, lapan Melayu, 16 India dan tiga warga asing.





Menurutnya, hasil siasatan dan pemeriksaan lanjut, 19 daripada 37 yang ditahan diperintah reman di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, 14 diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak, tiga ditahan pihak Imigresen dan selebihnya dibebaskan selepas diambil waris atau majikan mereka.



Sumber










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...