-KALAU MENCARI TEMAN-
ISLAM
merupakan agama
yang lengkap
dalam semua
aspek kehidupan
sama ada
dari segi ilmu pengetahuan,
ekonomi, politik
dan
juga sosial.
Oleh itu,
dalam kehidupan sosial,
kita telah disediakan
beberapa garis panduan
yang kalau diikuti
boleh mendatangkan kebaikan
dan
menghindarkan keburukan.
Contoh
kehidupan bersosial
ialah
soal mencari sahabat.
Kita
dinasihatkan
supaya berhati-hati
memilih sahabat
kerana
Islam menegah kita
mencari sahabat yang
boleh membawa kepada
kemungkaran.
Seperti fiman Allah SWT
dalam surah Kahfi ayat 29
yang bermaksud :
"Janganlah
engkau mengikuti
orang yang telah
Kami
lupakan hatinya
untuk
mengingat-ingat (berzikir)
pada Kami
dan
ia suka mengikuti
hawa nafsunya."
Sekiranya
kita memilih sahabat
yang terlalu
cintakan dunia
dan
mementingkan hawa nafsunya,
sahabat itu
akan merugikan kita.
Malah,
lambat-laun,
kita mencari
sahabat yang soleh
yang paling
ingat -mengingati
ke jalan yang diredhai
oleh
Allah SWT.
Hal ini dijelaskan
oleh Rasulullah SAW
dalam sebuah hadis yang
bermaksud :
"Seseorang itu
menurut agama
(aturan) kekasihnya,
maka
oleh sebab itu
baiklah seseorang
dari kamu
semua itu
meniliti orang
yang dikasihi."
~~~~~~~~=====~~~~~~~
WASIAT AL-QAMAH
Sifat-sifat
yang perlu ada
pada seseorang
yang ingin
kita jadikan sahabat
bolehlah kita contohi
daripada wasiat
yang diberikan oleh
Al-Qamah
kepada anaknya.......
Katanya :
"Hai anakku,
jikalau engkau rasa
perlu bersahabat
dengan seseorang
maka
pilihlah
yang mempunyai
sifat-sifat
ini iaitu :
Jikalau
engkau melayaninya,
ia suka melindungi,
jika
engkau bersahabat
dengannya,
ia akan
merupakan hiasan dirimu
dan
jika
engkau dalam
keadaan kekurangan nafkah,
ia suka mencukupi
keperluanmu.
Pilihlah
seorang sahabat
yang apabila engkau
menghulurkan tangan
untuk
memberikan jasa baik
atau
bantuanmu,
ia suka menerima
dengan rasa terharu,
jikalau
ia melihat kebaikan
yang ada
pada dirimu,
ia suka
menghitung-hitungkan.
Pilihlah
seorang sahabat
yang apabila
engkau
menghulurkan tangan
untuk memberikan
jasa baik
atau
bantuanmu,
ia suka menerima
dengan rasa terharu,
dan
dianggap
sangat berguna,
sedangkan
jikalau
ia mengetahui
tentang
keburukan dirimu
lalu
ia suka menutupinya.
Pilihlah
sahabat yang
jikalau engkau
meminta sesuatu
daripadanya,
pasti ia memberi,
jikalau
engkau diam,
ia mulai
menyapamu dahulu
dan
jika
ada sesuatu kesukaran
dan
kesedihan
yang menimpa dirimu,
ia suka membantu
dan
meringankanmu
serta
menghiburkanmu.
Pilihlah
sahabat
yang jikalau
engkau berkata,
ia suka
membenarkan ucapan
dan
bukan selalu
mempercayainya sahaja.
Jikalau
engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat,
ia suka
mengusahakannya
dan
jikalau
engkau
berselisih dengannya,
ia suka
sekali mengalah
untuk
kepentinganmu."
Saiyidina Ali KWJ
menjelaskan tentang
sahabat yang baik.
Antara lain,
beliau menyatakan...
"Sahabat
yang
sebenar-benarnya
ialah
orang yang
ada di sampingmu.
Ia suka
membabitkan
dirinya sendiri
dalam bahaya
demi untuk
kesejahteraanmu."
Saiyidina Ali KWJ
bukan setakat
bercakap kosong,
malah
telah
membuktikan kata-katanya
dengan
mengambil alih
tempat tidur
Rasulullah SAW
sewaktu
baginda bersama
Saiyidina Abu Bakar
merancang
untuk berhijrah
ke Madinah.
Walaupun
Saiyidina Ali KWJ
tahu risiko
yang terlalu tinggi
akan dihadapinya
kerana
pemuda-pemuda Quraisy
bercadang
untuk menyerbu
rumah Rasulullah SAW
dan
membunuhnya,
tetapi
Saiyidina Ali KWJ
sanggup
menghadapi bahaya itu
atas
dasar kepentingan
keselamatan sahabatnya. Atas
pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah SWT telah
menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu.
