Sukan tak masuk akal
|
SUKAN sememangnya antara perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam hidup manusia. Pastinya setiap seorang dari kita mempunyai sukan kegemaran mereka masing-masing.
Malah dalam kebanyakan hal sukan bukan lagi sekadar satu permainan atau hobi semata-mata malah ia sudah menjadi entiti perniagaan yang mampu memberi keuntungan sangat lumayan.
Ia juga mampu memberi pendapatan berlipat kali ganda serta kemewahan yang adakalanya di luar batasan kepada mereka yang terlibat dari pemain sehingga pengurus dan pastinya pemilik yang memperoleh pendapatan paling lumayan.
Lihat sahaja bagaimana ahli sukan seperti pemain golf terkenal Tiger Woods, mampu memperoleh pendapatan beratus juta ringgit setahun melalui hadiah kemenangan dan penajaan.
Itu belum lagi kita melihat bagaimana kelab bolasepak seperti Real Madrid, Manchester United, Bayern Munich dan pelbagai lagi berupaya membayar gaji pemain mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit secara mingguan.
Begitu juga sukan terkenal di Amerika Syarikat (AS) seperti bola keranjang dan besbal yang mana kelabnya sahaja bernilai berbilion ringgit.
Begitulah pengaruh sukan dalam hidup manusia kerana semakin ramai peminat dan penyokong fanatik, semakin untunglah kelab berkenaan.
Namun terdapat juga sukan-sukan yang pelik yang adakalanya dilihat agak tidak masuk akal. Melihat kepada sukan-sukan ini dimainkan memang agak melucukan malah ada yang mengerikan dan sadis kerana jika tersilap langkah ia mampu mengorbankan nyawa.
Berikut adalah antara 10 sukan pelik yang dimainkan oleh manusia dari segenap ceruk dunia. Ia disiarkan hanya sebagai bahan berita menarik untuk tatapan pembaca dan pastinya bukan untuk ditiru mahupun dimainkan secara langsung kerana ada di antaranya mampu memberi musibah yang sukar dibayangkan.
1. Melempar orang kerdil
Sukan ini memang agak melampau malah mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai sukan pun kerana ia dilihat seolah-olah menghina golongan kerdil sebagai satu objek lawak. Berasal dari Australia sekitar tahun 1980-an, sesiapa saja termasuk perempuan boleh menyertai acara ini namun mereka perlu mempunyai fizikal "gagah" seperti lelaki.
Acara ini dimainkan lengkap dengan peralatan kesihatan seperti topi keledar dan pemenang dipilih berdasarkan lontaran paling jauh. Lebih teruk lagi mereka yang bakal melemparkan orang kerdil ini digalakkan untuk meminum minuman keras, mungkin untuk menghilangkan rasa bersalah kerana bertindak kejam terhadap golongan kerdil.
Dikatakan sukan ini dimainkan oleh golongan kulit putih yang bosan dengan kehidupan harian sebagai petani yang sering memandu traktor dan berlangsung secara tertutup di dalam pub. Namun acara ini dikatakan diharamkan kerana ia dilihat menjatuhkan maruah serta menghina golongan kerdil.
2. Catur tinju
Sukan ini bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tetapi otak yang bijak pada masa yang sama. Ia bermula pada 1992 oleh seorang kartunis Belanda, Enki Bilal dan kini semakin popular terutama di Britain, Siberia dan beberapa negara Eropah lain.
Ia memerlukan dua orang yang sangat berkeupayaan dalam sukan tinju dan juga mempunyai kemahiran bermain catur kelas A. Sukan ini dimainkan secara bergilir-gilir dimana pada pusingan pertama peserta dikehendaki bermain catur selama empat minit sebelum bertinju selama dua minit.
Peserta dikehendaki bertinju dan bermain catur secara bergilir-gilir sehingga mereka menghabiskan maksimum 11 pusingan. Peserta diberi masa selama 14 minit untuk menghabiskan sukan berkenaan.
