Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, November 22, 2011

Nasihat berhikmah atasi masalah di tempat kerja




Nasihat berhikmah atasi masalah di tempat kerja


Konflik di kalangan kakitangan boleh diselesai
dengan dakwah, kaunseling semangat.

PANDANGAN serta kata-kata nasihat
secara
berhikmah dalam interaksi seharian
adalah satu
bentuk komunikasi dakwah atau kaunseling
berkesan
yang murah, mudah serta boleh dilakukan
sesiapa saja
kerana ia antara kaedah berkesan

penyelesaian masalah, termasuk di tempat kerja.




Rasulullah SAW bersabda, agama itu adalah nasihat.




Bagaimanapun, pelbagai alasan biasa didengar seperti,
‘saya bukan kaunselor atau pendakwah’,
‘tidak pandai nasihatkan orang lain’,
‘saya sendiri pun tidak sempurna’,
‘malaslah nak campur hal orang’ dan sebagainya.





Pada masa sama,
di pejabat dan di mana saja
sering kedengaran rungutan
atau ‘cakap-cakap belakang’
mengenai ketidakpuasan hati bekerja.
Sememangnya, dalam mencari rezeki
sudah tentu kita tidak terlepas
daripada pelbagai kesukaran,
masalah atau konflik dan cabaran.





Malah, susah dan senang adalah
asam garam kehidupan sama ada dalam urusan kerjaya,
perhubungan, kewangan mahupun kesihatan.





Indahnya Islam,
kita diingatkan di sebalik dugaan atau cabaran itu
ada hikmah lebih besar.




Antaranya mendekatkan diri, menguatkan hati
dan lebih menghargai nikmat Maha Pencipta.
Ia juga untuk menguji sejauh mana kesabaran kita
serta membuka peluang mendapat ganjaran
dan kebaikan yang lebih tinggi.




Sesuatu masalah atau konflik di tempat kerja
seperti ketidakpuasan hati, perselisihan faham,
tugasan diberi, cara atau bentuk arahan,
keputusan, polisi, kenaikan pangkat, tidak dapat dielakkan
kerana pandangan, cara berfikir
serta pengharapan seseorang itu berbeza-beza.




Namun, yang utama cara kita
mengurus dan berdepan situasi itu
supaya ia tidak menggugat kualiti,
menjejaskan imej diri serta
organisasi pada mata pelanggan.





Hal ini tidak boleh dipandang remeh
kerana setiap anggota itu adalah
saham dan modal yang akan menentukan
untung rugi serta keharmonian sesebuah organisasi.
Bahkan untuk melihat kejayaan
sesebuah organisasi, lihatlah anggotanya.





Apatah lagi jika konflik dalaman
menimbulkan ketegangan suasana,
ada yang tampil meluahkan ketidakpuasan hati,
membuat aduan,
memohon dipindahkan ke bahagian lain,
sering tidak hadir ke pejabat,
tidak memberikan tumpuan atau
kerjasama baik apabila diminta.




Kesan ini sangat merugikan
jika tidak ditangani dengan bijaksana
melalui komunikasi berkesan seperti
kata nasihat, pandangan, saranan
dan bimbingan bersifat mententeramkan,
menstabilkan emosi, menjernihkan keadaan,
mengikis sikap dan
pandangan negatif terhadap orang lain.





Menurut Dr Abd Karim Zaidan
dalam Usul al-Da’wah,
semua usaha itu adalah nasihat
pengajaran baik yang mampu menyuntik
semangat dan sokongan.





Firman Allah yang bermaksud:


“Serulah (wahai Muhammad)
ke jalan Tuhanmu dengan
hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran baik
dan berbahaslah dengan mereka dengan lebih baik.”
(Surah al-Nahl, ayat 125)





Profesor Dr Yusof al-Qaradawi berkata,
yang perlu dinasihatkan adalah untuk
menghindarkan sifat berputus asa dan
tersangat bersedih hati kerana
ia akan hanya melemahkan seperti
firman-Nya yang bermaksud:




“Dan janganlah kamu
bersifat lemah dan bersedih,
padahal kamu orang yang beriman.”
(Surah Ali-Imran, ayat 139)





Sering kali konflik dianggap
sebagai masalah individu dan jika berkaitan
dengan hubungan antara staf pula,
ia hendaklah diselesaikan antara mereka
tanpa membabitkan pihak majikan.
Malah, kesannya juga tidak dilihat
secara langsung berkait dengan
integriti dan produktiviti pekerja.





Akibatnya, banyak masalah
boleh diselesaikan secara komunikasi
tidak dapat dirungkai dengan segera
menyebabkan ia berlarutan
sehingga yang kecil menjadi besar dan rumit.





Firman Allah yang bermaksud:


“Sesungguhnya orang Mukmin
adalah bersaudara kerana itu
damaikanlah antara kedua saudaramu
dan bertakwalah kepada Allah
supaya kamu mendapat rahmat.”
(Surah al-Hujrat, ayat 10)





Usaha secara komunikasi
dakwah dan kaunseling boleh dilakukan
sesama rakan terutama oleh staf
lebih berusia atau berpengalaman
kepada yang muda dan masih baru,
pegawai atasan serta majikan.
Bagi pihak majikan, ini boleh dilakukan
secara formal dengan menubuhkan unit kaunseling.





Sesetengah jabatan sudah
mengambil inisiatif ini sesuai
panduan dan saranan
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 tahun 2009,
Pelaksanaan Aplikasi Psikologi:
Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan,
Jabatan Perkhidmatan Awam.





Ia membabitkan aktiviti khidmat runding,
motivasi dan kepuasan kerja pegawai.
Aplikasi ini bertujuan mewujudkan
pegawai memiliki nilai, etika kerja
dan sikap positif serta berupaya mengurus isu
serta masalah psikologi di tempat kerja.





Usaha ini bukan sekadar menjadikan
organisasi tempat yang menyeronokkan
atau ibarat rumah kedua, malah
dapat mengeratkan lagi silaturahim,
menghasilkan perkhidmatan dan produk berkualiti,
lebih utama ia mengundang rahmat kepada semua.






Oleh Sharifah Hayaati

Penulis ialah pensyarah di

Jabatan Siasah Syar’iyyah,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya (UM)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...