Contoh
persahabatan lain yang boleh
diteladani ialah persahabatan
Saiyidina Abu Bakar dengan
Rasulullah SAW.
Saidina Abu Bakar
sentiasa mempercayai
dan
mengiakan
apa yang
Rasullullah SAW
katakan.
Sebagai contoh,
sewaktu
Rasulullah SAW
menceritakan
perjalanan
Isra' dan Mi'raj
kepada semua orang
di Kota Mekah,
mereka tidak mempercayai
cerita Rasulullah SAW
malah
mengejek-ngejek
dan
menuduh baginda
sebagai pembohong.
Mereka yang
tidak percaya
kepada cerita
Rasulullah SAW
telah
pergi berjumpa
dengan
Saiyidina Abu Bakar
untuk menanyakan
sama ada
cerita tersebut benar
atau
sebaliknya.
Tujuan
mereka adalah
untuk
mentertawakan
Saidina Abu Bakar
yang menjadi
sahabat baik
Rasulullah SAW.
Apabila
Saiyidina Abu Bakar
mendengar
pertanyaan mereka,
dengan tenang
beliau
bertanya semula
apakah benar
Rasulullah SAW
bercerita sedemikian.
Mereka mengatakan
begitulah cerita
Rasulullah SAW
lalu
tanpa ragu-ragu
Saiyidina Abu Bakar
menyatakan
apa yang
Rasulullah SAW
katakan itu
semuanya benar.
Saiyidina Abu Bakar
bukan setakat
mempercayai
apa yang
sahabatnya katakan
tetapi juga
sanggup
berkorban harta
untuk kepentingan
perjuangan
agama Islam
yang dibawa
oleh sahabatnya.
~~~~~=====~~~~~
PENGORBANAN SAHABAT NABI.
Di samping itu,
pengorbanan
yang paling besar
yang diberikan
oleh
Saiyidina Abu Bakar
kepada
Rasulullah SAW
ialah
apabila
sanggup bersama-sama
dengan sahabatnya
sewaktu berhijrah
ke Madinah.
Penghijrahan
Rasulullah SAW
ke Madinah
bukanlah
satu perjalanan
yang selamat
kerana
orang-orang Quraisy
sentiasa memusuhi
dan
ingin
membunuh baginda.
Sewaktu
dalam perjalanan
dari
Makkah
ke
Madinah,
Saiyidina Abu Bakar
sentiasa
berada di hadapan
dan
di belakang
Rasulullah SAW.
Apabila baginda
bertanya akan hal itu,
Saidina Abu Bakar
menjawab... "Aku
berjalan di hadapan untuk
memilih jalan yang baik dan selamat sementara
aku
berjalan di belakangmu untuk
menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu."
Sebagai kesimpulan, marilah
kita perhatikan nasihat
Abu Sulaiman tentang pentingnya
memilih sahabat seperti
yang dianjurkan oleh Islam.
Katanya...
Janganlah sesekali
engkau bersahabat
melainkan salah satu
daripada 2 orang ini :
Pertama,
orang yang dapat
engkau ajak bersahabat
dalam urusan duniamu
dengan jujur.
Kedua,
orang yang dijadikan
sahabat itu dapat
menambahkan kemanfaatan
duniamu untuk
urusan akhiratmu.
Jika engkau
bersahabat selain daripada
2 orang ini,
pastinya
engkau memiliki kebodohan
yang luar biasa besarnya.
aku harus berenang di laut
untuk mendapatkan
apa yang aku inginkan,
aku akan belajar
bagaimana berenang,
dan
aku akan mengarungi
lautan itu.
Jika
aku harus mendaki gunung tertinggi
untuk mendapatkan apa yang aku inginkan,
aku akan belajar
cara memanjat,
dan
aku akan memanjat gunung itu.
Jika
aku harus menyelam samudera terdalam
untuk mendapatkan apa yang aku inginkan,
maka
aku akan belajar bagaimana cara menyelam,
dan
aku akan menyelami samudera itu.
Jika
aku kecewa kerana hal-hal
yang tidak tampak
seperti yang aku inginkan,
maka
aku akan belajar bagaimana menerimanya,
dan
aku akan mencuba
untuk menerimanya.
Setidaknya sekarang
aku telah mengalami
bagaimana berenang,
mendaki
dan
menyelam
dan juga
bagaimana untuk menerima
segala sesuatu yang berasal
dari usahaku..
Kemudian,
aku akan mencuba kembali
untuk melakukan lebih baik.
Demi
apa yang aku inginkan…
Aku akan datang..
dan
mencapai semua itu..
Semoga saja
keinginan ini
adalah baik…
dan
untuk kebaikan
No comments:
Post a Comment