Pemenang dipilih berdasarkan keputusan knock out atau pun checkmate yang mana dihabiskan dahulu dalam tempoh masa yang diberikan.
3. Sukan mendukung isteri
Sukan ini yang pertama kali diperkenalkan di Finland memerlukan si suami mendukung isterinya secara terbalik dan terpaksa melalui pelbagai halangan sukar.
Pemenang dipilih berdasarkan pasangan mana yang sampai di garisan penama t dahulu. Menarik untuk di sebut disini, sukan ini memerlukan kasih sayang yang kuat sesama pasangan kerana jika tersilap langkah bukan saja boleh menjejaskan hubungan malah mungkin membawa maut!
4. Gulingan keju Cooper's Hill
Sukan ini memang mengerikan kerana kemungkinan untuk patah tulang dan cedera parah adalah sangat tinggi. Sukan ini merupakan acara tahunan di Bukit Coper dalam daerah Gloucester, England.
Dikatakan sukan ini telah dilangsungkan sejak lebih 200 tahun lalu. Ia bermula apabila sebuah kotak mengandungi keju dilepaskan menuruni bukit curam dan orang ramai akan mengejarnya, siapa yang sampai dahulu akan diisytihar sebagai pemenang.
Walaupun pihak berkuasa telah melarang sukan ini berlangsung kerana melibatkan terlalu banyak kecederaan namun para peserta yang datang dari seluruh dunia tetap berdegil. Namun akhirnya kebanyakan mereka hanya pulang dengan kecederaan teruk.
5. Hoki air
Sukar untuk membayangkan bagaimana sukan ini dimainkan di bahagian dasar kolam air. Seperti mana hoki namun ia dimainkan lengkap dengan peralatan menyelam dan perlu mengejar dan merebut bola berbentuk leper.
Jaringan dikira apabila bola berkenaan menyentuh dinding pasukan lawan yang dimainkan dengan enam orang dalam satu pasukan. Bayangkan pasti jenuh pemain tersebut untuk menggerakkan bola di dalam air apatah lagi untuk menjaringkan gol.
6. Melempar telefon bimbit
Sukan ini diktiraf sebagai sukan antarabangsa di Finland dan bermula sejak tahun 2000. Sukan ini berkembang dengan pantas dan mula mendapat perhatian di negara-negara Eropah dan AS.
Juara dikira melalui balingan paling jauh serta kreativiti balingan. Setakat ini rekod balingan paling jauh dicatat oleh oleh Chris Hughff dengan jarak 95.83 meter pada Ogos 2007.
7. Manusia lawan kuda
Sukan ini memang mencabar keupayaan, manakan tidak memandangkan pesaingnya adalah kuda yang sangat berkebolehan berlari lebih laju berbanding manusia.
Berlangsung di bandar Llanwrtyd Wells di Wales, ia diadakan setiap tahun sebagai menguji ketahanan manusia dibandingkan dengan kuda dengan melalui pelbagai halangan dan kesukaran.
Ia dilaporkan bermula pada 1980 apabila seorang tuan tanah memilih untuk mengadakan sukan ini sebagai jalan penyelesaian setelah terbabit dalam pertikaian sama ada manusia mampu untuk menewaskan kuda dalam acara merentas desa.
8. Buzkashi
Sukan ini dimainkan seperti bola sepak tetapi pasukan perlu dilengkapi kuda seperti sukan polo. Namun peliknya berbanding sebuah bola yang menjadi rebutan dalam bolasepak, sukan ini begitu pelik kerana yang direbutkan adalah bangkai anak lembu.
Bangkai anak lembu ini akan direbut dan kemudian dilontar masuk ke dalam gawang gol yang turut dijaga oleh seorang penjaga gol. Pasukan mana yang menjaringkan "gol" paling banyak akan diumumkan sebagai pemenang.
Sukan ini banyak dimainkan di Afghanistan namun sedihnya bangkai anak lembu itu pula dijadikan barang permainan serta dibaling ke sana sini seperti bola. Peliknya dunia!
Utusan Malaysia Online
No comments:
Post a Comment