SURAT IBU
Kalau ibu
lagi tidak mahu makan
jangan paksa
ibu tahu
kapan ibu lapar
namun
kalau makanan
yang ibu makan
bersepah,
mengertilah,
tangan ibu
sudah mengeletar,
tidak sekuat ibu
mengendungmu dulu
kalau ibu lambat berjalan,
tunggulah ibu
kenangkan sabar ibu
mengajarmu berjalan
ketika kamu masih
kecil
kalau ibu
tidak sempat ke tandas
jangan kamu marah ibu,
membasahkan katil mahalmu,
ibu mohon
pengertianmu
kayak ibu mengerti
kamu sewaktu ibu
membersihkan dan
memakaikan lampin
untukmu dulu
kalau ibu
tak mahu meninggalkan
teratak buruk ini
janganlah dipaksa ibu
ke rumah orang tua,
ibu asing
di situ
ibu damai
di rumah
pusaka ini
namun yang ibu pinta,
sedikit masamu
untuk menemani usia
tua ibu
mungkin kamu
tidak mengingati
waktu ibu bersengkang mata
ketika kamu
merengek untuk disusukan.
Ibu dan ayah
tidak mahukan harta
dan
wang ringgit melimpah
kami hanya mahukan
kasih sayang
sebagaimana
kami berikan
pada mu dulu,
sehingga kamu
menjadi
apa yang kamu jadi
ibu dan ayah
boleh menjaga
kamu adik beradik 10 orang,
namun,
tidak adakah
salah seorang dari kamu
mampu menjaga
kami?
Sumber : Puisi ini ditulis oleh seorang pelajar perubatan yang sedang menuntut di Makasar,Indonesia.
Salam.
ReplyDeleteHappy Mother's Day for my mom Bonda Hajah Khatijah and my mother in law Bonda Hajah Mordinah. Semoga Allah swt panjangkan usia kedua-dua bonda dalam keberkatannya dan sihat walafiat disamping anak cucu cicit. I love U mom! U means everything to me.......mmuahhhh...
Wassalam.